Wednesday, June 17, 2015

Salam Ramadhan readers semua

Akak ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Salam Ramadhan'.
Dah macam ucapan selamat hari raya pulak hehehe...






Ingat ya adik-adik...anak-anak semua berpuasa ni bukan sahaja berlapar dan dahaga sahaja. Mata, mulut dan telinga pun kena puasa sama. Kalau pergi pasar Ramadhan tu janganlah pulak pulun semua makanan nak dibeli. Lagi satu Akak nak pesan kalau pergi pasar ramadhan tu pakailah pakaian yang sopan sikit so tak adalah mengurangkan puasa orang lain yang melihat atau termengumpat nanti. Akak pernah pergi pasar Ramadhan kat TTDI (pasar ramadhan paling hip kan katanya) budak-budak pompuan melayu ada yang pakai short pant / shorts. Astagfirullahalazim. Kurus puasa orang dik.......so beringatlah ya. 

Dah macam ostazah dah Akak.....tak per kita sama ingat mengingati


Dalam otak Akak sekarang ni tengah berlegar-legar apalah nak masak untuk sahur nanti. Time sahur nanti bukannya boleh sumbat sangat nasi dan lauk beria sangat.
Nak lagi first day kena bangun sahur mesti terkejut perut nanti.

So Akak ingat untuk lauk sahur nanti Akak nak masak



sambal sardin. Ada lauk masam-masam pedas-pedas sikit dengan nasi panas-panas baru syok makan sahur


padan dengan telur dadar. Tapi tak kuasalah Akak nak hias cantik-cantik macam dalam gambar ni.
Silap-silap nanti mata separuh buka nak masak lawa-lawa apanya....

Goreng ayam atau ikan dah cukup.

Lagi satu Akak nak pesan. Jangan lupa....



KONCI JAM LOCENG UNTUK BANGUN SAHUR!


Selamat menyambut Ramadhan yang mulia semua.

Disclaimer: Semua gambar Akak ambik dari Google tau.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin