Kesiankan sebab tak ada cerita. So terpaksa cerita pasal anak sorang ni.
Anak perempuan sorang lagi tu bila hala jer kamera kat dia dah berdesup dia lari. Macam allergy sangat dengan kamera. Nasib baiklah ada yang sorang ni nak melayan mama dia.
Budak sorang kalau boleh semua benda dia nak buat. Weekend ni dia dah plan nak pergi main ice-skating dengan kawan-kawan dia. Sabar jerlah.
Orang main ukelele dia pun nak main ukelele. Gigih tu dia belajar sendiri kat Youtube.
Krong krangkrong krang lah telinga kami kena hadap bunyi ukelele tu. Nasib baiklah ada dengar jugak bunyi notenya. Pastu paksa mama nyanyi sekali dengan dia. Manalah mama ingat lirik lagu Bruno Mars tu semua. Suruh nyanyi lagu Wings, Search ke.....Mama taulah lol.
sekarang ni dia dah request untuk belikan dia guitar pulak.
Dah jangan nak jadi artis Youtube pulak Adik.
Ayah dia dah sentap sebab anak dia malas nak pergi art class. Sejak dia tukar art class baru ni dia makin malas nak attend art class tu. Reasonnya sebab teacher tak pay attention sangat kat dia and they speak themself bahasa depa sahaja so she feels like not included. Nak kutip ilmu dengan orang kena sabar Dik.
Masa minggu cuti sekolah tu dia gigih pergi prektis netball sebab dia main untuk wakil sekolah. So ada inter school matches. Gigih berlatihnya 2 hari jer pastu malas nak pergi dah. Itu pun dah gelap kulit bersinar-sinar. Terpaksa malam-malam mama menyapu losyen banyak-banyak kat dia dengan harapan anak putih kembali takdapeknya
ni lepas game minggu lepas. Habis berlumpur kasut Mama....huhu....
nasib baiklah campak washing machine cantik balik kasut I tu. Kalau tak beli baru...eh!
Sian sekolah dia tak dapat masuk quater finals pun sebab budak-budak sekolah lain lagi ganas hahaha.
Tak perlah at least you guys kalah pun 1 mata jer so tak adalah malu sangat. Good try.
Itu jerlah kisah anak bungsu saya. Malas dah nak type panjang2 sebab bahu sakit. Almaklumlah slip disc sufferer.
No comments:
Post a Comment