Monday, December 8, 2014

Review Food Studio eCurve

 Tak ada kisah menarik pun weekend lepas sebabnya I ting tong lepas makan ubat batuk dan selsema. Mamai sepanjang hari sampaikan masak lunch pun pukul 4 petang. Itu pun tahap larat buat nas goreng saja. Malam pulak makan kat kedai mamak sambil tengok Malaysia lawan Vietnam. Adoiii panas sangat bila Vietnam dapat score 2 goal. Punah harapan!

Tengahari tadi kami anak beranak makan di foodcourt e-Curve 'Food Studio'

Tak payah review panjang-panjanglah sebab tak best!

Yang ada pun 4 gerai yang menjual nasi campur, mee dan goreng-goreng. Dan satu gerai menjual minuman. 

Tak ada yang istimewa, makanannya biasa-biasa sahaja. Tak ada yang extraordinary pun. 
Food court yang bolehlahhhh kalau tak ada choice lain. Ntah apa mimpi hari ni ayah budak-budak ni nak makan kat sini. Mungkin nak berubah angin tukar selera sekali sekala.



my nasi goreng kampung yang biasa saja. Tak habis pun makan nasi RM6 ni.
I goreng sendiri kat rumah lagi sedap rsanya.


kalau bosan-bosan, lepas makan boleh pergi main flight simulator yang berdekatan food court.
15 minit, RM26 kalau tak silap.

Itu sajalah coretan hari ni daripada Akak yang masih ting tong kesan ubat batuk dan selsema. 
Kalau dapat tidur bawah meja opis ni syok jugakkan. 

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin