Monday, September 15, 2014

Gimme hujan batu di negeri sendiri anytime


Sabtu lepas lepas rindu pergi Cyberjaya jumpa anak lelaki sorang tu.

Jumaat petang tu dia dah email I tanya tak nak datang jumpa dia ke Sabtu sebab dia tak boleh keluar outing. Lagipun dia ada barang nak beli untuk persiapan exam. Kalau nak bawak keluar kena bagitau pengetua.

Nasib baik pengetua izinkan. So kami pergi Alamanda Sabtu tu lepas ambik Abang kat hostel.

We had lunch at KFC. Rupanya KFC kat luar dan mengadap kolam air pancut. Selalu jalan kat dalam Alamanda jer so tak tau yang kat luar tu ada banyak kedai makan lagi. Cantik jugak pemandangan mengadap kolam dan taman.

Boleh tahan meriah Alamanda during weekend. Kedai pun banyak yang best-best. Fareeda pun nak buka kat Alamanda tu. Akak nak bagitau awal-awal ya yang Akak bukanlah peminat tudung Fareeda yang bertingkat-tingkat tu. Semalam nampak sorang perempuan pakai tudung Fareeda ni. Cantik tudungnya tapi kalau tak gosok kumut-kumut hilang ke-ekslusifan tudung mahal tu. 

Lepas makan kami ke Aeon Big beli barang-barang makan dan keperluan exam Abang. Ada kasut sneakers RM5 so beli satu untuk Adik untuk kasut basahan. Balik tu singgah Aeon Big yang dekat rumah kami pulak sebab nak beli barang rumah. Kasut yang sama yang kami beli di Aeon Alamanda tu berharga RM10 kat Aeon KD. Kenapa ya....kasut yang sama tapi harga lain-lain. Musykil sekejap. Macam tu harga barang pun lain-lainlah agaknya ikut kawasan.

Budak dua beradik tu, bila berjumpa kejap-kejap dia baiklah. Cuba duduk lama-lama berdua nanti bercakar macam anjing dengan kucing. Bila bagitau yang nak pergi jumpa Abang, si adik tu dah risau dah sebab dia takut abang dia nak balik cuti weekend. Tak dapatlah nak conquer PC dalam bilik abang. UPSR pun tak habis lagi ni Dik.....jangan nak berjimba-jimba sangat.

Semalam my mother bikin kami semua panik. Selalunya kalau my father pergi solat maghrib di masjid, my mother tingal sorang-sorang kat rumah. I call dia semalam lepas maghrib saja-sajalah. Call banyak kali tapi tak ada orang angkat talipon. My sister pun try talipon tapi still tak ada answer. Panik kejaplah sebab risau sangat. Check up baru-baru ni dia punya BP naik sampai 200. I trauma sikit sebab mak mertua I dulu meninggal kat rumah dengan anak buah I yang masa tu umur 2 ke 3 tahun. Darah tinggi dia naik agaknya. Bila biras I balik kerja baru sedar yang my MIL dah tak ada. So semalam lepas solat maghrib cepat-cepat suruh budak-budak masuk kereta nak pergi rumah my mother. Takut jadi apa-apa tak baik. Dalam kereta try call lagi rumah my mom. Alhamdulillah dia jawap my call....rupanya dia dalam bilik dan tak dengar bunyi talipon. Memang nak kena tarik satu line taliponlah masuk bilik dia.
I pun risau gak sebab kawasan perumahan  my mother tu banyak sangat kes pecah rumah. Bukannya tak ada guard tapi guard semua macam hampeh jer.

Anyway, I would like to wish all Malaysian "Selamat Hari Malaysia"
May we all become better citizen dan menyayangi negara kita. Come on people jadilah patriotik sikit. Jangan nak asyik hentam negara sendiri saja. Kita selalu ingat the grass is always greener on the other side but it's not. 

'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri'

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin