Friday, October 31, 2014

Keyword, baby dan makanan


Assalamualaikum,

Salam Jumaat. Gumbiranya hati sebab dah Jumaat walaupun kena drive sendiri kereta ke opis harini. Official driver I kena pi kursus pulak the whole day. Pastu tinggalkan kita dengan tank minyak yang dah nyawa-nyawa ikan. So terpaksalah isi minyak kereta pastu konpius kaler hijau ke kuning yang murah ni *bimbo mode sangatkan*.

Masuk parking visitor sekali penuhlah pulak. Selalu ample parking tapi hari ni boleh penuhlah pulak. Rupanya KDU College ada graduation day kat One World Hotel dan semua orang park kat my office building. Patutlah pagi tadi nampak ada brader jual patung bear dengan bunga tepi jalan. Heran gaklah sebab my office building macam kolej yang berdekatan.

Hobi I hari-hari buka nuffnang dan check keywords favorite ramai. 
Adoiii dik/ Abang......tak yahlah google alamat Kiambang Dangdut kat blog Akak ni. Akak tak pernah masuk kelab dangdut. Tak sanggup Akak nak tengok pakcik-pakcik buncit pertengahan umur berjoget dalam kelab malam dengan gadis-gadis genit (genitkah?). Ini semua pengaruh TV terus stuck image tu dalam otak. Kat blog ni tak ada alamat okay. 


sampai 3 orang pulak tu yang google...apakah?


malam semalam I masak sambal ikan bilis. Sedap sangat (puji diri sendiri tu). Makan denagn nasi panas memang terangkatlah. Ni kalau Chef Wan nampak ni mau kena bebel sebab banyak minyak bergenangan.


pagi ni pulak ada orang tinggalkan sebekas maruku, coklat dan vadeh atas meja I. Rezeki, Alhamdulillah.

Anyway, semalam boss baru tu dah mai tapi haram nak perkenalkan diri kat I. Tak per sombong sangat dia ya.....tak nak kawan. Asal jangan kacau hidup I udah.

Then petang my sister message mintak tolong jaga baby dia malam. I ni bab jaga budak I surrender sebabnya I tak boleh nak dukung baby sangat. Siaplah nanti lepas tu sakit tengkuk dan belakang. So I decline her.....sorry sangatlah tak boleh nak jaga anak dia. Anak dia bangsa tak boleh nak letak, asyik nak berdukung pulak tu. Told my husband about it. Akak kena tarbiyah balik dengan dia sebab tak nk tolong adik beradik sendiri. 
Udahlah balik kerja nak kena masak untuk King and princesses kat rumah tu. Terkontang-kanting sorang-sorang kat dapur bersilat bagai. Kalau kena jaga my sister's baby mau I jugak yang kena dukung baby tu nanti sebab my kids tu sekejap jer keterujaan nak jaga baby. Nanti dah penat sure pass the baby back to me. I am too old for a baby.....tak ada stamina dah nak jaga baby. Akak larat jaga baby-baby tua jer sekarang. Baby yang boleh kerah buat kerja-kerja rumah sahaja.  

Thursday, October 30, 2014

New boss nak datang =(

Rasa macam nak demam pagi ni baca email dari boss baru punya meeting/discussion outcome. Everytime ada boss baru mesti ada macam-macam changes nak buat. Nak muntah rasanya. Dahlah tu boss baru ni macam ambitious sangat nak buat macam-macam. Terus rasa macam nak resign. Anyway meroyan pun tak guna sebab kita ni mentimun. Timun yang makan gaji so better shut up and buckle up I guess. =/

So the new head is coming to my branch petang ni. I think I better clean up my place. Tapi tak boleh buat apa sangat pun kot sebab tempat I ni bersepah dengan kotak. Dah jadi macam island.

Lari mood ke laut hari ni. Malasnya. But I guess I better not judge him before I see him this evening. *Pray for a nice boss like my previous boss*. My previous boss baik okay. Kalau dia keluar lunch siap call tanya nak buah apa-apa tak dia nak belikan. Kadang-kadang tu siap bagi duit suruh kitaorang beli Starbucks. Balik dari holiday mesti ada ole-ole. Ada sekali tu wife dia siap belikan kitaorang tudung from Bandung. Mana nak dapat boss macam tu wehhhh....

So semalam I masak ikan bersambal. Saja jer bagi sambal tu lebih makan dengan balance kuah kari hari tu. Sodap....kalau orang lalu pun tak pandang okay.



blendkan aje bawang merah, putih dan cili hidup. Goreng sampai keluar minyak.
Kena pulak ikan bawal, memang yum sangatlah.

Wednesday, October 29, 2014

Masak campak-campak

Isnin lepas nak masak sekali beras dah habis pastu lupa nak beli. Nak keluar balik pergi kedai malas.

Nasib baiklah dah suruh budak-budak ni keluarkan stok ayam yang ada dalam fridge. Lauk lain semua dah tak ada. Kalau ada pun hotdog dan fishball saja. Tak sempat nak beli bahan-bahan basah minggu ni.

Dalam laci pantry ada bihun. Bihun tu kira penyelamatlah sangat. Kalau dalam keadaan terdesak, bihun selalu save the day. Hero sangat!

Sayur pun dah tak ada. Cuma ada tomato 2 biji jer. So paling senang kita makan bihun tomyam sajalah.

Paling senang sebab rebus air, masukkan bawang, serai, cili padi, lengkuas dan kiub tomyam tiga ketul. Menggelegak masukkan ayam yang dah potong kecik-kecik dan perah asam limau.
Last sekali baru masukkan tomato sebab tak nak tomato lembik sangat kalau masuk awal-awal sangat. Buh garam. 

Taraaaaa....dah boleh makan lepas celur bihun dengan air panas. Senang jerkan. 



Semalam baru sempat nak pergi beli barang-barang basah kat Pasar Malam Sungai Buluh. 
Dah tua-tua ni dating berdua kat pasar malam jerlah. Itu pun 6.30 petang anak dah call kenapa tak balik lagi.....tak bagi chance langsung. Mak bapak korang pun korang kenakan curfew. =P


Stok ikan dah penuh dalam petias so macam-macam lauk bermain diminda. Bosan dah makan ayam hari-hari. Budak-budak ni okay jer kalau makan lauk ayam hari-hari tapi I dengan ayah derang yang tak tahan. Kalau makan lunch tu kalau boleh kitaorang avoid ambik lauk ayam sebab malam nanti sure ada lauk ayam kat rumah.

Anyway, semalam kitaorang makan bihun sup beli kat pasar malam saja. Pastu I pi gatal tuang kicap cili padi tu dalam kuah bihun sup tu, berdenting pedas oi....padan muka tapi sedap sangat. Alamak laparlah pulak perut ni....oklah baiii nak pergi makan roti jap.

Tuesday, October 28, 2014

#RAmasak

Cooking is not my forte. 

I bolehlah masak takat lauk biasa-biasa jer macam asam pedas, masak lemak, kari, singgang, sambal belacan, goreng-goreng, pasta, gril-gril bodo-bodo tu taulah. Tapi kalau suruh masak lauk canggih-canggih memang mak surrender awal-awal. 

Ayah budak-budak ni selalu buat drama kata I tak PERNAH masak. Wah berbulu jugaklah telinga dengar. Agak-agaklah orang yang ada neck slip disc ni tak boleh nak guna shoulder muscle banyak sangat, nanti berhari-hari menderita sakit dari tengkuk dan belakang badan. Excruciating pain okay. So ada hari-hari yang I skip masak kalau sakit sangat.

Hari yang kita tak masak jer yang diingatnya. Hari yang kita masak meletup sampai jilat jari tu selalu tererase dari memorikan. Sentap Akak tau!

Anyway, untuk mematahkan hujah ayah budak-budak ni yang kata I tak PERNAH masak....I've created a hastag in my Instagram. So everytime I masak I akan hashtag #RAmasak. Bukti tu.......sapa kata I tak pernah masak sila refer to my insta. 



nampak tak.....lauk bodo-bodo saja yang Akak pandai masak =(

Kalau suruh bake.....lagi fail!

Monday, October 27, 2014

Ada apa dengan Cyberjaya/Putrajaya?


Minggu ni 2 kali pergi Cyberjaya/ Putrajaya....capek!
Akak stok-stok pergi paling jauh One Utama tu laratlah. Sejam jugaklah dari KD nak pergi Cyberjaya/ Putrajaya. Ni semua sebab ATM card tak boleh guna. Replacement card hari tu pun tak boleh guna jugak rupanya. 

Rupanya RHB pergi deactivate my account sebab tiga bulan tak guna. Kenapalah macam tu...sangat menyusahkan. End up I kena buat ATM kad baru. Nasib baiklah Ezy RHB buka on weekends dan dekat dengan kedai mamak favorite anak. Kalau tak Akak hamukan nanti.
Buat ATM kad baru kena charge RM16 hokayyy...bukannya free. Ya...ya ...Akak tau nothing is free in the world but not my fault sapa suh pepandai deactivate account Akak tu.

Kesian kat anak yang tak ada duit nanti, pergilah juga kami ke Alamanda. Abang outing pergi Alamanda saja. Naik bas pergi balik hostel RM3.00. Ramai jugak yang outing ke Midvalley atau KLCC tapi anak saya ni memang pemalas nak berjalan jauh. Lagipun Alamanda macam-macam ada....meriah hujung minggu. 



jumpa di McDonald untuk pass card ATM baru


sempatlah bergambar group photo



cantikkan lorong  berdekatan entrance Aeon Alamanda



seperti biasa mak mesti kena pau beli barang makanan dia



Suka I kat Alamanda ni sebab banyak kiosk-kiosk jual barang-barang comel. Kakak beli 2 cekak rambut. I pulak beli sarung tangan dan inner tap dia tak full macam inner biasa tapi just sarung tangan jer.


Sunday my parents ajak pergi lunch at Nasi Lemak Cinta Sayang. After that kami bawak Atuk & Nenek pergi Chocolate Factory kat KD. Sempatlah merempat beberapa kotak coklat.

Hopefully next week I can rest at home and not go anywhere.....penat.

Sunday, October 26, 2014

Bliss

My Sunday ..... hoping for rain 

I especially love magazines with lots of free gifts!

Friday, October 24, 2014

Cuti Deepavali


Lupa nak wish Deepavali hari tu. Barang yang lepas jangan dikenang.

Salam Maal Hijrah. 

Embedded image permalink

 Tadi call rumah my parents, my father angkat phone. Pepandai jer I kata besok Maulidur Rasul....Maal Hijrahlah. 

Cuti Deepavali lepas, kami ke Cyberjaya jumpa anak bertuah sorang tu. Nasib baik pengetua bagi kebenaran nak bawak dia keluar. Duduk hostel ni kenalah pasrah tak boleh nak keluar berjalan suka-suka hati. Budak-budak tu tak keluar hostel pun tak apa sebab semua kemudahan ada. Derang aja yang tak nak guna swimming pool, gym semua tu. 

ATM kad Abang rosak, so terpaksalah mama dan ayah pergi hantar kad ATM lain. Kalau tak nanti susah nak bank-in duit kat dia. Tak ada duit belanja pulak budak tu nanti. Nak tukar kad ATM kena bawak Abang sekali pergi kaunter. Cuti Deepavali bank pun tutup accept the one in KLCC atau Klang. Malas kitaorang nak pergi KLCC pastu patah balik Cyberjaya. Cuti sekolah nantilah baru buat replacement card tu.

Dahlah katanya sekarang kat hostel ada kedai jual roti canai RM1, burger RM3, roti Arab dan macam-macam lagi. Bukannya tak ada makanan hostel tapi biasalah budak-budak ni selalu lapar. Makanan hostel ikut time.

Abang kata last week dia busy pergi shooting sampai 3 pagi. Budak ni orang lain semua sibuk pergi audition filem KRU, dia tak minat. Malas katanya nak kena hafal skrip semua. Rugilah kalau tak boleh masuk filem Dendam Orang Mati yang Lisa Surihani berlakon tu. Ada budak-budak yang jadi extra tau dalam filem tu. Anak I nak belakang tabir jer jadi editor special effects. Sekarang ni derang tengah shooting untuk projek semester. Mungkin akan keluar TV, Abang kata.

Kalau I ler umur-umur macam Abang mesti I dulu dah tergedik-gedik pergi audition. Masa I muda-muda dulu segala audition I pergi, termasuklah audition majalah Nona tau. Siap masuk shorlisted list lagi. Nasib baik tak terpilih kalau tak glamer Akak.....ahaksss. I rasa Adik tu ikut perangai I, tu yang semua benda dia nak buat. Dia nak jadi pelukis, musician pastu ntah apa-apa ntah lagi dia nak buat. While you're still young buatlah semuanya asalkan tak melanggar batas ugama dan bangsa. That's what we always tell our children. Carpe Diem! 


Lunch at KFC Cyberjaya. Anak-anak semua dah tinggi daripada Mama. I post gambar ni kat my FB. Ramai yang komen, ni gambar adik beradik ke.....mana satu Mamanya. Hahahaha....kembang montot mak. Even ada my team building mate tak percaya yang I dah ada anak bujang umur 17 tahun. Bila budak-budak dah besar ni memanglah seronok but kadang-kadang tu teringin nak ada anak kecik tapi dah tua tak larat dah. I need 8 hours of sleep =D

Nak balik tu hujan lebat.


gelap 


hujan + angin sampai tak nampak jalan. Kena drive base on garisan putih tepi jalan saja.


sampai Sungai Besi baru clear jalan


first time dalam sejarah hit more than 10,000 steps masa kat Club Med. Infact hari Sabtu tu I jalan sampai 11,000 ++ steps. Begitu banyak sekali kitaorang berjalan. Sampai KL ni jer nak reach 5,000 steps daily pun susah. I must exercise more.



Thursday, October 23, 2014

Club Med Part Deux - Random

I post here random pictures from our Club Med trip. 


Sunset picture taken by one of my team mate.


Makan...makan dan makan. Somehow the food there is quite marvellous for food lover like me. Kalau tanya my friend yang vegetarian, mesti dia kata tak sedap hahaha....



Our room view adalah padang yang hijau dan Laut Cina Selatan. It has this kampung feel to it. Bangunan pun semua diperbuat dari kayu. All the building are connected to each other so kalau hujan you can actually walk to your room without kena hujan.


kat mana-mana pun nak bergambar ...asal boleh 


our room cards



TV dan petiais. 

TV kecik jer ya janganlah berangan nak TV flatscreen besar. Semua bilik pun sama saja TV nya. Kipas pun ada sebab malam-malam aircond dia tak kuat sangat. Kami siap berpeluh-peluh lagi tengah tidur tu walaupun pasang aircond. 

Iron dan meja gosok ada disediakan sekali dalam bilik so tak payah request. Hair dryer dalam laci. BAthroom and toilet are separated. So kalau rasa nak memerut tak payah risau kalau bathroom occupied. 

Bilik dia tak besar sangat, kalau duduk berdua tu kira selesa jugaklah.


2 katil single bercantum. 

Electric wall socket pun banyak dalam bilik so tak payah nak gaduh-gaduh nak charge handphone atau peralatan elektrik.





Daily programs. Kat sini karaoke pun ada tapi dua bilik saja so kalau nak guna bilik karaoke kena booking awal-awal. Letak deposit RM50, later they will refund you back after you return their microphone.


muka kami lagi ;))


sports activities yang boleh dipilih





the lounge area


Swimming pool. Pool ni ramai budak-budak dan mak bapak budak-budak.

Tapi swimming pool yang at the other side of the beach lagi cantik sebab mengadap laut. Sambil berendam dalam pool boleh tengok laut.


Couple package.....not RM99 ya tapi RM999......pengsan Akak


Bar minuman. Free flow.....mintaklah nak minum apa saja



The Restaurant.Restaurant yang ni besar sikit daripada the one near the beach. Rasanya kat sini lagi banyak choice makanan.


siapa-siapa yang berani tu boleh lah try trampoline and trapeze ni. Tapi Sunday tutuplah pulak so kitaorang tak boleh nak try.

At least merasa gaklah duduk Club Med. Selama ni teringin jer tapi tahap tak mampu kan nak join Club Med. So we all had fun. <3 font="">

Tuesday, October 21, 2014

Club Med Cherating trip 2014

Sebelum I start, let me warn you that there will lots of pictures. Kalau bosan silalah tutup page ni, I janji I tak marah hahahaha. Itu pun I rasa my next post will still be on cerita Club Med cause ada pictures yang I tak letak lagi. Lagi satu I nak bagitau gambar semua tunggang langgang susunan.

Let me start. Bismillah.

Tahun ni our HR bagi budget kat staff untuk arrange Team building aktiviti sendiri. So my team decide to go to Club Med keranakamisemuakedekutnakkeluarduittopup

So the 16 of us bertolak last Friday ke Cherating. Janji pukul 8 bas sampai, tapi bas sampai pukul 8.30 pagi sebab bas pergi salah building. Tapi agaknya bus driver ni memang kaki sesat agaknya sebab dah sampai Cherating pun dia ambik salah turn so kami sampai Cherating dekat pukul 1.30pm. 


We were greated by the Reception Manager. Minah French nama Marie kot...pepandai haku bagi orang nama.



Muka baru sampai. Lepas short briefing by the staff terus serbu ke lunch buffet. Lunch buffet habis pukul 2pm so kami semua rushing mengambik makanan.


1 meja kami duduk berempat tapi makanan penuh semeja macam nak makan 10 orang.


Makanlah banyak-banyak tapi jangan risau cause there you'll have to do a lot of walking. So kalori akan terbakar >.<

Makanan semua sedap-sedap. I tak ambik pulak gambar all the buffet spread sebab segan. Nanti mat salleh tu sebab ingatkan I jakun pulak hahaha....

Belum apa-apa dah cerita makanan, dasar kuat makan. It's all paid for so makan jangan tak makan. Kalau vegetarian rugilah sebab there's lots of food to eat.


my dessert



our rooms at blok Monyet. By the way memang banyak monyet-monyet liar pun.
Dari baby monyet sampai ke bapak monyet. We were warn by Club Med management not to feed the monyets and tutup sliding doors sebab monyet tu pandai masuk bilik dan curi makanan. 

Monyet tu pandai okay mengintai orang kat balkoni bilik. 


there is no lift so silalah panjat tangga ke tingkat 2. Terperanjat badan Akak okay kena turun naik tangga. Kalau I duduk Club Med tu sebulan mau kurus sebab exercise banyak sangat. Dahlah dari bilik ke Club dalam 500 meter ada kot. 


my 'Monyet' group......nama group whatsapps kami hehehe.....
Mana-mana pergi berempat.


Amboi lentuk pala Akak. 
Lepas dinner nak pergi tengok show perform by Club Med's staff. Tiap-tiap malam ada show...tak penat apa staff Club Med ni. Siang kerja, malam kena buat performances.

I was told by the staffs that they actually kena rotate ke Club Med lain around the world every 1 or 1 1/2 year. So kira meratalah derang berjalan. Singer Filipino bagitau kami yang end of the year dia kena pi Club Med Guilin yang baru buka. Kelas kitaorang siap pi interview staff Club Med lagi. Actually staff-staff tu yang duduk mingle dengan kitaorang.






Caberet (betul ke spelling?) show dalam setengah jam pastu partayyyyy. Amboi partayyy katanya......tengok orang party jerlah sambil sedut mango jus. Sakit tekak lepas tu sebab banyak sangat minum mango juice. Mabuk juice jadinya. Drinks are free flow. Alcohol and non alcoholic drinks.


ini pulak show the next nite. 


bercampur aduk gambar makanan. Memang nampak sangat makan banyak. Breakfast pun duduk sampai 2 jam okay melantak.


Aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat. It's all free, all included in the package.






I main archery. Kenalah jugak papan tu so tak adalah malu sangat. Amateur sangat.
Nak main game semua kena booking letak nama sebab ramai yang nak main.




dah penat main Archery, off we go to the beach. Kena naik train. Kalau nak jalan boleh jugak, ikut jungle trekking tapi penatlah sebab jauh jugak ke beach on the other side.



sini boleh main kayak & sailing tapi I tak mainlah sebab panasssssssss.....I puteri lilin mana boleh panas-panas ni hahaha


hak belakang tu sibuk posing. Nasib baik I bawak my monopod....so posing syok sendirilah.



Cantikkan scenery. Sebelah tu ada pool penuh dengan mat salleh berendam pukul 12 tengahari. Matahari punya terik panas, depa semua selamba jer.









macam cantik pulak lighting kat sini. Flawless muka berjerawat Akak ....I like!






the train only every half an hour. So tunggulah sampai train sampai.


train sampai terus buat macam train sendiri. Kalau posing bagilah kat budak-budak ni.



Ada dua restoran. Satu kat the main building, the other one dekat tepi beach. Dua-dua restoran kami try.





mak-mak budak berposing. Tukang ambik gambar adik guard. Guard tu pasrah jer bila kitaorang suruh ambik gambar. Lepas tu dia pulak yang over ambik gambar kitaorang siap senget2 lagi gambarnya hahaha...


my whole TB team. Gooooooom team CHILLAX!


Nanti I sambung lagi ya sebab banyak lagi gambar tak letak ni. 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin