Alhamdulillah, semalam dah selamat daftar Abang untuk semester baru.
Semester baru ni Abang dah masuk sem 5 atau semester 1 untuk Diploma in Visual Special Effects.
Total semua kena complete 8 sem so ada lagi 4 semester to go. Bertabahlah bang duduk hostel lagi 2 tahun.
Results exam semester lepas pun dahj tengok semalam. Alhamdulillah semua paper pass. Insyaallah. Cuma kertas BM 1 & 2 saja tak dapat lagi daripada lembaga peperiksaaan.
Maths have improved a lot from last semester which surprises us cause this dyslexic boy struggle sikit during the last sem. Berkat tunjuk ajar cikgu matematik dan bebelan ayah dialah agaknya berjaya jugak hahahaha....
budak diploma. Eksyen dah masuk diploma....siap cakap sem 5 ke atas dah boleh simpan handphone tak payah bagi warden simpan lagi.
Belajar rajin-rajin boy pesan ayah dia. Kalau boleh kena lawan pencapaian akademik ayah.
budak-budak semua kena daftar balik untuk semester baru.
Nasib baik bilik hostel maintain bilik lama. Kalau tak penat jugak nak berpindah randah.
actually memang bersyukur sangat dapat hantar dia sekolah berasrama sebab kalau duduk rumah agaknya tak tahulah macamana result SPM sebab asyiklah main komputer game.
Budak perempuan yang sebelah tu tak boleh duduk hostel sebab kalau tak nanti ayah dia menangis hari-hari. Anak kesayangan ayah tu.
Wow kat hostel Abang ada jual roast lamb.
Masa I kat kolej dulu hari-hari mengadap makanan cafeteria yang tak sedap.
Bila bosan makan makanan kat cafe barulah kitaorang menapak makan kat gerai-gerai luar kolej.
sempat jugaklah merasa nasi ayam hainan di cafe hostel Abang. Nasib baiklah harga cafe hostel tak cekik darah kalau tak kesian student-student.
Anak dah masuk diploma ni terasa macam dah tua. Tapi memang dah tua pun.
Selamat menjalani alam diploma Abang....study hard and smart.
No comments:
Post a Comment