Friday, November 28, 2014

Red nose

Currently I look like Rudolph the red nose deer.

Seriously.



I know I'm cute like Rudolph

Even my niece thought that I had just cried after looking at my red nose.
Dia tak percaya bila I cakap I had a bad cold.

I went to the clinic last nite. I had fever, cold and cough. Doktor siap tanya nak MC tak tapi I cakap no needlah sebab I had tons of work to do at the office. 

After a dose of cough medicine I jadi ting tong sekejap. Mengantuk ya amat sampai tak boleh nak buka mata. Hari ni sapa yang cakap silap sikit dengan I kat office ni memang nak kena snap jerlah. 

So yesterday, I bought something from Lazada. Can't wait for the item to arrive. So excited.
Kenapalah derang tak hantar barang tu hari ni. Kalau tak boleh guna during weekend. Nampak gayanya kena bersabarlah sampai Isnin. Nanti benda tu sampai I buat review =)

I ingat kalau boss tak ada nak cabut pukul 5 lah.....oklah bye! Happy weekend all.

Thursday, November 27, 2014

Sakit tekak

Petang semalam hingus dah turun macam air terjun. Nak sujud solat punya susah nak tahan hingus dari meleleh. 

Telan panadol dan ubat selsema sebelum tidur malam tadi tapi penangan apantah satu malam tak boleh tidur. Asyik terjaga jer tengah-tengah malam pastu otak macam tak boleh nak berhenti rest, ada saja benda yang nak difikirkannya. 

Sekarang ni tengah ting tong penangan tak boleh tidur malam tadi dan ubat selsema. Dahlah dua hari ni ada kerja penting yang kena dilangsaikan =(

Oklah tata nak pi tido sekejap, harap jangan sampai berdengkur udahlah sebab opis ni open gitu. 


vitamin dan ubat sakit tekak. Harapnya tak kroniklah sangat sebab besok ada system testing nak buat.


ni bukan air hari ni ya tapi nak tunjuk yang I beli Mini Speaker ni kat satu kedai gadget kat KD. Harga mini speaker ni RM25. Boleh cucuk kat phone, terus jadi speaker. I beli ni pun sebab kadang-kadang ada cerita yang I download sound quality suara dia tak berapa kuat. So kalau pakai speaker ni kuatlah sikit. Bukan tak boleh pakai headphone tapi tak suka.

Itu jerlah kisah hari ini ZzzZZZzzzzzz....

Wednesday, November 26, 2014

3D Art at eCurve

Ahad lepas kami ke eCurve Mutiara Damansara sebabnya terpengaruh tengok mh bff punya Instagram. Ada contest 3D Art di centre court eCurve.

Tapi gambar I semua tak cantik sebab ambik dengan phone Samsung S4 saja. I pun tak tahu tapi semua gambar yang I ambik dengan my phone semua blur tak sharp langsung =(
Gambar tak sharp satu hal pastu budak-budak ni semua tak cooperative grrr....bila suruh ambik gambar semua tak mahu pastu buat muka terpaksa. Tension mak tau.

So ini jerlah gambar-gambar sendu yang ada







kalau duit banyak jatuh dari langit macam ni kan best....tak payah Akak membanting tulang bekerja


korang mampu nak kena ngap dengan dinasour pun muka senyum jer


ni satu lagi muka expression tak kena langsung. Nampak tak tangan tunjuk 'good' tu...tu tangan Adik. Abang dia nak kena langgar kereta di 'good'kannya 




nampak macam real jer gajah ni kan





ini pokok betul bukan pokok 3 D kah kah kah

Tuesday, November 25, 2014

Jalan-jalan ke IOI City Mall Putrajaya

IOI City Mall Putrajaya ni baru dibuka. Jangan risau sebab ample parking walaupun punyalah ramai umat yang datang berjalan di mall baru ni. Semua tempat makan penuh okay, siap beratur panjang lagi queue. 

Ayah budak-budak ni boleh pulak tertinggal wallet kat rumah hari tu.Of all the days he choose that day untuk lupa bawak wallet!.  Masa nak bayar our Pizza Hut meal tu I ingatkan boleh nak bayar guna credit card sekali tak boleh. Dahlah dalam wallet ada RM50 jer....haru tak. Credit card service tak available lagi. Infact semua kedai makan mesin credit card tak boleh guna lagi, they only accept cash. Machine ATM pun tak ada dalam mall tu. Memang kalut dibuatnya. Terpaksalah pinjam duit birthday boy hari tu. Sorry boy >.< 

Jom kita tengok gambar-gambar keliling mall baru ni. Nak ambik gambar beria-ia segan pulak sebab ramai sangat orang.


excuse me stranger.....

 we are not vegetarian


ground floor banyak kedai makan


mall ni 4 atau 5 tingkat I pun tak sure sangat tapi besar




Ini sebenarnya tujuan kami datang sini. The new ice-skating ring. Size ice-skating ring ni besar daripada the one in Royal Bintang, maybe the same size as the one in Sunway Pyramid. 
Rate week days is RM23 and weekend RM28. Tapi malangnya tak ada rezeki Adik nak main kat sini sebab I have no cash. 

Apasallah buka mall tapi facilities semua tak lengkap lagi. Isykkk....




makcik mok



the ring from the upper floor view. Besarkan.



senarai kedai-kedai yang ada 

Maybe next time we'll come here again but I learn my lesson, kena bawak cash banyak =P

Monday, November 24, 2014

17th Birthday

My baby boy turn 17 last Saturday 22 November. 
Time flies so fast sekejap jer dah 17 tahun anak Mama. Rasa macam semalam bawa Abang balik rumah. I still remember that it was snowing that day when we brought you home. My precious first born baby boy. Mama dan ayah doakan Abang menjadi anak yang soleh yang berjaya dunia akhirat. We love you so much.

Kami celebrate birthday Abang di mall IOI City Mall Putrajaya. More about the mall later, will blog about it in another post.


brother and sisters and Mr Gorilla.

Kami celebrate di Pizza Hut as requested by the birthday boy. Senang jer anak-anak I ni, dapat makan kat Pizza Hut dah happy tak payah susah-susah nak beli kek bagai.



ayah budak-budak ni kata Mama dah nampak tua sebab banyak kedut kat mata.
Dah memang tua nak buat macamana....anak sulung pun umur dah umur 17, takkanlah pulak maknya nampak muda remaja lagi >.<


birthday boy and his mom.


Kakak sibuk menengok Tab dia. Budak ni obsess dengan cerita Arrow. 


yang sorang lagi ni tengah sentap lepas bergaduh dengan ayah dia hahaha...


We bought the birthday boy SJ4000 WIFI Full HD Action Camera. I actually tak ada plan nak belikan dia apa-apa hadiah since we just bought him a new Lenovo laptop few months back tapi ayah dia yang nak belikan. So here's one happy boy.

Adik pulak bukannya boleh tengok Abang dia dapat hadiah, dia pun mulalah demand nak jugak. Although I said wait for her birthday next month tapi dia tak sabar nak jugak. She promised next month tak payah belikan dia hadiah lagi. Ayah dia kalau dengan anak bungsu ni memang hati cair sikit....so dapatlah dia barang yang dia idamkan....pennyboard.

Ada lagi kisahnya tapi nantilah I sambung lagi.....nak ambik short nap kejap =D

Friday, November 21, 2014

Hari Penyampaian Hadiah

Salam Jumaat,

Minggu ni berturut-turut cerita pasal Adik. Nak buat macamana anak tu jer yang sanggup layan mama ayah dia. Yang lagi dua tu dah besar, nak suruh keluar bilik pun payah. 
Duduk terperuk berjam-jam dalam bilik pun derang sanggup. Tapi nasib baik jugaklah kalau pesan buat house chores tu Insyaallah bila I balik kerja nanti semua dah complete tip top.
Sekarang ni Abang ada kat rumah dialah yang melyan adik-adik dia. Pagi-pagi siap buatkan breakfast untuk adik-adik dia. Janji kena ada barang makanan dalam fridge so fridge memang kena stock uplah sekarang. Besok Abang punya birthday yang ke 17.......sekejap jer rasanya budak tu dah besar :'(

Sambung balik ke cerita Adik. Semalam hari penyampaian hadiah sekolah Adik. Macam biasa Mama dia tak dapat pergi sebab semalam ada meeting. So macam biasa ayah dia sajalah wakil.

Kali ni parents semua dijemput so as expected dewan penuh padat.

Adik as expected dapat hadiah untuk pelajar terbaik untuk mata pelajaran  Pendidikan Seni Visual. Banggalah ayah dia tu. Tak sia-sia hantar pergi art class hahaha...

Disebabkan I didn't go so I basically don't know what happen...so marilah kita tengok gambar sahaja.






anak terakhir berada dalam sekolah rendah. Tahun depan dia dah masuk sekolah menengah. Sedih jugak sebab rasa macam baru semalam hantar dia ke kelas darjah satu. Pimpin dia ke kelas dan tunggu dia time rehat. But my baby is all grown up :'(



Thursday, November 20, 2014

Prom/ hi-tea Adik

Hari yang sama dengan graduation day, ada hi-tea/prom sekolah at Royal Bintang, The Curve.
Amboi korang.....kalau zaman Mama dulu paling bagus pun kat dewan sekolah jer. itu pun dewan yang kelas semua dah dibukak pintu antara kelas hahaha...

Nasib baik jugaklah graduation ceremony habis cepat so bolehlah balik rumah dulu mandi dan tukar baju lawa-lawa. Nak tengok tak baju lawa Adik......

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v



comel tak anak mak??


semua barang mak ok....baju, bag, tali pinggang, gelang, kasut....semua songlap mak punya. Mementanglah semua dah sama saiz.


Area hi-tea budak-budak 


classmates


my baby all grown up



mak dia comel tak? Hahahaha...nak gak bubuh gambar mak tu

Habis hi-tea most of the kids pergi ice-skating at Royale Chulan. So terpaksalah mak bapak berdating tunggu dia habis main ice-skating sampai pukul 8 malam. Lama nak tunggu dari pukul 6 so kitaorang pergi dating berdua makan steamboat.


Sedap nyum-nyum. Favorite sangat daging ni.



makan sampai sengkak perut. Huishhh terliur menengok gambar.



Wednesday, November 19, 2014

Adik school graduation

Baru kurang sikit kesotongan kalau tak tadi sebijik macam sotong kurita. Phone opis bunyik, handphone berbunyi (tu bapak & my bff yang call) pastu email menderu-deru masuk semua nak kena settlekan kerja urgent tak boleh tunggu. Kalau ada banyak tangan macam sotong mau semua tangan digunakan hari ni.

Dah lega sikit ni baru boleh sambung cerita. Semalam hari graduation Adik. Darjah 6 sekarang pun dah sikit buat graduation dapat scroll segala. Kalau lepas graduate darjah 6 ni, sijil laku tak apalah jugak hahaha. Nak buat macamanakan semua sekolah sekarang dah trend nak buat graduation day. Kelas korangkan, dulu masa mak korang habis darjah enam....habis gitu jerlah....bai...bai ...bai...udah. 

I tak cuti semalam sebab almaklumlah cuti semua nak apply bulan 12 nanti. Sebenarnya parents not invited to graduation semalam unlike previous years. Ada gaklah I baca parents merajuk dalam my facebook kata tak dijemput ke graduation day anak. Tak per nanti doakan anak graduate universiti, mesti lagi bangga. Tapi ayah budak-budak ni pedulik apa sekolah tak jemput, dia gate crashed jer sebab nak ambik gambar anak kesayangan dia. Lepas ni mana ada lagi anak yang bersekolah rendah, ni yang last. Insyaallah last, I bukan Che Ta nak beranak kecik lagi.....tetiba Che Ta pulak jadi comparison. Tapi anak Che Ta cantik kiut miut so kalau baby meraung bangun malam pun tak apa. Anyway, ramai parents lain yang muka tebal macam ayah budak-budak ni. Masuk jer ambik gambar anak hahahaha....

Gambar-gambar bawah ni sibuk ayah dia whatsapps secara live kat I =D

tak paham concept castle dengan graduation


cool tak pakai baju kurung dengan sneakers hi-cut



Adik & her best friend


see told ya there's parents crashing the graduation day





my graduate...Mama doakan lagi 10 tahun Mama dapat tengok Adik graduate universiti pulak =)


Lepas acara penyampaian scrool ada persembahan. Adik and her gang ada perform. Ayah dia ada hantar video tapi malas nak upload.






kalau you all tengok video tu berterabur-terabur budak-budak ni menari hahahaha...

Later I'll update pasal prom/ hi-tea graduan 6 ni pulak ya hehehe...stay tuned!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin