Wednesday, December 10, 2014

Sticky Rice Mango punya pasal

Haritu masa pergi Giant, KD ada nampak kat parking belakang tu ada Thai festival. Ada jualan baju-baju dan makanan Thai. Tapi tak singgahlah sebab dah terlaju sangat drebar kita lalu. Nak suruh pusing balik takut kena marah pulak.

Semalam ke Giant untuk beli barang dapur lepas kerja. Cepat betul barang makanan kat rumah habis sekarang. Budak-budak ni agaknya duduk rumah asyik makan jer agaknya. 

So kita soundlah kat ayah budak-budak ni nak pergi makan kat kedai makan Thai kat parking belakang tu.

Dia kata tak nak!

Berani dia lawan mem punya request!. 

Memang nak kena tarik muka empatblas lahkan. Saja cari pasal. Bukannya jauh pun. Kat parking belakang tu jer. Kalau nak keluar Giant pun memang kena ikut jalan tu pun.

Nasib baiklah pakcik tu mengalah. Kalau tak I hentak kaki kat situ jugak. Mogok tak nak balik masak. Pandai-pandailah korang semua masak sendiri. Wahhh ugutan sangatkan hahahaha....macam berani. Balik nanti masakkkkk jugak walaupun malas. 



Akhirnya dapat jugak makan pulut mangga.

 Satu pinggan RM6 sahaja. Disebabkan tak nak share dengan orang, I siap beli dua pinggan. Satu untuk I dan satu lagi untuk Kakak. Ayah budak-budak ni eksyen. Dia kata dia tak makan pulut dan mangga yang lembik-lembik ni. Dia suka mangga muda jer. Tak nak sudah!

Lepas makan sempat gaklah belek-belek skirt. Lawa-lawa jugak skirtnya tapi tak berani nak tanya harga sebab dalam wallet ada RM10. Malas nak pi cucuk duit walaupun dalam Giant tu ada ATM. 


bila suruh Kakak ambik gambar dengan patung Sawadeekap tu jauh jer dia berdiri. Seram agaknya dia nak berdiri tepi patung tu hahaha....

Hari ni sakit-sakit badan sebab makan pulut semalam....padan muka!.

Tapi kalau dapat pulut kuning makan dengan rendang daging sedap jugakkan!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin