Tuesday, April 29, 2014

Birthday party di Taman Botani

One of my friend invited us for a birthday party. Masa mula-mula dapat message whatsapps tu macam terkejut jugak sebab birthday party kat Skytrex, Taman Botani Shah Alam. Pastu dalam whatsapps siap pesan suruh pakai kasut yang bertutup sebab ada macam-macam aktiviti panjat memanjat gayut bergayutan dan macam-macam lagi untuk anak-anak.

First time sebenarnya sampai kat Taman Botani ni. Rupanya dulu ni Taman Bukit Cerakah, dah tukar nama ya. Sampai-sampai kitaorang terus ke countyer tiket Skytrex. Kena naik bas rupanya nak masuk dalam tu. Atas bas boleh nampaklah orang berbasikal ni. Angkat tangan syukur sebab ada bas bawak masuk. Kalau suruh berbasikal, ada basikal yang kena campak tepi jalan tu jer nanti. Almaklumlah stamina dah tak macam dulu-dulu....pancit cepat.



Sampai dah kami ke perkampungan Smurf dimana birthday party diadakan. Dah berjanji dengan Reen & Itha, my two best of the best pal kat kolej dulu nak jumpa kat sana tapi biasalah makcik dua ekor tu memang tak punctual. Sorang kena tunggu sampai habis hari penyampaian hadiah sekolah anak. Lagi sorang kena tunggu sampai anak-anak habis tuition. Memang mak-mak sangatkan...tak happening sungguh. Sempatlah I makan 5-6 round baru derang sampai ...ciss!!


party tengah-tengah hutan.
 Bagus concept ni dari kebiasaan. Sesambil makan menikmati alam sekitar tengok orang buat flying fox terjerit-jerit macam monyet ketakutan. Yang menjerit tu bukannya budak-budak tapi orang dewasa yang takut nak buat flying fox.


lain kali tak payahlah fefeeling nak cantik pakai tudung lilit-lilit masuk hutan sebab panas. Berpeluh sakan.

Lepas selamat tiup lilin bagai, kanak-kanak semua boleh buat aktiviti Skytrek. MAk bapak boleh sambung gossip-gossip sambil membesarkan badan. For the first time bak kata Itha, tak nampak budak-budak ni semua pegang any gadgets. Semua sibuk nak panjat memanjat. Bagus kita dedahkan derang ni dengan aktiviti-aktiviti luar. Biar derang familiar sikit dengan alam sekitar.





beratur-beratur semua. Adik punyalah excited nak buat aktiviti-aktiviti Skytrex. 
Masuk round kedua dia dah pancit. Penat jugaklah sebab they have to climb, swing, buat flying fox macam-macamlah. I ada banyak gambar Adik buat aktiviti Skytrex ni tapi ntah apahal ntah my external HD tu tak boleh read pulak. Nanti I letak more pictures.


the two 'lewat' makciks and I


hishhh seram jer buat aktiviti. Tinggi jugak ni tapi semua pakai harness tak takut sangatlah


We spend like almost 5 hours dalam hutan tu. I arrive almost pkl 12 noon and balik dekat-dekat pukul 5. It was funlah sebab lain daripada lain. Dapat jumpa makcik dua orang tu gossip-gossip mak Jemah. So lain kali sapa-sapa nak buat birthday party untuk anak-anak boleh ambik idea ni.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin