Tuesday, November 4, 2014

Sunday haul

Pagi Ahad awal-awal lagi Akak dah masak breakfast sedap-sedap. I masak french toast, hot dog dan scramble eggs. Breakfast mat salleh pagi tu.

Tengahari pulak bertungkus lumus masak asam pedas dan lauk-lauk lain. Tapi untuk diri sendiri awal-awal dah tanak bubur sebab teringin nak makan dengan ikan masin goreng. Terangkat sangat makan bubur panas dengan ikan masin pastu buh kuah asam pedas sikit.

Masak banyak projek memikat hati suami tu. Nak pikat hati suami supaya bawak I pergi Paradigm Mall hahaha....sabo jerlahkan. Bila dah masak beria-ia nanti dia akan rasa bersalah kalau tak bawak I hehehe...pandai tak?

Petang dekat pukul 4.30 baru kami pi Paradigm Mall. Mall ni I tak berapa familiar parking dia pasal tu kena bawak jugak pakcik tu. Sat gi kalau I bawak kereta sendiri sah-sah I tak ingat where I park.


model tiang.


Nak pi ambik gambar bear besar tu dekat-dekat tapi anak-anak dah sibuk suruh cepat sebab kat luar tu panas pffttttttttttt.....


Masih ada lagi 'kolam' decoration


Budak kuat makan!!!.
 Eeeeiiiiiiii umur jer 12 tahun tapi dah 50kg !!! (sila baca dengan tone Datuk Terlajak Laris)
Takut tengok budak ni makan. Kalau makan tu mesti kena tambah, satu serving selalu tak cukup.


Tujuan ke Paradigm Mall nak ke Victoria Secret dan Sephora. 
Body spray VS I dah habis so kena restock dengan kadar segera sebelum Akak kau ni berbau busuk. Dah sampai situ terembat sekali bag VS. Bag basahan murah untuk ke ofis. Malas nak bawak bag mahal sebab I selalu letak my handbad atas lantai kereta so ada stains. Bila tengok ada stains mesti sakitttt jer hati. So all the bag mahai sikit tu duduklah hanpa dalam kotak until I want to use you back.

Naik ke Sephora nak cari lipstick NYX. Dapat beli sebatang krayon lipstick NYX kaler Honey Nectar dan Wonder pencil. Honey Nectar tu color dia sweet sangat. Wonder pencil tu pulak untuk tutup blemishes atau kesan jerawat. 

Pagi ni ayah budak-budak ni tanya handbag baru ke?.

Me with straight face.....'taklah bag lama".

Betul per....the bag is 3 days old. Kira bag lamalah tu hahahahahaha.....

Pantang ada bag baru mesti takkan lepas dari observation pakcik tu =P

Pastu dia belek-belek bag tu dia boleh cakap....ni boleh bagi Kakak ni.

Oiii dah kesemua nak dikasinya anak dia.......sakit pulak hati kita wakkkk!!

Nak bagi anak, sila keluar duit sendiri untuk bagi kat anak ya ayah budak!

2 comments:

Lynn Huraiza said...

hihihih...comfirm dia tak perasan time beli bag tu kan...

Pink Mama said...

Lynn,

Masa beli tu dia tak perasan. Terrer tak Akak hahaha

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin