Monday, February 4, 2013

Legoland lah pulak

Seronok betullah minggu lepaskan sebab kerja tiga hari jer. Minggu ni kena kerja full week (cryyyyyy). Nasib baik cuti raya cina 2 hari. Makin tua ni makin pemalas nak pergi kerja. Nasib baiklah tak ada pokok berdaun emas belakang rumah atau angsa bertelur emas kalau tak memang comfirm tak pergi kerja langsung.

Jumaat lepas cuti Hari Wilayah. Perghhh syioknya. Ingatkan bolehlah nak lepak rumah tiga hari sebab badan pun sakit-sakit (rupanya kena viral fever). Sekali ayah budak-budak ni ajak pergi Johor Bahru. Last minit plan sungguh. Hotel pun baru booking hari Jumaat tu. 
Dia nak bawak budak-budak pergi Legoland dan JPO.

Kelam kabutlah kami kemas rumah and bag masing-masing. Isykk...next time tak mau buat plan mengejut macam ni. Lepas solat Jumaat kami bertolak. Sempat singgah rumah nenek kejap hantar kucing. Sapa nak bagi kucing makan 3 hari tu....sian dia. 

Dah malam baru sampai JB. Nasib baik dah download apps baru nama Waze so senang jer nak cari hotel. Kalau tak mengagau jugaklah. Download tau sebab Waze tu dia siap bagitau jalan mana yang jam. So senanglah kita nak cari alternate route.

Besoknya pagi-pagi dah kena kerah bangun pagi sebab ayah budak-budak ni tak nak beratur panjang kat kaunter. Nasib baik ada voucher diskaun RM40 daripada Shell. Lima orang dah kurang RM200 tu......banyak diskaun tu.



muka senyum tapi badan punyalah sakit Tuhan jer tau. Rasa macam nak baring jer masa ni. Tapi sebab anak-anak dah excited nak masuk especially Adik....mak tahan jerlah sakit. Telan panadol, antibiotik segala.



pintu masuk Legoland Malaysia



First ride of the day. Budak-budak tu dah aim dah nak naik rollercoaster ni dulu. 



Ni Akak nak bagi nasihat ni. Kalau pergi Legoland silalah bawak payung atau topi besar sebab walaupun windy tapi panas. My face dah berbelang ni. Dah rupa zebra.

Dalam Legolang ni banyak game untuk budak-budak dan dewasa. Bagi mak bapak yang pemalas macam kami ni, kami tunggu dalam restaurant jerlah. Aircond nyaman sikit. Biarkan budak-budak tu beratur dan naik ride sendiri. Lagipun Abang ada untuk jaga adik-adik dia. Budak tu dah nak masuk umur 16tahun hujung tahun ni, tiket pun dah harga tiket Adult.




topi pergi kebun sayur macam ni lagi bagus




Albert Einstein in lego



eh jumpa family baru ke Abang? Adik?

Dinasour merah...lariiiii


comel jer Zirafah tu



ehhhh dah sampai Egyptlah

Taj Mahal



airport mana ntah...tak ingatlah pulak




ada driving school tau. Budak-budak boleh bawak kereta sendiri dalam track. Wahhh tak pandang dah kat Mama ya Adik.









souveniers dia mencekik mahal. For the small lego fridge magnet sampai RM59...udah tak payah nak merepek membeli. Tak worth it sebab kecik sangat.




Abang gelak sakan dengan patung ni sebab patung berdengkur kuat. Dia kata ni kawan ayah dia hahahahaha...

wahhh Akak...pergi Legoland pun pakai baju kurung ehh. Tak panas ke Kak?





ni pulak Mall luar Legoland. Ada kedai makan and kedai-kedai biasa. So kalau nak makan murah sikit, makan kat Mall ni better sebab kat dalam tu mahal. Sebotol air Coke pun RM5.


Banyak lagi gambar actually dalam kamera. Ni gambar-gambar dalam Tab and iPhone jer. Nanti kalau I rajin I will upload lagi.

Budak-budak seronoklah pergi Legoland ni. Nanti kalau waterpark dia bukak lagi best kot. Hotel dia still dalam construction.

Kami spend almost 7 hours dalam Legoland hari tu. I guess the kids memang puas hatilah sebab dapat naik all the rides. 



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin