Tuesday, April 29, 2014

Birthday party di Taman Botani

One of my friend invited us for a birthday party. Masa mula-mula dapat message whatsapps tu macam terkejut jugak sebab birthday party kat Skytrex, Taman Botani Shah Alam. Pastu dalam whatsapps siap pesan suruh pakai kasut yang bertutup sebab ada macam-macam aktiviti panjat memanjat gayut bergayutan dan macam-macam lagi untuk anak-anak.

First time sebenarnya sampai kat Taman Botani ni. Rupanya dulu ni Taman Bukit Cerakah, dah tukar nama ya. Sampai-sampai kitaorang terus ke countyer tiket Skytrex. Kena naik bas rupanya nak masuk dalam tu. Atas bas boleh nampaklah orang berbasikal ni. Angkat tangan syukur sebab ada bas bawak masuk. Kalau suruh berbasikal, ada basikal yang kena campak tepi jalan tu jer nanti. Almaklumlah stamina dah tak macam dulu-dulu....pancit cepat.



Sampai dah kami ke perkampungan Smurf dimana birthday party diadakan. Dah berjanji dengan Reen & Itha, my two best of the best pal kat kolej dulu nak jumpa kat sana tapi biasalah makcik dua ekor tu memang tak punctual. Sorang kena tunggu sampai habis hari penyampaian hadiah sekolah anak. Lagi sorang kena tunggu sampai anak-anak habis tuition. Memang mak-mak sangatkan...tak happening sungguh. Sempatlah I makan 5-6 round baru derang sampai ...ciss!!


party tengah-tengah hutan.
 Bagus concept ni dari kebiasaan. Sesambil makan menikmati alam sekitar tengok orang buat flying fox terjerit-jerit macam monyet ketakutan. Yang menjerit tu bukannya budak-budak tapi orang dewasa yang takut nak buat flying fox.


lain kali tak payahlah fefeeling nak cantik pakai tudung lilit-lilit masuk hutan sebab panas. Berpeluh sakan.

Lepas selamat tiup lilin bagai, kanak-kanak semua boleh buat aktiviti Skytrek. MAk bapak boleh sambung gossip-gossip sambil membesarkan badan. For the first time bak kata Itha, tak nampak budak-budak ni semua pegang any gadgets. Semua sibuk nak panjat memanjat. Bagus kita dedahkan derang ni dengan aktiviti-aktiviti luar. Biar derang familiar sikit dengan alam sekitar.





beratur-beratur semua. Adik punyalah excited nak buat aktiviti-aktiviti Skytrex. 
Masuk round kedua dia dah pancit. Penat jugaklah sebab they have to climb, swing, buat flying fox macam-macamlah. I ada banyak gambar Adik buat aktiviti Skytrex ni tapi ntah apahal ntah my external HD tu tak boleh read pulak. Nanti I letak more pictures.


the two 'lewat' makciks and I


hishhh seram jer buat aktiviti. Tinggi jugak ni tapi semua pakai harness tak takut sangatlah


We spend like almost 5 hours dalam hutan tu. I arrive almost pkl 12 noon and balik dekat-dekat pukul 5. It was funlah sebab lain daripada lain. Dapat jumpa makcik dua orang tu gossip-gossip mak Jemah. So lain kali sapa-sapa nak buat birthday party untuk anak-anak boleh ambik idea ni.

Friday, April 25, 2014

Kedai mamak OU

 Tak ada cerita hangat pun, just nak bagitau yang dalam OU dah ada kedai mamak kat new wing.

Itu jer......


budak ni hangin jer bila Mama dia halakan kamera phone kat dia. 
Perasan sungguh.....orang nak ambik gambar sign board kedai



pesembur dia sedap jugak. Harga RM5.00


disebabkan kedai mamak dekat sangat dengan Daiso maka kenalah singgah Daiso jugakkan.
Bila dah masuk Daiso, mana pernah keluar tangan kosong. Paling-paling pun mesti ada satu item sebab barang Daiso RM5 sajakan.

Terbeli eyebrow pencil ni pun sebab dia kaler pink dan comel.

Itu jerlah ceritanya. Salam Jumaat.

Thursday, April 17, 2014

Mulut ke tangan yang puaka sebenarnya?

Semalam hati saya panas. Ada manusia yang saya friend dimukabuku  dialam maya sahajalah. Kalau berjumpa di dunia nyata ni saya malas nak tegur sapa kerana saya tak berkenan dengan perangai dia di facebook.Post difacebooknya sentiasalah berbau 'eksyen' dia jerlah yang betul all the time and ada saja yang tak kena dengan alam sekitar dia.

So semalam I actually dah terserempak  hamba Allah ni dikedai makan tapi I idoklah bertegur sapa dengan dia . I kind of pass by her sajalah pergi bayar my breakfast while my husband tunggu dimeja. I think she saw me sebab dia duduk betul-betul depan kaunter bayar.

Mana tau lepas tu hamba Allah tu telah menulis menulis satu status di facebooknya.

Statusnya berbunyi begini 

"Kalau nak tau couple tu husband-wife atau boyfriend-girlfriend, tengok sapa yang gi bayar lepas makan. Kalau yg pompuan yg gi bayar, komfem husband and wife. =P "

Perli sapa lagi tu....perli I lah tu sebabnya status up tak berapa lama lepas I keluar keluar makan. 

Sorry to saylah some people have the mentality of 70's. Perempuan sekarang dah break the glass ceilinglah. Ramai dah wanita jadi CEO company. Takkanlah takat bayar makan pun nak berkira Kak oiii. Ni mesti bangsa nak lelaki bayar for all her stuff. Time tengah berdating dulu pun I biasa 'go dutch'. Biasalah time muda-muda dulu masing-masing tak berduit sangatkan. So kita sharing-sharinglah bayar.

Kesian orang macam ni, mentaliti cetek sangat. Khadijah (RA) pun banyak bantu Rasullah (saw), inikan kita insan biasa. Kita kenalah give and take in life. 

My husband and friends suruh ignore and unfriendkan aja orang macam ni. Tapi biasalah as a normal human being mesti kita ada perasaan marah. Semoga lain kali tak bertembung lagilah dengan hamba Allah cerdik pandai ni lagi. Kalau I nampak dia I mungkin keluar makan kedai and makan kat tempat lain kot. Tak sanggup nak mengadap manusia low mentality macam ni. Lain kali kalau rasa tak puas hati dengan I silalah cakap depan-depan jangan nak perli-perli di facebook saja.

Itu sajalah luahan hati hari ini.


- Insan yang cepat sensitif

Tuesday, April 15, 2014

Another surgery....?

Honestly right now I am feeling very sleepy. Woke up a few times last nite sebab tengkuk and bahu sakit. Then my husband berkeruh kat telinga punyalah kuat macam beruang mengaum. Plus nanti tengah2 malam dia bangun pergi toilet. I am a light sleeper so bila orang bergerak jer I akan terjaga. 

Yesterday has an appoinment with my Orthopedic. Lagi sekali kena cucuk steroid kat leher and shouder which was very painful. Keluar-keluar bilik doctor terus ting tong macam orang mabuk berjalan macam ular. Then my daughter kata something wrong with me because I can't stop giggling....it's the steroid effectlah. 

Disebabkan I complaint that I am still in pain. Doctor suggest that I do another procedure untuk masukkan spring to my disc. 2 spring sebab my C4 and C5 yang macam slightly swollen plus he said that I have artheritis at my neck bone. Orang artheritis kat tangan atau lutut, I punya kat leher =(

I told him that I need to go home and think first. Seram kot nak tempuh lagi satu surgery. Sekarang ni tengah dilema samada nak takut atau sakit. Let me see whether I can still bare the pain or not cause I have another month for my next coming appoinment. 

Last Sunday hantar si kecik tu to Royal Bintang Ice Skating ring. Entrance fee is RM38 and the glove is RM8. Kenalah pakai glove sebab sejuk. Budak ni dah biasa kat sini so we just leave her there and kami pergi jalan-jalan ke One Utama. Lagi pun ramai classmates dia yang datang hari tu. Kelas budak-budak sekarang ni kan melepak kat ice-skating ring. Dulu-dulu masa zaman I budak-budak lepak kat rollerblade. Tapi I tak pernahlah pergi cause I don't know how to rollerblading. Beli roller blade pastu pregnant, terus masuk store room sampai sekarang roller blade tu.



she's a pro


kalau tak terror guna ice skating boleh guna penguins comel tu untuk tolak and steadykan diri. Tapi penguins tu you have to pay rentals lah.


her classmates


Sempat jugaklah I beli pin tudung ni kat weekend market dalam eCurve tu. RM1.50each which is cheap sebab hari tu I beli kat flea market kat Kota Damansara they sell like RM10 each. 

Also Abang dapat beli a sweater for RM15. Murahkan tapi I tak surelah pulak tu new one or bundle punya sebab murah sangat. Minggu ni budak tu balik rumah dari hostel naik train and bas dari Cyberjaya. 3 jam jugaklah dia nak sampai rumah. Told him that we couldn't fetch him this week tapi dia nak jugak balik so merasalah dia balik naik public transportation. Nasib baik housemate dia 2 orang duduk same area dengan kami so derang balik bertigalah. 

Sekali sekala bagus jugak biar dia pandai sikit berdikari. Tapi kesian jugak sebab banyak barang dia mengangkut balik. Duduk hostel weekend boring agaknya tapi their hostel best sebab ada swimming pool, squash auditorium, canteen, vending machine, self service laundry machine, boleh main futsal etc. Lain ler zaman I duduk hostel dulu. Me and my bestie asyiklah melepak kat taman permainan kanak-kanak depan hostel tu. Even malam-malam pun nanti kitaorang berdua duk pergi main buian dengan jongkat-jongket dalam gelap-gelap. Kesian dua orang pompuan psiko. Pastu I kena tukang teman dia guna public phone sebab she can only call her boyfren (arwah husband dia) at certain time jer sebab he's working offshore at the time. Those were the times. 


reminiscence =)

Tuesday, April 8, 2014

Musician and sports girl


Kesiankan sebab tak ada cerita. So terpaksa cerita pasal anak sorang ni. 
Anak perempuan sorang lagi tu bila hala jer kamera kat dia dah berdesup dia lari. Macam allergy sangat dengan kamera. Nasib baiklah ada yang sorang ni nak melayan mama dia.

Budak sorang kalau boleh semua benda dia nak buat. Weekend ni dia dah plan nak pergi main ice-skating dengan kawan-kawan dia. Sabar jerlah.

Orang main ukelele dia pun nak main ukelele. Gigih tu dia belajar sendiri kat Youtube.
Krong krangkrong krang lah telinga kami kena hadap bunyi ukelele tu. Nasib baiklah ada dengar jugak bunyi notenya. Pastu paksa mama nyanyi sekali dengan dia. Manalah mama ingat lirik lagu Bruno Mars tu semua. Suruh nyanyi lagu Wings, Search ke.....Mama taulah lol.




sekarang ni dia dah request untuk belikan dia guitar pulak. 
Dah jangan nak jadi artis Youtube pulak Adik. 

Ayah dia dah sentap sebab anak dia malas nak pergi art class. Sejak dia tukar art class baru ni dia makin malas nak attend art class tu. Reasonnya sebab teacher tak pay attention sangat kat dia and they speak themself bahasa depa sahaja so she feels like not included. Nak kutip ilmu dengan orang kena sabar Dik.

Masa minggu cuti sekolah tu dia gigih pergi prektis netball sebab dia main untuk wakil sekolah. So ada inter school matches. Gigih berlatihnya 2 hari jer pastu malas nak pergi dah. Itu pun dah gelap kulit bersinar-sinar. Terpaksa malam-malam mama menyapu losyen banyak-banyak kat dia dengan harapan anak putih kembali takdapeknya


ni lepas game minggu lepas. Habis berlumpur kasut Mama....huhu....
nasib baiklah campak washing machine cantik balik kasut I tu. Kalau tak beli baru...eh!


Sian sekolah dia tak dapat masuk quater finals pun sebab budak-budak sekolah lain lagi ganas hahaha.
Tak perlah at least you guys kalah pun 1 mata jer so tak adalah malu sangat. Good try.

Itu jerlah kisah anak bungsu saya. Malas dah nak type panjang2 sebab bahu sakit. Almaklumlah slip disc sufferer. 

Thursday, April 3, 2014

Cerita minggu lepas during school holidays


I am still upset that How I Met Your Mother (HIMYM) series has ended. Lepas ni nak download cerita apalah pulak nak mengisi masa lapang. 

baca Quran lagi bagus kak! (subconscious I yang cakap)

tehehehe... biasalah manusia biasa perlukan sedikit hiburan.

Siap menangis-nangislah tengok ending sampai anak cakap "Ma, why are you crying". 
"You sadap Kakak". Mama sedih tau.
Cannot let golah, sama macam dulu masa cerita Friends ended pun sedih sangat. Rasa macam hilang kawan. Ialah dah almost 9 tahun follow series ni without fail everyweek tiba-tiba habis. Plus tak puas hatilah sebab the last episod dia crampkan semua sekali. I takkan cerita sebab nanti jadi spoiler pulak bagi sesiapa yang tak tengok last episod tu. Anyway, I always thought that at the end for sure Ted akan end up with her. Dengan siapa?......pergi tengok sendirilah =P 

Anyway, below are random pictures taken last week. Last week tak update sebab busy melayan anak-anak kat rumah during school holidays. Plus anak bujang yang duduk hostel tu balik cuti, so kerjanya asyik lapar memanjang. Mak dia kena jadi cooklah apa lagi. 
Rasa macam nak pindah duduk kat kedai makan jer time tu. 
Haa...nak makan apa....order-order =P
Penat tau kalau kena masak 4 kali sehari. Breakfast, lunch, tea and dinner. Pergi kerja lagi relax daripada duduk kat rumah. I salute all the stay at home mom's.....you guys must have lots of energy and muscles I guess.

Cerita kat bawah ni semua random tau.

I pergi Etude House nak beli BB Cream. Sekali the SA gave me lots free gifts.
Rasa macam dapat hadiah for my birthday pulak. I am so pleased. Lain kali Akak datang beli lagi tau. Nanti jangan lupa kasi banyak2 lagi free gifts tau. Akak love you lah Etude House.



Nestle ice-cream goreng ni sedap jugak. 
Goreng sekejap jer tau about 3-4 seconds maca tu kalau tak hangit nanti.


we watch Captain America on last Friday.
Jeles betul tengok Scarlet Jo tu. Dahlah cantik, slim, hot semua.
Captain America, who?

Anyway something funny happen. Funny tapi berderau jugaklah darah kami. 
So lepas habis movie, kami pun nak baliklah. Pergi kat tempat yang kami park kereta but our car is gone. Semua garu kepala cause we remembered that that was the spot that we park our car. Panik gaklah. Dalam kepala otak I masa tu.....habislah takkan nak balik rumah jalan kaki kot hahaha. 

Actually, we park at another level hahaha. Bongok sangat tau.
Dulu pernah gak terjadi kat I masa park kat Midvalley. Midvalley tu kan besar. Boleh tak park kat east wing, pergi cari kereta kat North wing. Memanglah takkan jumpa hahahaha.


buah hati pengarang jantung saya ni memang kaki bodek.


Adik and her BFF

Midvalley ada Anime Convention last Saturday. These two girls memang avid anime fan. 
So kami terpaksalah meneman these girls to the Convention. Ramai sangat orang kat Convention hall tu sampai peninglah kepala I. Dengan costume pelik-peliknya lagi. Rambut biru hijau pink penuh dengan props. Last-last I suruh ayah budak-budak ni settlekan budak berdua ni. I dengan Kakak tunggu kat bawah. Pasal tu lah ada dua keping jer gambar budak berdua ni. 


sempat jugak belikan Abang YES punya doggle. Doggle  ni sekali boleh guna 5 device. 
Subscribekan dia internet line ni pun sebab dia kata he needs internet to do his assignment. 
But before that I make him promise me to email me always. Handphone are only given back to them during weekends. Kalau tak balas email Mama, nanti Mama tukar password internet tu. Fairlahkan sebab Mama yang bayar =D

That conclude our boring school holiday last week. =)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin