Friday, February 15, 2013

16th Anniversary on 14 February 2013

Semalam genap 16 tahun kami berkahwin. 
Ni nak bagitau, kami pilih tarikh 14 February bukan sebab Valentine's Day tapi kebetulan hari yang kami nikah tu jatuh hari Jumaat. Ambik berkat orang kata.
Berkat satu dunia celebrate sampai punyalah payah nak book meja untuk celebrate sebab ramai sangat yang berebut nak impresskan girlfren masing-masing .

Makanya seperti tahun-tahun sebelumnya kami celebrate sehari awal. Tak payah nak berebut-rebut meja dengan orang. Dah banyak kali dah menyaksikan insiden sentap menyentap dan makanan dapat lewat berejam-jam sebab restoran penuh. Serik dah.



1st time makan kat sini. Dah banyak kali lalu depan restoran ni tapi tak sangkalah pulak Ayah budak-budak ni belanja makan kat sini malam tu. 

Kalau yang duduk KD tu, restoran ni sebaris dengan Junkyard Burger dan Butik Al-Humaira (butik tudung peberet I tu)


Yeah G'day Mate. 

Makan steak kami malam tu. Oooo...kecur air liur tengok gambar.

Dari Ostolia kot restoran ni sebab deco dalam semua tunjuk barang perhiasan Ostolia jer.



Seperti biasa ayah budak-budak ni makan T-Bone Steak and I mesti order Sirloin Steak. 

Tu grill chicken Kakak. Depa adik beradik ni memang tak bagi chance langsung mak pak nak dating berdua.


perghhhhh meleleh air liur. Daging dia juicynyaaaaaaaaaaaaa...
Terasa-rasa kat lidah ni. (Tengah telan air liur ni)


Kakak kata grill chicken dia sedap hingga menjilat garpu

Marbelleslah.......kena pujuk ayah budak-budak ni belanja lagi ni. Gambar T-Bone steak hubby tak sempat nak ambik sebab sibuk melahap sirloin steak yang juicy itu. 

Bab harga jangan tanya sebab bukan I yang bayar. I tau order dan makan saja.



Last but not least....amacam lawa tak tudung 3D I.
Macam poyo jerkan...feeling lawa ler tu semalam.



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin