Thursday, August 30, 2012

Happy Merdeka Day



gambar ehsan daripada MMS Maxis


Wishing all my Malaysian blog readers 

"Selamat Hari Merdeka".

Berserta ucapan, "Selamat tengok bungapi malam nanti dan besok kita sambung Merdeka Raya...yayyyy!!!!" *tembak confetti*


Tetiba teringat pukul masa form 4 dulu serta perarakan hari Merdeka. Masa tu angkat bendera berat pun tak kisah walaupun badan keding sebab seronok ramai-ramai berarak. So bila ada yang pertikaikan BN bayar orang berarak tu rasa masa...ehh tu duit elaun makan ler. Itu pun nak bising ker?. Company pun bagi elaun kalau kita kerja luar, so apasalah kerajaan nak bayar elaun makan untuk peserta-peserta perarakan....penat tau prektis 3 hari nak bagi perfect perarakan tu. Itulah tak pernah merasa join perarakan, tak pernah rasa patriotikkan...tu yang semua benda nak dipertikaikan. (ehh tetiba emo pulak)

Anyway, Happy Holidays semua.




- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, August 29, 2012

Aidilfitri 2012

Dah masuk 2 minggu Syawal, baru terhegeh-hegeh nak update cerita Raya. Dah basi dah kot tapi sebab gambar semua dah siap-siap upload dalam draft so kita carry on jerlah ya.

1 Syawal lepas solat sunat Aidilfitri, lepas session mintak ampun mintak maaf kat rumah sendiri baru bergerak pergi rumah my parents. Memandangkan jalan lenggang so 10 minit dah sampai.

Mintak mahap dengan parents, hulur duit raya (memandangkan raya tahun ni jatuh kat haribulan yang tak dapat gaji lagi so beri ikut kemampuan jerlah. Lain kali kena bajet duit kutu jatuh kat bulan nak raya). Lepas sessi makan ketupat, rendang, kuah kacang mak I yang meletup tu kami seperti biasa akan dipaksa balik ke Melaka, kampung my father.

sessi bergambar is a must every year.
Atuk, nenek dan cucu-cucu. Tahun ni color theme kami warna biru tapi semua biru tak seragam all shades of greyblue ada.

Alhamdulillah perjalanan KL - Melaka tak berapa jam 1 Syawal tu. Mungkin sebab semua orang dah balik awal.


Baju 20 by Rizalman for Tesco.
Tambah aksessori rantai beli kat Jusco.
Tudung recycle tahun lepas punya. Inner neck from Al-Humaira Contemporary (AHC).

All my baju raya tahun ni menggelobos macam khemah >.<


my kitty kats wearing blue


budak ni dah nak mengamuk nak tukar baju sebab panas. Tak ensemlah Bang kalau tukar baju lain



first house singgah kat Melaka, rumah my late grandmother sister's house.

Memang terbaiklah dapat lontong, rendang lemang. Nasib baik sedar diri yang ada lagi rumah lain nak kena pergi kalau tak mau tambah lagi 3-4 round.

ni pulak rumah arwah my uncle. Rumah ni memang meriah dengan makanan sebab each of my cousins have their own signature dish so memang penuh mejalah. Cuma tahun ni tak ada satay jer cause my cousin brother balik raya belah wife dia.

Nasi dagang, laksa Johor, laksa Penang, ketupat, lemag, rendang, agar-agar...macam-macamlah sampai sendat perut nak makan.


budak ni sukalah sebab ada favorite dia laksa Penang.
Sampai berpeluh-peluhlah makan.

Syawal ke 2 pulak as usual balik kampung my mom pulak kat Bentong, Pahang. Seksa nak lepas tol Gombak tu sebab jam teruk. Lane smart tag pun jenuh beratur (tak termasuk lagi malaun-malaun yang potong queue orang. Lepas tol eloklah pulak tak jam pun.

My cousin nak balik Kuantan hari Jumaat 2 hari sebelum raya, jalan jam teruk sampaikan derang decide to sleep kat Selesa Hillhomes. Teruk tu...nasib baik rumah mak bapak 10 minit jer kalau tak jam. Itu pun sampai my uncle bengang-benganglah menunggu anak-anak semua tak sampai-sampai.

balik kampung...ohh..ohhh..balik kampung



Raya ke 2 pun pakai baju 20 by Rizalman.

Tudung dari butik Al-Humaira Contemporary 


anak-anak dara pakai baju kebaya nyonya dan anak bujang dah tak nak pakai baju melayu pffttttt





amacam lawa tak kasut Adik?
Beli kat Isetan One Utama. Dah rupa macam kasut sekolah tapi lukis jer gambar kat atas tu. Dah itu yang dia berkenan.
Handbag ehsan mama dia.


Syawal ke 3 pulak kita ronda rumah sedara-mara belah ayah budak-budak ni kat dalam KL. Pusing Cheras, Gombak and Batu Caves.


my baju from Jalan TAR.Beli last minit sehari sebelum raya. Scarf from AHC

Lawa langsir rumah mak Lang my hubby. Langsir rumah kitaorang jugak recyle yang lama hehehe.



Budak kecik ni dah tak nak pakai baju kurung on 3rd raya. T-shirt raya from Uniqlo.


ni pulak at my BIL's house (my husband's brother)
Punyalah payah nak suruh budak berlima sepupu ni ambik gambar together sampai kena marah jegil-jegil matalah nak suruh derang duduk elok-elok. Inilah gambar yang paling senonoh sekali, yang lain tu  >.<

Raya ke 4, 5, 6 semua kitaorang bantai duduk rumah. Yang ada datang beraya pun kawan-kawan Adik jer. Nak keluar beraya dah malas sebab bila petang jer hujan. Duduk rumah layan cerita raya best jugak. Itu yang bila kena kerja last Monday macam lemau jer.

So how's your Raya?

Oh ya....sejak budak-budak ni dah besar, dah tak boleh pau duit raya derang dah ...huhu

Monday, August 27, 2012

Post raya holiday blues and Whisk Outpost

I can't sleep a wink last nite. Pukul 12 terjaga, pukul 2 terjaga, pukul 4 pagi terjaga. Otak tu macam tak boleh nak shut down sekejap. Ni mesti sebab stress memikirkan the next day kena pergi kerja >.<

Buka-buka email pagi ni and this pop out


Great rite. My mailbox is full. Takkan cuti seminggu dah sampai sendat mailbox tu. Stressful Monday blues.



Paperworks, emails, calls keep coming in.

Ohh how I wish I am still at home eating my kuih raya.

Luckily this makcik call ajak pergi coffee.Kalau tak boleh jadi bonkers kat office ni.

Thought of going to One Utama Starbucks tapi ternampak Whisk Outpost next to Starbucks. Terus ajak "makcik: tu ke Whisk.

Selama ni tak perasan pun ada Whisk Outpost kat situ. Ialah jalan menonong jer tak menjeling pun ke arah tu.

They have varieties selection of delicious cakes and cupcakes.


 


Rambang mata nak pilih kek apa


We finally choose Red Velvet and The Pink Stacks™ Cake! Layers of pink colored ombre White Chocolat Buttercake with WHISK's Signature Rose Buttercreme.

The red velvet is delicious. Pink Stacks tu rasa macam rosey...senang kata macam perasa rose.






my hot chocolate is simply delicious. Hilang stress lepas makan Red Velvet cake dan hot chocolate.

Just what I needed to forget my workload and the gossiping session was great. Banyak gossip pasal hal raya.

Poor Reen's car broke down in the middle of the highway and now her car is in a workshop in Tapah.Engine terbakar...siap derang anak beranak kena naik atas tow trucklah. Tiap kali musim perayaan highway mesti jam terukkan. Alhamdulillah orang raya kat Kuala Lumpur ni jer. Jalan lenggang beb seminggu, boleh guling-guling atas jalan raya (tipu jer tuh)

 #sebenarnyadengkisebabtakadakampung =P 


drink with loveeeeeeeee



Located at 139 Ground Floor Old Wing One Utama, Bandar Utama



Petaling Jaya, Malaysia


Cerita tentang raya nanti I akan post kemudian bila I dah free sikit ok. 4 hari jer kita kerja minggu ni (tengah pujuk diri sendiri....nampak nau pemalas nak kerja)
 


Thursday, August 23, 2012

Teaser cerita raya

Nak update cerita rayanya ntah tak tahu bila.
Nak kata busy sangat pergi beraya tidaklah jugak tapi sebenarnya busy makan hehe.

I bagi gambar teaserlah dulu. Nanti bila mood raya tu dah susut sikit I akan update. Pipi pun dah tembam ni.





Tunggu ek...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, August 17, 2012

Ramadhan 2012 - Day 28 - Iftar with officemates

Mesti ramai orang dah bercuti. Tadi tengok masjid Taman Tun pun dah tak ramai jemaah solat Jumaat macam biasa. Jeles I sebab orang dah ramai cuti tapi I gak kena kerja. Ni tengah sangap kat ofis sementara menunggu pukul 5. Sangap-sangap pun sebenarnya banyak kerja kena settle before pergi bercuti. Ni pun dah siap compose email nak bagitahu that I will be on leave next week. Ingat nak tulis kat situ "P/S: Please don't call my handphone =P". Sebabnya tak pernahlah I aman nak bercuti sebelum-sebelum ni.....ada jer calls dari ofis. Menyampah.

Semalam my office belanja staff buka puasa at restoran Peranakan Place, One Utama. Payah nak dapat peluang office belanja staff buka puasa ni, so harus pergi. Meny semalam Otak-otak, Gerang Asam Fish, Butter Prawn, Honey Sotong, Pandan Chicken, Tomyam Soup, Cincalok Omellete, Kailan Salted Fish and Steamed White Rice. The whole set is RM369 untuk 8-10 orang makan. My table semua ladies tapi licinlah semua pinggan unlike meja sebelah yang kena duduk semeja dengan bosses. Kesian derang kena control makanlah tu LOL. Nasib baik my fren and I datang awal sikit so kitaorang bolehlah chop meja mana nak duduk hehe.

Semalam masa buka puasa macam tak boleh masuk sangat nasi sebab selalunya I memang makan sikit jer. Bila dah banyak lauk ni mulalah tamak semua nak rasa.

now I am salivating over the asam pedas.
 Kuah dia tak pedas and very sedap. Tengok gambar pun air liur dah keluar. Nak kena google ni macamana nak buat asam pedas style Peranakan.


Pandan chicken was delicious. Nak makan silalah tanggalkan daun pandannya dulu ya =P


butter prawn sedapnya. I siap makan nasi dengan "sampah-sampah" dalam pinggan butter prawn tu lagi. Sampah-sampah tu is actually eggs. Tapi macamana telur boleh jadi macam tu eh?


penuh dengan kulit udang. I memang hantu udang <3>

Tak ada gambar my collegue sebab semua dalam my camera. Malas nak transfer gambar. Gambar-gambar ni semua from my iPhone. Dah nak habis makan semalam baru perasan yang Erra Fazira pun ada buka puasa kat situ dengan anak dia. Nak ambik gambar seganlah pulak.

teh tarik sorang-sorang kat foodcourt Jusco sementara menunggu drebar I pick up

Itu pun malam tadi terembat jugaklah tali pinggang dan rantai 3 tier. Pastu ada cardigan yang I berkenan on 70% discount tapi tak ada price tag. Jenuh menunggu salesgirl tu check harga tapi dah lama sangat malas I nak tunggu lagi.



I got duit raya. Dah tua-tua pun dapat raya....ni yang suka ni. Bolehlah beli baju raya lagi sepasang =P

So how's your Raya preparation? Dah cukup semua?

Thursday, August 16, 2012

Trying out new shawl style


I'm just trying out a new shawl style.
Still adjusting to the new style and still learning to perfect the style.

Selalu tengok blogger Raja Nadia Sabrina pakai macam sweetnya style ni.
Tapi tak ada orang pun yang sudi nak tutorial macamana nak stylekan shawl tu.

Until I bump into this blog  tutorial.
Thank you to adik yang buat tutorial ni kalau tak sampai ke sudah tak dapat figure out macamana nak pakai style ni =)

what do you think? does the style suits me or not?




Ramai dah cuti ya hari ni...sob...sob...I am still working until tomorrow.

Kepada yang dah start bercuti dan memandu balik kampung tu, please drive carefully. Be alert of your surrounding. Kalau penat atau mengantuk, silalah berhenti dulu berehat. Jangan dipaksa badan tu lagi pun kampung tu tak lari pun. Itu sajalah pesanan penaja dari orang yang masih bekerja walaupun dah mood raya ni.

Update: For those who would like to try this style you can also visit Raja Nadia Sabrina's blog as she has updated in her blog how to style the shawl. Happy styling =) 


Tuesday, August 14, 2012

Ramadhan 2012 - Day 25 - Kad raya & duit raya

Ada terima kad raya?. Sadly I just receive one ...only one this year. Kalau time sekolah-sekolah dulu siap berlumba kira kad raya dengan member, sapa yang dapat kad raya the most. Lagi banyak receive kad raya kira lagi popularlah. Boleh tahan jugaklah collection kad raya I masa sekolah dulu. Ada yang datang-datang sekolah jer dah ada dalam meja, ada yang kirim kat member nak bagi kita kad raya (kira seganlah tu), ada yang pos....macam-macam methodlah. Tapi bila dapat kad raya tu memang berbunga-bungalah hati especially dari orang yang kita minat dulu time sekolah.

Ingat lagi kad raya yang paling femes, kad raya gambar kucing. Selalu jugaklah dapat kad raya yang ada muzik. Kira kalau dapat kad raya yang ada muzik tu special sikitlah sebab kad tu mahal sikit dari kad biasa. Ni yang nak pergi korek balik kad raya lama ni.

Sekarang ni dapat satu pun dah rasa nak melompat. Lain feeling dapat kad raya dengan ucapan hari raya thru facebook atau sms. Nak kad raya tapi diri sendiri tak hantar kad raya kat orang. Macamana tu. Alamat rumah member semua dah hilang. Kalau ada pun rasanya semua dah pindah ke rumah sendiri (ni kes untuk member satu sekolahlah)


kad raya ofis I tak lawa

Pagi semalam pukul 9.30 I dah turun pergi bank. Bank kat bawah ofis ni jer. Ingatkan dah jadi insan terpantaslah tu nak tukar duit raya. Rupanya dah ada lagi 2 orang ambik nombor. Nasib baik jugaklah I turun cepat sebab lepas I, dah panjang orang beratur nak tukar duit raya.
Alhamdulillah dapat duit baru semua, sebab ada yang kata duit baru semua dah habis kat bank. I noticed that all local banks punya sampul duit raya punyalah buruk (including my company's) and foreign bank punya sampul duit raya punyalah cantik sampai rasa sayang nak guna.

semalam teringin nak makan beef lamb stew
Satu batang RM8 at Pasar Ramadhan TTDI



so no compensation huh...kesian 25 bijik rumah yang MRTco janji nak bayar pampasan tu including my parents house.

Monday, August 13, 2012

Ramadhan 2012 - Day 22 - Shoe shopping


I lost track dah berapa hari puasa. Wah hari ni dah puasa ke 24, rasa macam cepatnya Ramadhan tahun ni. Duit raya pun I tak tukar lagi ni. Baju raya budak-budak baru basuh semalam. Langsir pun tak tukar lagi ni. Nasib baik dah suruh Kakak dengan Abang bersihkan sawang, mop lantai semua. Baru ingat balang kuih raya pun tak keluarkan lagi ni. Akak stress.

Dahlah hari Sabtu lepas kena pergi kerja. Stress ok kena kerja hari Sabtu. Lagi seminggu nak raya baynyak benda nak kena buat pastu nak kena pergi kerja. Menyampah betul. Jangan merungut.....orang lain ramai lagi yang tak ada kerja. Pagi tadi dengar radio ERA ada caller yang menangis-nangis sebab tak mampu nak beli baju raya untuk anak. Sedih mendengar rintihan hati orang. Makanya insaflah.

muka muncung kena pergi kerja.
My eyebag bulan puasa ni makin menjadi-jadi. Bubuhlah concealor banyak-banyak pun still tak boleh cover tahap kebengkakan.
 
Nasib baiklah kena kerja half day, dahlah boleh claim mileage jer. Tak berbaloi sebab my house is near to the office.
 
Lepas kerja, kita pergi shoe hunting untuk budak perempuan dua beradik ni pulak. Payah jugak nak membeli kasut raya budak dua orang ni sebab banyaklah kerenah, itu tak nak ini tak nak. tengok anak orang lain, mak bapak nak beli kasut pun tak mampu.







Deco raya One Utama old wing

Ada orang main angklung lagu "Kuch Kuch Hota Hei"

Vincci on sale.

Mak cheapskate ni actually nak suruh anak pilih kasut yang on 50% sale tapi anak tak berkenan =P
Nasib baiklah ada kasut yang Kakak berkenan. Pastu ada 20% diskaun lagi.
Anak dara saya dah beli kasut kat Vincci, dah tak muat dah kasut kat kids department.


Isetan

si adik pulak dapatlah kasut yang dia berkenan kat Isetan. Itu pun satu lagi, kasut yang dia berkenan sure tak ada saiz. Last-last kasut display pun jadi ambik. Malas dah mak nak fikir.

sale sana sini One Utama. Antara rajin nak jalan atau tidak saja

mak aihh selekehnya I. Ni semua mood malas nak pergi kerja hari Sabtulah ni.
Ayah budak-budak ni pulak tak habis-habislah dengan Timberland  nya. Dah ...nak beli Timberland nanti kitra pergi JPO. Sana murah sikit kasut Timberland.
try kasut color nude ni kat Parkson. Cantikkk....tapi tak beli. Bila dah balik teringat-ingat apasallah tak beli tadi. Tapi tinggi sangat kot, ada dekat 3-4 inci. Sekarang ni bukan boleh pakai kasut tinggi lama-lama...sakit pinggang. Nampak sangat dah veteren >.<

- Posted using BlogPress from my iPhone

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin