Masuk hari ni seminggu dah I batuk dan selsema. 2 kali dah pergi klinik ambik ubat yang sama tapi masih tak baik-baik lagi. Tapi tak apalah, mungkin Allah kurniakan sakit ni untuk menyucikan dosa-dosa kecil (banyak sangat dosalah tu!)
Hari sebelumnya dah ke pasar malam tapi beli stok ikan saja untuk seminggu. Tapi kita lupa yang anak teruna kita tak makan ikan. Makanya semalam terpakslah k Giant membeli ayam.
Ayah budak-budak ni beria-ia kata nak beli ayam jer tau tapi jangan haraplah sebab penuh jugak troli. Dah sampai Giant, laju jer tangan mencapai macam-macam. Time tu lah teringat cereal, susu, kicap dan roti dah habis. Lalu aisle jajan, sempat jugak capai Mr Potato dan keropok udang. Tak payah percayalah kalau kata nak beli satu barang saja kat Giant. Propa sangat!
Selalu sangat lari dari budget sebenar.
Bali dari Giant, tak tukar baju terus bersilat kat dapur. Nasib baik anak dara dah tolong masakkan nasi dan keluarkan stok ikan dari peti ais. Mintak tolong anak dara kupas, potong dan blend bawang. Senang kerja mak sekarangkan. Kalau tak dulu nangislah sorang-sorang kat dapur. Tengahari semalam lunch di mamak yang berdekatan dengan Cold Storage. Kebetulan I masuk Cold Storage nak beli buah untuk pencuci mulut, ternampak Cold Storage jual sayur-sayur yang dah siap potong singgit jer. Kalau dah singgit rugilah kalau tak belikan.
So balik terus buat sayur masak air jer, goreng ayam dan ikan pastu terlebih rajin sikit masak asam pedas. Tapi nasi rupanya anak dara tu masak satu pot jer, terpaksa masak setengah pot lagi untuk ayah budak-budak ni makan. Puas hatilah walaupun penat dan mulut pot pet pot pet membebel kat budak-budak hahaha...
ikan bilis halus-halus ni sedap masak apa ya?
Nak beli ikan kat pasar kalau boleh survey dulu, jangan terus beli dari kedai pertama yang kita lalu sebab mana tau bawah lagi ada peniaga yang jual dengan harga lagi murah. Tapi biasalahkan ayah budak-budak ni main belasah jer beli. Pastu bising sebab kedai depan sikit tu ikan murah RM2. Itu tips untuk hari ni ya adik-adik.
Salam Jumaat....weekend is just around the corner =)
No comments:
Post a Comment