Monday, November 17, 2014

Laman Seni 7

Sabtu lepas kami ada wedding invitation. Anak pak sedara ketua polis traffic kahwin *cough* #kalaukenasamantetapkenabayar . Weddingnya di dewan IPD Shah Alam. 
Plannya nak pergi awal sebab dalam kad jemputan majlis mula dari pukul 11 pagi sampai 4 petang. Tapi tinggal harapan sajalah sebab Adik habis sukan almost pukul 12.30 tengahari.

Adik masuk acara balapan so terpaksalah ayah dia menunggu sampai habis acara. Dahlah acara paling last pulak tu. Nanti I post gambar hari sukan Adik.

 I tak pergi sebab penat sangat. Jumaat petang tu pergi Cyberjaya menjemput Abang dari hostel. Dekat 6 jam pergi balik ke Cyberjaya tu. Sampai rumah sakit gila pinggang. Abang dah start cuti semester dah. Nasib baik jugaklah Mama & Ayah sampai lambat sebab dia pergi seminar kat kolej. Dan dia bernasib baik sebab menang grand prize lucky draw. Menang software Adobe special effect yang license worth RM2,000. Benda tu bergunalah kat dia sebab dia guna untuk buat kerja editing dia. 

Dekat pukul 2 petang baru sampai kenduri kahwin. Alhamdulillah makanan was abundance. Beside the usual nasi minyak dan lauk pauk, ada kuih muih, buah-buahan, char kueyteow, bihun sup and my favorite teh tarik. Memang makan secara pukallah. Nasib baik meja anak beranak semua so tak adalah segan sangat.

Kitaorang sempatlah singgah Laman Seni Seksyen 7 Shah Alam. Dah alang-alang dekat Shah Alam kita pergi bergambarlah. 







feeling comellah tuh!




tahulah laman seni dik tapi tak payahlah nak ekspresi sangat!









hold on tighttttttttt.......





Sempat naik butik Radiusite tapi tak ada yang berkenan. Butik lain tak sempat nak pergi sebab rushing nak melawat anak buah kat hospital yang kena operate buang appendiks. 

My sister tunjuk video anak dia meraung dari bilik sampai OT. Kesian ada tapi kelakar pun ia sebab dia meraung beria-ia. Orang semua ingatkan sakit sangat ke tapi sebenarnya dia takut nak masuk OT. Tak perlah lepas ni dah no more sakit perut dan muntah-muntah Insyaallah.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin