Wednesday, December 31, 2014

Goodbye 2014, welcome 2015

Salam,

Today is the last day for year 2014. 
Personally, it is not a great year for me. Banyak dugaan dalam tahun 2014. Tak payah nak catat dekat sini biarlah I sendiri sahaja yang tahu. 

Negara kita pun melalui dugaan yang hebat pada tahun 2014. 1 missing plane, 2 plane crash and banjir besar yang terteruk pernah dialami. I pray that we all presevere. Hopefully 2015 will bring a better year for all of us. More joyous and prosperity in our life.




Let us welcome 2015 with new hopes and dreams.


Selamat Tahun Baru to all my readers 


Tuesday, December 30, 2014

Celebrate birthday Ayah & Adik


Bulan December memang bulan yang I akan sengkek sebab dua beranak tu punya birthday selang sehari with each other. Kalau nak tau dua tu punya perangai pun lebih kurang sama. Almaklumlah lahir under bintang yang sama - Capricon. Infact both of them lahir under the same Chinese sign which is the Horse. Actually, my father pun Capricon and Horse jugak under Chinese sign. All I can say that all three of them have almost the same trade. Anyway, dua beranak tu bestfriend sangat. Tapi dua-dua tu  kalau dengan Abang asyik nak bergaduh jer kerjanya. 

Capricorn and Temperament:

Capricorns might seem melancholy and stern because they live by self-discipline and responsibility. They evaluate everything and they don't take daring chances without weighing the advantages and disadvantages first. (Kalau nak tunggu derang beli barang berjanggut sebabnya they are so fickle minded. Belek barang berejam-jam tapi beli belum tentu lagi.)To the onlooker, they might seem boring but it is the serious drive and structured way of life that the Capricorn feels safe with. Capricorn's self-sufficiency is often mistook for coldness, they are not as cold as they seem, this might be apparent just because Capricorns like to do everything themselves this way there is no worry about something not finished or not done properly. It is all about control of their surroundings and their daily lives and sometimes this spills into other people's lives. They believe they can give structure and organize other people's lives too, which they can but others might see this as intrusive and not welcome the Capricorn's suggested changes. According to Capricorn, there is only a right way and a wrong way to do things and this idea makes some Capricorns closed minded, stubborn and reluctant to agree with others. (This so spot on with those two especially my husband! Dia jer betul lol!)This is an ongoing lesson for Capricorns, knowing that there is more then one way of doing things and even though their way is usually right, it does not mean that they have to impose their ways on others. - Google


Back to the birthday celebration. I wanted to belanja steamboat for Ayah's birthday tapi pakcik tu kena gout teruk so dia tak boleh nak berjalan sangat sebab sakit. Actually dia tak nak keluar rumah pun on his birthday tapi dipaksa. Bila ditanya nak makan kat mana dia tak tahu. The kids pulak tak habis-habis nak makan Pizza Hut. Tak tahulah kenapa, everytime celebrate birthday jer they want to eat at Pizza Hut. Muntah hijau mak korang ni. So they win, we end up eating at Pizza Hut to celebrate Ayah's birthday.


2 medium pan pizza


this two ate 4 slices each. Memang gila pizza sungguh. Harap-harap korang dapatlah pak mertua Italian, hari-harilah korang boleh makan pizza.

I makan dua slice pun dah rasa macam nak muntah


minah ni pulak macam biasa akan order spaghetti bolognese. Dia tak minat sangat pizza.

No birthday boy's picture cause he's allergic to it. Facebook dia pun kalau boleh dia nak delete cause he hates it bila orang tag gambar dia kat FB. Tapi dia tak boleh nak delete FB dia sebab his his FB is linked to his Candy Crush hahahaha.....

For Adik's birthday semalam, I cuma beli kek murah kat Giant sahaja cause we are not a big fan of cakes. Asal dapat tiup cake dan nyanyi-nyanyi happy birthday kat dia pun dia dah happy. Pastu kitaorang makan aiskrim cornetto sorang satu dan makan ayam goreng jer. Save duit mak hehehe....



budak 12 tahun yang manja macam budak 5 tahun. 

Ehhh dah boleh buat IC lah!

Monday, December 29, 2014

Happy Birthday ke 12 Adik

Dear Adik,

Mama and Ayah would like to wish you happy 12th birthday.
We want you to know how much we love you.



Nah Mama belanja video Adik masa 4 atau 5 tahun. 
Perangai masih sama walaupun sekarang ketinggian telah melampaui ketinggian Mama tapi perangai ulat bulu suka menari tergedik-gedik tu masih tak hilang lagi hahaha....



Picture taken yesterday at the Comic Festival. 

Hadiah Mama tak payah bagi laya sebab Mama dah belikan Adik handphone dan penny board yang Adik nak tu. Kalau Adik nak extra hadiah mintak dengan Ayah sebab Mama dah pokai bulan ni sampai 2 birthday selang sehari. Sapa suruh Adik keluar 2 hari lepas birthday Ayah. Anyway, I always tell your ayah that you are his birthday present from me. So Mama tak payah beli dah hadiah kat Ayah aci tak?.....acikan......


Always my baby girl. Nanti dah umur 30 tahun pun still baby Mama dan Ayah jugak.
Anak yang paling manja and best friend to Mama and Ayah. Cerdikkan pandai ambik hati bodek Mama dan Ayah. That why we love you so much.

HAPPY BIRTHDAY YANG KE 12 ADIK.


Saturday, December 27, 2014

Happy Birthday Ayah


Today is Ayah's birthday yang ke XX. 

Tak ada hadiah yang dapat kami bagikan selain daripada video nyanyian Adik nyanyi wishing him happy birthday when she was 5 or 6 years old.



We love you Ayah. Semoga diberikan kesihatan yang baik pada tahun 2015 dan rezeki yang melimpah ruah. 

Friday, December 26, 2014

Doakan mereka


Salam Jumaat.

Kalau kita tak dapat membantu mangsa banjir yang semakin meningkat sekarang dari segi tenaga atau wang ringgit, mungkin kita dapat berdoa untuk mereka. Insyaallah.







As for me I'm looking forward to go to the nite market petang nanti. 

Thursday, December 25, 2014

Season's Greeting

Seasons greeting all. 


Orang sibuk makan turkey segla, kami kat rumah ni makan sambal ikan bilis dan masak lemak telur pecah saja. Barang kat rumah dah habis, malas nak keluar rumah pergi beli. Lagi pun ayah budak-budak ni demam so tak ada drebar nak ajak pergi Giant. 

Nak harap I drive memang tahap gaban pemalas. Malas nak pergi cari parking kat Giant yang parking lotnya selalu penuh. So makan jerlah apa yang ada dalam petias, besok kalau dah kronik sangat baru kita pergi beli barang basah.

Tapi bulan ni tahap kronik betul. I rasa every other day I pergi beli barang basah, cepat sangat habis. Budak-budak ni bela hantu raya ke apa. Asyik nak makan jer kerjanya. Bangun pagi nampak muka I jer dah tanya, 'Ma, hari ni masak apa?'. 
Hoi....mak kau kepala pun tak proses lagi pagi-pagi tu. Sel-sel lambat sikit nak berhubung pagi-pagi. 

Tapi nasib baik jugaklah I ada siap beli tepung pancake so they make their own breakfast hehehe.... I think next I shall teach them how to cook nasi lemak ayam berempah. Tinggi cite-cita....hahaha.....

So that all for now, I nak pi sambung balik tengok movies yang I dah download. Balas dendam balk sebab 4 hari tak ada internet hari tu.




my sambal ikan bilis yang tak berapa kick compare to my mum's. Her sambal ikan bilis is the best in the world!

Monday, December 22, 2014

Internet down

So the Unifi internet line at home has been down for 3 days. Mati kutu semua orang dalam rumah.

We have been substituting food for internet. Jadi ikan buntallah kami tak lama lagi.

Luckily, ada YES 4g Abang so dapatlah jugak nak check internet tapi tak bolehlah nak download cerita TV 😭

So I'll resume blogging once our internet is restored. 😭



Beli majalah sebab nak dapat free Body Shop lotion 😂

Thursday, December 18, 2014

Throwback baby pictures Abang


I just had to post Abang's baby pictures here. So damn cute when he was a baby (well at least to my eyes)

This boy masa we all duduk kat US dulu, kalau bawak pergi beli groceries the cashiers especially mak itam semua mesti berkenan kat dia sampai ada yang nak dukung dia. 

Memang tembam gebulah budak ni tapi dah besar jer dia keding tak comel. Tapi masa dia sekolah rendah dulu pun ada casting agent yang approach suruh dia try casting untuk iklan tapi biasalah anak I kan pemalu. 




miss having a baby tapi dah tua-tua ni tido lagi syok dari mengulit baby hehehe...

Wednesday, December 17, 2014

Party hujung tahun

Kenyang semalam sampai harini terasa. Tipu sangatlah tu.
Semalam kami ada year end party kat ofis. Nak kata Christmas party nanti ramai yang tak setuju, so tukar ke year end party. Semua orang happy!.

Makanan macam-macam sampai sendat perut semalam. itu pun tak jamah semua sebab dah kenyang makan nasi ayam, kuih muih, buah-buahan dan teh tarik. 

Pastu ada department yang baik hati sponsor Big apple donuts, ice-cream dan cakes lagi. Memang championlah semalam semua orang menternak cholesterol. Pastu dapat sorang sekotak roti jala pulak. Mana tak santak perut masing-masing. 

Seronok bila makan ramai-ramai sambil tu boleh sembang-sembang kosong. Paling syok dapat makan free tak payah keluar duit sesen pun hahaha...

Paling win bila ada kuiz dan boleh menang hadiah. Seronok gak tengok masing-masing terpekik nak menang hadiah. Kalau main musical chair seronok gak ni hehehe....


karipap tu sedap sangat...nak kena risik dengan tukang order beli mana


tak mainlah camera 360.....muka toya pun toyalah sebab dah memang macam tu sejak azali. Banyaklah pulak break out pastu payah nak hilang kesan jerawat tu.



cakes untuk December birthday babies. Tapikan cake dari Lavendar tu pahit sikitlah coklatnya. That's why I prefer SR cakes. 

Verdict: kenyang ya amat!

Tuesday, December 16, 2014

Selangor Cyber Games at The Strands


Macam biasa Sabtu pagi tak ada aktiviti lain selain daripada menghantar Adik ke kelas gitar dia. 

Ramai pulak Sabtu tu, rupanya ada Selangor Cyber Games Competition. Ramai budak-budak lelaki kat tengah ruang legar mall The Strands. Rupanya semua nak daftar untuk masuk competition tu.


budak lelaki yang frust sebab tak ada kaki nak main. Satu kumpulan at least 5 members.
Tengok mukanya tu muka tengah bengkek jer tu. Sesambil tu mulut dia duk mengomel, 'Mama lah ni tak bagi Abang main game kat kolej. Kawan-kawan Abang semua dapat main game". Ehhh...nak gi kolej nak main game ke nak belajar?. Ayah dia memang awal-awal lagi dah warning masa belikan dia laptop tu. Laptop strictly for school work, tak boleh download game. Kalau dah download game nanti tak jadi kerja lain.....ngadap benda tu jer. Macam sekarang cuti sem ni, kerja dia duduk dalam bilik ngadap computer dia. Laptop buka, computer pun buka.....banyak chantekkk muka =P


pokok Krismas The Strands


nampak tak tu semua beratur nak ambik T-Shirt


kalau menang dapat RM30,000 tu


canggih-canggihlah gamers sekarang ni. Time Mama nakal budak-budak dulu ada gak pi main game kat pusat-pusat archade game tapi tak adalah tegar sangat. Itu pun singgah lepas habis tuition hahahaha....sompek lagi tu.



Tak tahulah sapa yang menang sebab tak tunggu sampai game bermula. Yang I tahu budak-budak ni main FIFA dan DOTA. 

Tahu tak ayah budak-budak ni nak anak dia jadi gamers professional. Dulu siap hantar Abang pergi tempat ada competition lagi. Pastu dia berangan nak suruh anak dia cipta game....sabor jerlah. Itu pun hari tu dia berangan nak masuk kelas programming Java. Sapa sebenarnya yang berangan nak jadi gamers ni....anak ke bapak? #rollingmyeyes.

Monday, December 15, 2014

Afro Circus theme?

Hari Isnin sampai jer mesti Akak pun Monday blues. Kalau boleh nak lepak-lepak lagi kat rumah atas katil sambil tengok TV. Tak boleh nak cakap betapa malasnya nak kerja. 

Macam biasa hari Isnin Akak belanja tengok gambar jerlah dulu ya. Gambar-gambar ni taken at new Wing One Utama last Saturday. Sabtu tu bawak my mom pergi makan at Teh Tarik Place One Utama pastu kita pun pergi jalan-jalan cuci mata. Nak jalan jauh-jauh nenek tak larat sangat so kita pusing-pusing tang tu sajalah.

Konsep deco Christmas tahun ni macam Afro Circus jer. Tahu tak apa Afro Circus tu?. Kalau sapa-sapa yang dah tengok cerita Madagascar mesti tau. 

My mom kata tak boleh lawan Christmas deco at US malls. Memanglah Mat Salleh tang Christmas deco memang meriah. Kalau malam-malam rumah semua meriah lampu cantik-cantik. 

On a brighter note this week I'll be only working for four days then holidayyyyyy.......(tetiba lagu Madonna terngiang-ngiang). I'm off the whole of next week bebeh!. Me happy!!!!















Friday, December 12, 2014

Migraine


Akak dah dua hari migraine ni. Semalam lagi teruk siap muntah-muntah lagi.
Dapat MC dari doktor, terus balik cari katil. Ubat migraine ni senang jer kena tidur.
Akak tak tahulah apa punca mgraine ni tapi sampai hari ni sakit kat atas kening tu. Rasa nak muntah pun ada lagi ni. 

Korang doa-doakanlah ya migraine Akak cepat sembuh. Muah ciked!



migraine pun nak pose cantik...koser tau.

Oklah babai ....Akak nak pi pandang benda2 hijau jer nih. 


Wednesday, December 10, 2014

Sticky Rice Mango punya pasal

Haritu masa pergi Giant, KD ada nampak kat parking belakang tu ada Thai festival. Ada jualan baju-baju dan makanan Thai. Tapi tak singgahlah sebab dah terlaju sangat drebar kita lalu. Nak suruh pusing balik takut kena marah pulak.

Semalam ke Giant untuk beli barang dapur lepas kerja. Cepat betul barang makanan kat rumah habis sekarang. Budak-budak ni agaknya duduk rumah asyik makan jer agaknya. 

So kita soundlah kat ayah budak-budak ni nak pergi makan kat kedai makan Thai kat parking belakang tu.

Dia kata tak nak!

Berani dia lawan mem punya request!. 

Memang nak kena tarik muka empatblas lahkan. Saja cari pasal. Bukannya jauh pun. Kat parking belakang tu jer. Kalau nak keluar Giant pun memang kena ikut jalan tu pun.

Nasib baiklah pakcik tu mengalah. Kalau tak I hentak kaki kat situ jugak. Mogok tak nak balik masak. Pandai-pandailah korang semua masak sendiri. Wahhh ugutan sangatkan hahahaha....macam berani. Balik nanti masakkkkk jugak walaupun malas. 



Akhirnya dapat jugak makan pulut mangga.

 Satu pinggan RM6 sahaja. Disebabkan tak nak share dengan orang, I siap beli dua pinggan. Satu untuk I dan satu lagi untuk Kakak. Ayah budak-budak ni eksyen. Dia kata dia tak makan pulut dan mangga yang lembik-lembik ni. Dia suka mangga muda jer. Tak nak sudah!

Lepas makan sempat gaklah belek-belek skirt. Lawa-lawa jugak skirtnya tapi tak berani nak tanya harga sebab dalam wallet ada RM10. Malas nak pi cucuk duit walaupun dalam Giant tu ada ATM. 


bila suruh Kakak ambik gambar dengan patung Sawadeekap tu jauh jer dia berdiri. Seram agaknya dia nak berdiri tepi patung tu hahaha....

Hari ni sakit-sakit badan sebab makan pulut semalam....padan muka!.

Tapi kalau dapat pulut kuning makan dengan rendang daging sedap jugakkan!

Tuesday, December 9, 2014

Throwback dua sejoli

My BFF's daughter and my son is 4 months apart. My son was born in November 1997 while her daughter was born in March 1998. Sibuk jer orang pregnant dia pun nak pregnant hahaha....sedangkan dia yang kahwin dulu. Tapi nak buat macamanakan dah nama pun BFF mestilah anak-anak pun dekat-dekat sama besar.

Jom kita throwback gambar dua sejoli ni. Masa baby nampak sama besar jer Udin dan Nana. 


siap anak dara tu kiss anak teruna kita lagi


ehh siap terbaring manja lagi anak dara ni. Muka abang Udin kat belakang tu redha jer.


ehh dia nak datang kiss lagilah. Muka abang macam dah cuak jer tu.


ehhh apasal Abang Udin muncung tu?. Anak dara tu muka selamba jer hehehe...

Sekarang dua sejoli ni sorang umur dah 17 dan sorang lagi dah 16 tahun. Bila berjumpa sekarang dua-dua tak bercakap with each other ....malu kot....hahahaha....

Comel jerkan dua-dua masa baby. 


Gambar credit to mama Nana =)

Monday, December 8, 2014

Review Food Studio eCurve

 Tak ada kisah menarik pun weekend lepas sebabnya I ting tong lepas makan ubat batuk dan selsema. Mamai sepanjang hari sampaikan masak lunch pun pukul 4 petang. Itu pun tahap larat buat nas goreng saja. Malam pulak makan kat kedai mamak sambil tengok Malaysia lawan Vietnam. Adoiii panas sangat bila Vietnam dapat score 2 goal. Punah harapan!

Tengahari tadi kami anak beranak makan di foodcourt e-Curve 'Food Studio'

Tak payah review panjang-panjanglah sebab tak best!

Yang ada pun 4 gerai yang menjual nasi campur, mee dan goreng-goreng. Dan satu gerai menjual minuman. 

Tak ada yang istimewa, makanannya biasa-biasa sahaja. Tak ada yang extraordinary pun. 
Food court yang bolehlahhhh kalau tak ada choice lain. Ntah apa mimpi hari ni ayah budak-budak ni nak makan kat sini. Mungkin nak berubah angin tukar selera sekali sekala.



my nasi goreng kampung yang biasa saja. Tak habis pun makan nasi RM6 ni.
I goreng sendiri kat rumah lagi sedap rsanya.


kalau bosan-bosan, lepas makan boleh pergi main flight simulator yang berdekatan food court.
15 minit, RM26 kalau tak silap.

Itu sajalah coretan hari ni daripada Akak yang masih ting tong kesan ubat batuk dan selsema. 
Kalau dapat tidur bawah meja opis ni syok jugakkan. 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin