Thursday, April 17, 2014

Mulut ke tangan yang puaka sebenarnya?

Semalam hati saya panas. Ada manusia yang saya friend dimukabuku  dialam maya sahajalah. Kalau berjumpa di dunia nyata ni saya malas nak tegur sapa kerana saya tak berkenan dengan perangai dia di facebook.Post difacebooknya sentiasalah berbau 'eksyen' dia jerlah yang betul all the time and ada saja yang tak kena dengan alam sekitar dia.

So semalam I actually dah terserempak  hamba Allah ni dikedai makan tapi I idoklah bertegur sapa dengan dia . I kind of pass by her sajalah pergi bayar my breakfast while my husband tunggu dimeja. I think she saw me sebab dia duduk betul-betul depan kaunter bayar.

Mana tau lepas tu hamba Allah tu telah menulis menulis satu status di facebooknya.

Statusnya berbunyi begini 

"Kalau nak tau couple tu husband-wife atau boyfriend-girlfriend, tengok sapa yang gi bayar lepas makan. Kalau yg pompuan yg gi bayar, komfem husband and wife. =P "

Perli sapa lagi tu....perli I lah tu sebabnya status up tak berapa lama lepas I keluar keluar makan. 

Sorry to saylah some people have the mentality of 70's. Perempuan sekarang dah break the glass ceilinglah. Ramai dah wanita jadi CEO company. Takkanlah takat bayar makan pun nak berkira Kak oiii. Ni mesti bangsa nak lelaki bayar for all her stuff. Time tengah berdating dulu pun I biasa 'go dutch'. Biasalah time muda-muda dulu masing-masing tak berduit sangatkan. So kita sharing-sharinglah bayar.

Kesian orang macam ni, mentaliti cetek sangat. Khadijah (RA) pun banyak bantu Rasullah (saw), inikan kita insan biasa. Kita kenalah give and take in life. 

My husband and friends suruh ignore and unfriendkan aja orang macam ni. Tapi biasalah as a normal human being mesti kita ada perasaan marah. Semoga lain kali tak bertembung lagilah dengan hamba Allah cerdik pandai ni lagi. Kalau I nampak dia I mungkin keluar makan kedai and makan kat tempat lain kot. Tak sanggup nak mengadap manusia low mentality macam ni. Lain kali kalau rasa tak puas hati dengan I silalah cakap depan-depan jangan nak perli-perli di facebook saja.

Itu sajalah luahan hati hari ini.


- Insan yang cepat sensitif

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin