Friday, December 26, 2008

Day 4 of our Cuti-cuti Malaysia - bahagian ke 4

Besar-besar pokok-pokok kat area Zoo Taiping tu,kan. Kami pergi piknik kat taman yang depan Zoo tu. Banyak monyet sebenarnya kat taman tu. Kami makan kat taman yang opposite tempat monyet-monyet tu bertandang. Takut nengok monyet banyak-banyak tu. Budak-budak ni semua nak pergi Taiping Night Zoo and Safari tapi mak pak depa malas nak pergi nengok haiwan malam-malam buta. Alah few years back kami dah melawat dah haiwan-haiwan kat Taiping night Zoo ni. Mesti tak berubah haiwan-haiwan tu melainkan dah tua sikitlahkan. :)


beso,kan pokoknya



Lepas makan-makan kat taman Taiping tu, kami pergi mandi air terjun. Syiokk....sejuk giler tu air tu. Dekat aje sebenarnya tempat ni dengan Zoo Taiping tu. Tapikan saya nak komplen sikit ler, sikit aje. Kalau ada kaum bangsa cina atau apa-apa bangsa lainlah ya. Kalau nak pergi tempat-tempat gini tolonglah tinggalkan anjing anda dirumah ya. Tak sesuai bawak binatang tu gi tempat yang especially ramai orang berugama Islam ni sebab kalau anjing tu dah basah ke, tau2 ajelah tempat ramai manusia ni agak menyulitkan buat kami yang berugama Islam ya. Sila bertimbangrasa sikitlah ya...kitakan semua rakyat Malaysia...hidup berbilang kaum, so kenalah bertolak ansur sikit. Mintak maaflah kalau ada yang tersinggung ya.


kakak tak leh berenggang dengan payung pink dia. Dah jadi macam citer musang berjanggut plak kena pakai payung bawah pokok



ramai orang, semua dah jadi macam ikan duyong :)






Tapi anak-anak I ni peliklah pulak berendam kat Bukit Merah tu berejam-jam tak pe, sampai tak nak keluar. Tapi kat sini sekejap jer dah ajak balik. Sejuk sangat kot atau pun sebab banyak batu dalam air tu so depa tak berapa berkenan. Isykk...bebudak bandar nih.







Bapak budak-budak ni sebenarnya yang paling suka walaupun dah rupa dugong berendam...hahaha....jangan marah, Yah.


Balik rumah semua terus pengsan sebab penat berendam tapi bestlah. Memang plan nak bawak budak-budak ni semua mandi sungai, sekali punyalah jauh baru dapat pi mandi sungai.

Besok ada birthday seseorang, nanti I bagitau besday sapakah itu :). Tak leh nak tulis panjang-panjang sebab budak kecik ni mengacau asyik nak ajak bersembang jer, terbantut idea mamanya nak bercerita.


Good nite All.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin