Wednesday, February 27, 2013

Tak habis lagi cerita pasal physio


Malam semalam migraine teruk sampai rasa nak nangis menahan sakit. Sebenarnya adalah menitik gak air mata. Masa kat office dah rasa dah bahagian tengkuk dan bahu sakit. Sebab tak tahan, curah jer minyak cap kapak kat bahagian tengkuk. Minyak cap kapak ni macam penyelesaian semua penyakit orang melayu kan (ehh kawan Cina saya pun angkut minyak cap kapak ni merata).

Sampai rumah terus tumbang sebab migraine sesangat. Sampai sangguplah tak tengok Rindu bertaut di Abu Dhabi. Makan ubat anti-inflammation terus kelubung sampai kepala. Sayup-sayup jer dengar suara Fahrin Ahmad....machonya....tapi macho lagi Adi Putra dalam  Sehangat Asmara. Tengok Sehangat Asmara sampai nangis-nangislah kesiankan si Rita Rudaini. Macam ada kena sikit-sikit pulak cerita tu dengan personal life dia. Tu yang penghayatan lebih kot. 

selang sehari mesti datang sini buat physio

sempatlah singgah cafeteria hospital nak lunch. 
Nampak pulut kuning dengan daging terus beli sebab dah lama tak makan. Sekali cik abang sound kata pulutkan angin. Isykkk....potong stim sungguh. Tolak kat dialah bagi perabis.



makanan kat cafeteria DSH ni harga tak mahal sangat dan sedap bukan macam sepital yang satu lagi kat Pantai tu. Mahalllll rege makanan kat cafeteria dia. Nak ambik makanan pun cuak sebab takut mahal.

Hari ni punya physio rasa macam seksa sikit. Sakitttt bila buat shock wave tu. Bergegar-gegarlah kepala bila machine tu massage. Macam kena electric shock pun ada. Even neck tract pun sakit. I ngelat sikit naikkan badan ke atas sebab tak tahan pressure masa dia tarik. Mungkin sebab semalam bahagian tu sakit sangat, tu yang rasa sakit/tense bila buat physio. Rasa nak jerit menahan sakit tapi segan pulak kang orang dengar. Orang katil sebelah tu tak habis-habis mengerang sakit....isshhh tension achik.

Tanya kat physiotheraphist I, kalau sakit sangat tu boleh tak letak minyak panas kat bahagian yang sakit. Dia kata tak boleh sebab takut dia reverse. Ntah apa yang reverse. Tapi mana nak cari ais kat office tu pun. Kat rumah bolehlah letak cold pack tu.

Hari ni physiotheraphist ada tampal plaster kat bahagian atas bahu ke tengkuk. Dia kata plaster tu untuk support the muscle, bukan medicated plaster. Tak payah tanggal for 5-7 days. Mandi pun boleh belasah pakai sebab dia water resistant. 

Next appt hari Isnin depan. Hopefully hujung minggu ni dia tak sakit sangatlah lagi. Nak kena hati-hati tak angkat benda beratlah nampaknya gini.

So..... itulah nasibku (kena nyanyi ala Nico tau).


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin