Wednesday, January 29, 2014

Makan kedai baru


Kedainya taklah baru tapi kamilah yang baru first time try makan kat kedai ni walaupun dah berkurun kot kedai tu buka. 

Sempena nak raya cine kita pun lunch kat restoran chinese muslim.Pemes dah kot Restoran Hj Sharin Low ni. Banyak kali gaklah ternampak gambo kawan-kawan makan sini tapi hari ni baru tersesat pergi sebab tak tahu nak makan mana. Nak makan kat Kayu Nasi Kandar tapi parking pulak macam haram payah nak dapat. 

Review kedainya.....nak gak tu buat review. Interior kedai biasa-biasa saja, nothing to shout out about. Mengingatkan kedai makan yang I pergi kat China jer. Kedai kat China semua biasa-biasa jer, tak ada fancy decoration ke apa.Even the menu book pun reminds me of kedai makan kat China punya pesen lol.




they have Yee Sang menu

We ordered Cantonese Yee Mee and seafood nasi goreng.Boleh tahan cepat jugaklah dapat makan. 


my Cantonese Yee Mee boleh tahanlah. Tak adalah marbelles sangat. 2.5/5 bintang bolehlah kot. Mungkin sebab yee mee dia keras sangat lambat nak lembut even though dah gaul dengan kuah tu yang potong sikit.

Nasi goreng dia datang sekali haaa kau tinggi menggunung, boleh makan dua orang. Tapi Akak salah...anak daraku makan sepinggan tu dia sorang jer. Kena dengan selera dialah agaknya sampaikan makan udang tak nak share dengan mama huhu....


Tak sempat nak belek-belek apa lagi menu yang ada tapi macam banyak gaklah. Atas flyers dia ada salted egg crab kena try ni lain kali.


last but not least gambar tuan rumah pakai one of the new scarfs from Brands Outlet. Scarf ni agak besar sikit bidangnya so I lipat sikit bagi kecik so senang sikit nak lilit.

I also want to wish all my Chinese friends Happy Chinese New Year. Jangan lupa red packetku dalam ingatan. =)


Monday, January 27, 2014

Weekend


Pancit mak encik pagi ni. Pagi-pagi lagi talipon opis non stop berdering.
Ni pun non stop jumpa client nak trobleshooting.

Anyway, malas nak cerita pasal kerja sebab tak bawak paedah pun, bawak padah ada.

Hmm...let me see what did we do last weekend.Lost memory kejap Sabtu buat apa. Ohh ya....Sabtu kitaorang attend a relative's wedding kat Manjalara with my parents. 

Hari Sabtu tu I ada appoinment kat Tropicana Medical Centre (TMC) pasal sepihan tiles yang tercucuk dalam tapak kaki tu. Alhamdulillah dah tak sakit sangat. I think the cerbisan must've terkeluar sendiri. Kalau ada pun tinggal sikit lagi dalam tu. So doktor advise tunggu dia keluar sendiri nanti.Boleh tahan ramai jugak orang kat TMC on weekends. Ingatkan hospital ni tak glamer macam Damansara Specialist.

Back to the wedding story. Kenduri kahwinnya kat Dewan Komuniti Manjarala tapi ayah budak-budak ni beria-ia guna Waze. By the way my waze is a British guy....which my husband finds annoying. Cuba imagine kalau waze suara apek cakap 'manglish'....."woii....lagi 200m aaaa...lu turn right! I said turn right lah!". Then that'll be hilarious right.



here's us...selfying at people's wedding. Sangap jugaklah duduk kat wedding sedara cause my parents will want to stay lama-lama sembang-sembang with relatives. To think of it....itu jerlah tempat derang nak bersosialize pun kat relatives weddingkan. Tapi anak dan cucu pulak sibuk nak balik cepat. Kesian sebenarnya tengok orang ramai tapi tak cukup tempat duduk. Baiklah kita bagi seats kita cepat.


girlfren Harry Potter ke ni?

One of my cousin nak kawinkan anak daranya. Anak dara dipinang oleh CEO company, so jumlah hantaran nak diberi sama amount dengan usia si dara. Told my dad.....gitu baik tggu umur 30 tahun, dapat duit hantaran RM30,000 hihi...

Sunday pulak, suppose to go send my dad to the bus station sebab dia nak balik kampung but our car broke down. Merasalah sekarang pinjam kereta kancil nenek sementara kereta siap. Seram dohhh naik kereta kecik sebab rasa macam dibuli kereta besar lain jer.



as usual lepak Starbuck sementara tunggu Adik habis art class. Dua-dua Caramel Macchiato...satu hot, satu iced. 


sempat beli 3 scarfs for RM50 at Brands Outlet



my eyes lately ni macam blurry sikit. So pergi check mata guna machine tu. So my short sighted tu tak terus sangatlah. 

So that is basically our boring weekend.


Thursday, January 23, 2014

Rezeki


Rezeki setiap insan tu berbeza. 
Ada orang mungkin dikurniakan wang ringgit yang melimpah. Ada yang kaya dengan anak. Dapat anak ni kira rezeki jugak sebab ada orang yang dah cuba banyak kali dan invest RM beribu-ribu pun still tak ada rezeki nak dapat anak. Ada yang rezekinya dijemput ke rumah Allah berulangkali. Macam-macam cara bentuk rezeki Allah kasi antara kita sedar atau tidak saja. Kalau manusia tutup satu punca rezeki kita, Allah bukan 10 pintu rezeki lain. I am grateful of all the rezeki yang Allah kurniakan.

Especially rezeki makan tak pernah putus =)


ini namanya roti John versi kedai mamak.On top of the daging ada telur mata dua biji diletak cili sos dan mayoinness.


limau sekotak rezeki pemberian sempena Chinese New Year. Limau ni tak berapa manis, kalau nak yang manis kenalah beli yang mahal sikit.


Nasi putih, tomyam campur, ikan kembung masak pedas, telur dadar dan kailan ikan masin memang kombinasi rezeki paling best.


Nasi campur pun sedap


Alhamdulillah.

Wednesday, January 22, 2014

Applikasi MyTeksi

Semalam mak encik adalah terpaksa balik sendiri sebab pak encik ada late appoinment kat Wangsa Maju. Terpaksalah mak encik memikirkan cara nak balik rumah. Kalau tak mau melangut kat opis sampai opis bergelap....ohh tak sanggup.

I ada download application MyTeksi kat phone tapi tak pernahlah pulak guna. So semalam tergerak hati nak guna applikasi MyTeksi.Nak beratur tunggu teksi malas so otak kenalah geliga sikit. Orang pemalas memang macam ni.

Senang jer rupanya nak guna application MyTeksi. Mula-mula....downloadlah dulu application tu kat Playstore. Lepas tu masukkan where to pick up and your destination, then press 'Book Now'.

Nanti application ni akan locate their nearest MyTeksi Driver. Once they manage to locate the taxi driver for you, the application will notify you. They will inform you nombor taxi, nama driver and the taxi driver handphone number. The good thing is that you can actually input pukul berapa kita nak suruh taxi driver to pick up. Then the apps also will tell you the estimated fare and duration the taxi will be arriving. Convenientkan.



They also email me. I can share my ride with my love one so that they will know that I have arrived safely. Kalau barang tertinggal dalam teksi pun senang nak trace back teksi tu.I'm sharing this apps sebab I rasa it it very convenient and safe for ladies. Tak payah nak tahan teksi tepi jalan. Plus all the driver taxi infos kita ada.



Had an interesting conversation with the friendly taxi driver yesterday. Maik aihhh pakcik tu lagi kaya dari haku. Siap ada 4 biji rumah lagi. Kalau kita kerja kuat kita pasti berjaya. Panjanglah lagi ceritanya...siap bagitau macamana nak beli rumah lelong semua hihi. Malas nak story mory kat sini.

So ladies....you should download this great apps. Wahh macam iklan pulak hahaha....iklan tak berbayar.

Tuesday, January 21, 2014

Chocolate Museum warehouse sale

Sapa yang tak suka coklat. My kids loooove chocolate. The youngest one lepas makan chocolate akan hyper semacam.

Anyway, last Sunday we're supposed to send Abang back to his hostel after lunch. Unfortunately....I repeat....unfortunately, I saw the banner that the Chocolate Museum were having a warehouse sale, which they claim to be cheaper than the retail price. Actually 3 hari warehouse sale from 17-19 January, but we only managed to caught the last day of sale. 

Always wanted to go to the Chocolate Museum tapi been postponing for so long. Alang-alang anak-anak dah bising nak meng'pau' membeli coklat so we stop by before sending Abang back to his hostel as there still so much time. 

Location of the museum, you all click kat link kat atas okay. Me is lazy to type here.


I am a sucker for warehouse sale....any sale actually.

Boleh tahan ramai jugak orang yang datang beli. I should say that the price was reasonable. Bought a bag of sneakers for RM18, which end up I did not managed to eat at least one pun sebab anak bertuah boy saya tu pergi bawak semua balik hostel >.<
Bought other few chocolates yang habis on the same day :/

inside the museum.Museum dia taklah besar sangat takat 5-10 minit dah habis tour. Lepas tour boleh beli coklat.


next time I'll remember to use the Camera 360, barulah nampak muka flawless sikit. Ni pun sebenarnya baru recovering from bad cold.


the benefits...silalah makan coklat banyak-banyak
Kalau tergemuk lepas tu...salahkan diri sendiri




pompuan Afrika mana pulak ni?




oiii lupa nak beli Hershey's hari tu sebab malas nak bergasak dengan orang ramai.

So my boy dah balik hostel after cuti 3 hari. Now the sister is conquering his room and PC. So I guess we'll be seeing him back soon on Chinese New Year holidays. From Norman KRU's twitter pic I can see that the boys are enjoying themself in the swimming pool. Unfortunately, girls tak dibenarkan guna the swimming pool. Jangan budak-budak tu sibuk hari-hari mandi swimming pool udah.

Monday, January 20, 2014

Mama Wilcha


Sabtu lepas ada appointment dengan Orthopedic, kira monthly check up after surgery. Lately ni rasanya sebab mengangkat report-report yang berat my shoulder dah start sakit balik and malam-malam boleh rasa yang my fingers numb waktu tidur. 

So mengadulah manja-manja dengan doctor....sekali doktor kata, "oklah macam tu I give you a jab". 

Tau tak jab kat mana? Kat tengkuk ok. 

padan muka!


Dua kali pulak tu kena jab. First one tu nak bagi numb kot, then the second one is the medicine. Nak terbeliak jugaklah biji mata tengok jarum mak bapak besar.

Tak boleh nak cerita betapa sakitnya bila doktor inject kat leher tu. Nasib baik jugaklah I have a high tolerance of pain. Kalau tak mau menjerit kat situ. 

Numb jugaklah rasa leher, tepi telinga semua. Nak keluar bilik doktor siap papah sebab macam tingtong pening gila. Jalan dah macam orang mabuk todi.....swaying ke kiri kanan.



merasalah naik wheel chair sampai anak-anak panggil "Mama Wilcha" =P
Nurse kesian tengok I terhuyung hayang, tu yang dia bagi wheel chair sebijik. Berebut semua nak tolak....of courselah budak paling kecik yang menang. Tolak laju pulak tu....macam nak muntah dibuatnya. 



Mama wilcha ada banyak gang....semua nenek-nenek comel yang naik wilcha jugak =P


Thursday, January 16, 2014

Something new - part 2


I rasa tahun ni my sisters memang saja komplot nak mengenakan I sebab both my sisters are pregnant. One of them gave birth yesterday to a handsome bouncing baby boy. 

Mama Long have to start menabung for duit raya already. As for now I have 6 anak buah + 1 still in the oven.


Welcome to the family baby boy. Percayalah all the babies in the family will look like anak K-Pop ....mata semua sepet2


happy kakak cousin. Tak nak lepas dukung baby tu. 



one happy aunt. Wanginya bau baby baru. My sister was still in the 'ting tong' state yesterday when we visited her. Ialah kesan ubat bius tak habis lagi agaknya. Tengah-tengah cakap dengan dia, boleh pulak dia dose off  zzzzz.........  >.<



Wednesday, January 15, 2014

Something new

Salam Maulidur Rasul.

Insyaallah hari ni I akan dapat nephew baru. My sister akan melahirkan melalui C-section tengahari ni. Hopefully all goes well and I will get to see the little bundle of joy petang nanti. Can't wait. 



Adik's drawing. 

Dulu Adik masuk kelas Art kat Peekaboo tapi last month ayah dia enroll kat Da Vincci supaya dia dapat belajar fine art. Dekat Peekaboo more suitable for small kids kot. Tapi budak tu tak happy pulak dekat Da Vincci sebab teacher tak berapa pay attention kat dia. It's more like you kena buat semua sendiri and the teacher akan betulkan your lukisan sikit-sikit. Plus dia ada komplen yang teacher kat Da Vincci suka bercakap in their 'language' which dia tak faham. Unlike macam kat Peekaboo, the teachers bagi perhatian kat budak-budak. So sekarang Adik macam liat sikit nak pergi kelas lukisan dia on Sunday, ada jer alasan tak nak pergi. Tapi lepas kami pujuk dia cakap yang her drawing now is much better and refine, dia bersemangat baliklah.

Then I posted her drawing on my IG and facebook. Ramailah yang like my post and puji cakap lukisan dia cantik. Ada yang suggest that maybe she should consider architecture after she finish her high school. Tapi anak manja ni nak jadi Manga artis =)

Suka hati dia bila ramai orang like her drawing. Semoga lepas ni, dia tak bagi lagi alasan tak nak pergi art class kat Da Vincci sebab she's improving and she's got talent. Lagipun aim dia tahun depan nak masuk Sekolah Seni. Alhamdulillah budak ni ada initiatif tiap-tiap malam belajar sendiri untuk UPSR. Tak payah susah-susah nak terjerit-jerit suruh dia belajar....semoga usaha dia berterusan sehingga akhir tahun. Now I just need to find a tuition place for her. Malas sebenarnya nak panjat 3 tingkat ke pusat tuisyen, itu yang asyik tertangguh niat tu. 

I guess that is all for now. I'm so happy that minggu ni kerja 3 hari saja. Jumaat nak pergi ambik Abang kat hostel dia.....miss my son =)


Monday, January 13, 2014

January birthday celebrations

Sempena menyambut birthday our father last week, kami adik beradik buat upacara makan-makan. Plannya mula-mula nak buat malam lepas tukar pulak nak buat hi-tea. 
Kami ingat nak beli lasagna, kuih and etc yang sesuai untuk minum petang. My mom pulak nak makan nasi Arab. Ting tong konpius I jadinya sebab asyik tukar timing. End up last-last kami semua makan 6.30 petang. Ala-ala petang dah dekat nak malam.

My sister bought Saba Nasi Arab ayam, kuih muih and I bought satay Samuri.
Mulanya plan nak beli satay saja so I pun orderlah 100 cucuk for all of us. Sekali bila semua orang dah makan nasi Arab, tak habis satay. >.<

Sambut sekali my BIL's birthday and tak lama lagi ada ahli keluarga baru yang insyaallah tahun depan akan join the January birthday boys celebration. My sister is going to give birth on the 15th January thru C-section. Oh my.....maknanya tahun ni kena tambah lagi kuota duit raya, nak kena start menabung =P


hanya nasi impit dan air saja saja home-made yang lain semua kedai mari. 

Nasi Arab Saba tu memang marbelles. Hari itu I pergi tapau Saba yang kat Cyberjaya....masyaAllah ramainya orang membeli. Itupun sempat drama dengan ayah bebudak2 ni. I malas dah nak tggu sebab ramai sangat orang, last-last dia yang pergi beratur (actually ambik nombor) dengan kesentapan sebab dia kata alang-alang dah sampai beli ajalah. Pastu yang takeout, ada yang beli sampai 40 pack. Merasalah kitaorang tunggu dekat 20 minit. Tapi nasi dia memang sedaplah, tak sama dengan yang kedai lain jual. Kalau makan nasi dia jer pun dah sedap dan kenyang. But in my opinionlah, Lamb Mandy lagi sedap daripada chicken. Lamb tu lembut sangat and tak ada bau langsung.





ni semua tukang buat bising. Macam nak pecah rumah dengar suara derang ni. 


Friday, January 10, 2014

My Daydre

Orang buka acct Daydre,I pun nak nak ada jugak tapi lepas tu tak reti nak update sebab macam redundant dengan blog.

I'm trying to update my Daydre on a daily basis tapi only as my food diary. Meaning that I'll put on daily basis what i had for breakfast, lunch or dinner. Hopefully rajinlah.

So kalau ada sesiapa yang nak follow my Daydre pun boleh jugak. Just look me up ok :)

Thursday, January 9, 2014

Al kisah buku animation

Al kisahnya Jumaat lepas kitaorang subuh-subuh sapi lagi dah masuk kereta sebab nak menghantar budak-budak pergi sekolah. 

Elok semua duduk dalam kereta...krekk...krek....tau tak bunyi apa? Bunyi engine kereta tak boleh start. Alternator kereta buat hal pulak so tak boleh nak start engine kereta. Masuk rumah baliklah kami semua. Nasib baik jugaklah sebab I memang kebetulan cuti hari tu. Tarik selimut baliklah jawapnya sebab mana ada bengkel kereta yang buka lagi. Dekat pukul 10-11 pagi baru mechanic datang betulkan kereta.

Cadangnya hari tu lepas hantar budak berdua tu pergi sekolah, kami nak pergi BB Plaza sebab nak cari buku Abang yang kena beli. Kedai kat BB Plaza tu jer yang ada jual buku tu. 

Lamanya tak masuk Jalan Bukit Bintang tu. Aduh sepanjang jalan korek sana sini untuk construction buat MRT. Pening kepala guwe masuk KL ni, boleh jadi stress jadinya.



terrer gaklah ayah budak-budak ni cari parking sebab turun escalator jer terus nampak kedai buku tu. Malapnyalah BB Plaza macam tak bermaya jer, harap kat Metrojaya jerlah kot. Itu pun tak ada orang kat Metrojaya. 


budak kecik ni sukalah kedai buku ni sebab segala macam buku animation ada dalam kedai ni


Nama kedai ni Basheer Graphic Books. Location kat tingkat 3 dekat dengan orang jual buah-buah dan minuman.



Inilah buku yang dicari-cari, Animator's Survival Kit. Siap cari kat MPH dan Popular pun tak ada. Dah nak hujung nak masuk sekolah balik, baru dia teringat yang kedai buku ni pernah datang kolej dia promote buku. Aduhlah hai anak.

Sempat jugaklah kami singgah makan tengahari kat Tugu Negara lepas Ayah dan Abang selesai solat Jumaat. Lupa nak tangkap gambar tempat makan tu. It's a nice place kat Tugu Negara tu where you can find kari kepala ikan yang sedap. Masa kami sampai pukul 2 lebih tu banyak lauk dah licin =(

Tapak kaki I ni dah lama sakit sebab ada serpihan tiles termasuk. Tried pulling it out myself guna tweezer dan pencungkil jerawat yang tajam tu but still tak boleh jugak nak korek. So sekarang ni kalau pijak lantai mesti sakit. Lepas balik dr makan tu singgah sekejap klinik sebab Abang komplen dia sakit perut so I teruslah suruh doktor tengokkan sekali kaki I. Doktor belek-belek dia suruh pergi hospital pulak sebab kena x ray.

Pung pang pung pang (malas nak story dah ni) kat Tropicana Medical Centre, there is a splinter dalam tapak kaki tu. 





Nampak tak yang kat penanda ada benda kecik warna putih. Itulah dia serpihan tiles pecah tu.

Specialist kata biarkan dulu dalam tu, tengok dia keluar sendiri ke tak sebab dia kata kalau dia buat nanti kena korek daging keluar and it will be more painful >.<
I have to come and see him again in 3 weeks time. Sekarang ni kalau pakai kasut tak sakit tapi kalau kat rumah pijak lantai memang sakit. 

Gitulah kisahnya.

Wednesday, January 8, 2014

Birthday dan back to hostel

Today is my father's is my father's 72nd birthday.
Semoga diberikan kesihatan yang baik pada tahun ini. You gave us a few scare so kalau Allah izinkan janganlah lagi. We almost lost him twice. My father pernah koma sebulan disebabkan kuman meningitis masa I tengah berpantang lepas lahirkan Kakak dan kena serangan jantung on 2012. Words cannot describe what's inside my heart (as I am writing this a bit emotional tapi tak reti nak luahkan) but thank you for raising me and always be there for us. Though sometimes you still treat us like small kids…..believe it or not my father still open my letters >.< . 
Happy birthday Papa. May Allah bless you always. 

Tukar topik sebelum I jadi lebih emotional. Sekarang ni rumah I dah jadi berempat balik lepas Abang dah balik hostel Sabtu lepas. 

That boy has tons of things to angkut balik to hostel. Seminggu sebelum tu I dah puas dah pesan dekat dia suruh kemas barang-barang dia. Did he listen to me?

NO!

Dia sibuk main computer game siang malam pagi petang. Lepas gian  agaknya sebab kat kolej tak boleh nak main game. 2 hari berturut-turut I pergi register dan menghantar barang-barang dia. Nasib baiklah dalam KL lagi kalau luar KL memang I postkan aja barang budak tu. Boleh tak dia lupa nak bawak baju rasmi sekolah >.<

 Sabtu lepas hari pendaftaran masuk balik dan pindah ke hostel baru. 
Pendaftaran daripada pukul 10 pagi sampai 4 petang tapi dalam pukul 11.00 pagi macam tu kami dah sampai. Lama jugaklah menunggu habis proses pendaftaran sampai kami sempat pergi lunch dulu dan datang balik. Nasib baik ada tempat menunggu untuk family. 




Sessi daftar dan bayar yuran serta collect kad outing. Results exam pun ada ditampal kat board. For a dyslexic boy I would say it is not bad kalau nak compare to normal kids. 

Almost pukul 4 jugaklah baru kami semua beransur ke hostel baru. Brand new apartments. Disebabkan we were the first one to arrived at the apartment, dapatlah pilih bilik paling besar untuk abang dan katil yang paling strategik. 
Room mate Abang tahun ni dah bertukar . Roommate tahun lepas tak boleh tidur bergelap so lampu kena sentiasa pasang. Roommate tahun ni pulak tak tahu apa pulak kerenah. Each apartment ada 4 bilik and each room ada 2 katil. Bilik Abang kali ni besar sikit so tak adalah bersempit nak letak barang macam last sem. Roommate Abang last sem banyak barang so bilik sempit sikitlah. 

Kali ni housemate dia ada dua orang budak yang duduk area rumah sama dengan kami. So kalau the boys nak balik rumah bolehlah balik sama-sama naik bas kot. Ialah tu…..tengoklah nanti mesti Mama & Ayah jugak yang datang ambik.



new place. new rooms. Paling best tempat baru derang ada pool and gym. 
Unfornutely you can't get it all sebab Abang call malam Ahad tu cakap tempat makan derang sempit sikit.

Malam lepas hantar Abang balik hostel, Ayah dia pulak yang emo sebab anak tak ada kat rumah. Itulah orang kata bila dah tak ada depan mata baru rindu =P

Harap-harap tahun ni Abang belajarlah bersungguh-sungguh. Mama miss you so much. Kalau nak contact dengan dia kena tunggu hujung minggu sebab hari-hari sekolah ni warden simpan handphone budak-budak.

Tuesday, January 7, 2014

ke Aroma lagi

Hari ni actually hari pertama I bekerja untuk tahun 2014. Welcome back to the hectic daily life of sending kids to school dan mengadap jam. Semua jalanraya kat KL/ Selangor ni rasanya ada jer projek korek sana-sini, mana tak jam jalan jadinya. Jalan yang dua lorong dah jadi selorong, memang mengundang kesesakanlah jawapnya. Time-time macam nilah rasa macam nak pindah jauh ke pinggir bandar yang tak sibuk. Kalau nak cerita pasal jalan jam ni sampai Subuh besok pun tak habis cerita.

Cuti tahun baru 1haribulan haritu, kami ke Kuala Selangor makan seafood. Sejak awal Disember lagi dah merancang nak ke Jeram. Alkisahnya boleh pulak tersesat barat nak mencari Aroma Ikan Bakar sedangkan dah 2 kali makan dekat sini. Waze pun tak boleh harap haritu, weng semacam. Nasib baik bukan I yang drive, kalau tak mau balik rumah terus.

KamisSampai dalam pukul 4 petang, dah penuh restoran dengan pengunjung. Tempat parking pun semua penuh. Meja penuh dengan tanda reserve. Nasib baik jugaklah ada pengunjung yang dah habis makan, dengan segera kami ambik alih table. Lainkali kalau nak datang memang kena reserve awal-awal pastu pesan makanan sekali. Tak payah nak tunggu lama sangat.

Masalahnya bila datang time peak macam ni, jenuh menunggu untuk makanan dan minuman. Tapi bila minuman sampai lagi lambat daripada makanan memang mengundang resah. Nak makan pun serba salah. Dibuatnya makanan pedas atau tercekik ke……mana nak cekau air. Ada yang meja sebelah punya air yang kita terjah kalau terpaksa.

Meja belakang kami tu, dekat setengah jam ke 45 minitlah menunggu orang nak datang kemas meja. Muka masing-masing dah kelat macam nak telan orang. Begitu ramai orang sampai tak sempat busboy nak kemas meja. 


Pilihan seafood adalah segar-segar. 

Ikan kerapu masak tiga rasa. Recommended kuah masak tiga rasa dia adalah sangat sedap. Kalau makan cicah roti pun feel. Ikan tu digoreng garing so sangat ngam dengan kuahnya.

Udang macam biasa mesti masak my favorite masak butter. Tapi tenggelam sikit kesedapan udang sebab ikan masak tiga rasa tu memang meletup.

Ikan dan ketam goreng tepung. Anak-anak dara I ni sukalah makan ikan goreng tepung. I tak layan dah ikan kembung goreng tepung tu sebab dekat rumah pun boleh masak sendiri. Pastu lala masak pedas. Tak ketinggalan semangkuk kerang, hak tu si kecik tu belasah sorang-sorang sebab dia lapar sangat tunggu makanan lambat sangat nak sampai. Nasib baik kerang sampai awal. 

Bila seafood dah sampai, kailan goreng ikan masin dengan telur dadar terus lupa. Masa time order tu macam-macam nak sebab ikut tekak dan perut lapar. Insaf kejap hari ni bila baca kisah sedih ni. Orang lain dhaif sampai nak bayar yuran sekolah cucu pun tak mampu, kita yang Allah kurniakan rezeki lebih sikit ni selalu alpa dan membazir. 





Syukur Alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin