Friday, September 5, 2014

Cuti hari merdeka

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 57 Malaysia.

Lambat nak ucap selamat merdeka but better late than never, right?

Seronok betul cuti panjang ni. Bilalah lagi nak long holiday....kena tunggu cuti Raya Hajilah nampaknya.

Cuti panjang maknanya my baby boy gets to go home for long weekend. Rindunya dengan anak lelaki sorang ni. 3 minggu tak jumpa lepas hantar dia balik hostel lepas cuti sekolah hari tu. Hari Jumaat minggu lepas ambik dia kat hostel.


nampak tak anak mak senyum meleret nampak kami. Dari jauh dah nampak muka dia senyum.
Hari Jumaat all the kids kena pakai baju kebangsaan. Monday pulak corporate day, kena pakai kemeja siap pakai tie.


Sebelum balik tu dia dah bagitau nak tunjuk medal yang dia menang dalam perlawanan futsal.
Syabas anakku walaupun ayah kena beli kasut futsal baru untuk Abang sebab kasut futsal dia koyak rabak.


Aeon Big ada jual buku cerita for RM5. So I told the kids to take any book they want and I will pay for it happily.

On Merdeka day itself, ada wedding invitation kat Shah Alam. Lakiku yang bertuah ni lepas baca whatsapps invitation tu terus delete. Bila nak pergi mengagau sebab tak sure dewan mana. Boleh tak???

Nasiblah ada member yang angkat phone. Dibuatnya semua tengah sibuk makan tak dengar phone, memang kita patah balik rumah ler. Majlis kahwin at Muzium Sultan Alam Shah. First time pergi kenduri kahwin kat Muzium.


jalan depan masjid tutup sebab ada parade kereta mini. Terpaksalah pusing sebab jalan tak boleh masuk.

My husband ni suka nak pergi kenduri kahwin lambat-lambat tau. Frust sangat sebab lauk semua dah habis. I makan nasi minyak dengan kuah-kuah jer. Isi lauk semua dah habis huwaaaa.....hangin Akak kejap tau. Lain kali kena bagitau dia pergi kenduri kahwin pukul 12 tengahari sharp! Hahaha.

Lepas makan mari bergambar dalam muzium.


Lengluiiiiiiii....


Heiiiii Jebatttttt





nyampah betul guna camera Samsung S4 ni goyang2 dan blur


Jalur Gemilang. Bangga jadi anak Malaysia.

Lepas habis kenduri I ada pergi satu lagi tempat. Excited sangat dapat pergi.
Pergi mana? 

Tunggu kisah seterusnya hehehe....

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin