Thursday, June 11, 2015

Review suka-suka


Hari ni Akak bosan so marilah Akak bagi free review kat korang. Akak tengah baik hati sangat ni.

Review 1

Novel Chandelier tulisan Acik Lana


Novel ni Abang yang belanja Akak guna boucher buku dia 1 Malaysia dia.
Abang dapat boucher buku RM250. 
Hari tu bawak buku ni pergi Popular Bookstore sebab dia kata dia nak beli barang-barang yang berkaitan study dia guna voucher ni. Dah selamat dah ambik CD ROM, peralatan tulis dan lukis. Adik pun happy sebab Abang nak belanja dia buku sketchbook. Sekali bila tanya pekerja Popular Bookstore rupanya voucher tu hanya boleh digunakan untuk bahan bacaan sahaja.  Dah kata bahan bacaan sahaja kita carilah buku-buku sahaja. Salah satunya Mama pawlah Abang buku cerita satu......bila lagi nak merasa anak belanja hahahaha...

Sorry mukadimah panjang sikit. Ok back to the actual story....nak bagi review tadikan.

Buku cerita ni tak best. Meleret-leret pasal Keisha si pompuan kaki kikis.
Seksa gaklah Akak nak menghabiskan separuh buku ni. Ni pun paksa jugak baca sebab nak menghabiskan cerita dan dah beli so membazir  kalau tak habis baca. Klimaks cerita ni lambat sangat.....naik bosan membacanya. Hero & heroin macam tak ada aura gitu.

Ada buku cerita yang bila kita baca kita nak teruskan membaca sebab tak sabar nak tahu plot seterusnya tapi buku ni.......sorry to saylah sangat membosankan. This is my personal opinion, penulis jangan marah ya.


Review 2

Sports Bottle Blender Shake n Take


Beli Shake n Take di Groupon berharga RM38 

Beli sebab terpengaruh dengan my boss. Haritu dia datang office bawak bottle ni berisi air limau. Itu yang terpengaruh tengok orang minum fresh orange juice. 

Kalau nak blend buah-buahan make sure buah-buahan tu dipotong kecil dan tambah sedikit air. It blends really well with fruits. 

Tapi haritu Adik try to make ice blended guna blender ni. A bit susah untuk hancurkan ais. So I suggested that next time tumbuk sikit air batu tu so jadi kecik-kecik then baru blend. Dah tumbuk ais kecik baru senang nak blend dan smooth.

So kalau sesiapa yang suka minum just baguslah beli blender ni sebab boleh minum terus dari bottle blender tak payah pindah ke tupperware lain sebab dah ada muncung straw.


So itu sajalah review free hari ini.....until next time kalau Akak rajin.





No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin