Tuesday, April 5, 2011

Birthday cake and gifts for Kakak's birthday

Anak perempuan saya senang jer nak bagi hadiah. Tak payah fikir panjang-panjang pun.
Pergi saja kedai Girls tu. Macam-macam boleh boleh beli as hadiah. Langkah kanan hari Jumaat tu pergi rupa-rupanya Girls ada diskauns up to 40%. Kesukaanlah saya.
ini pergi kali kedua, tambah lagi hadiah harijadi


actually I bought for her a handbag, wallet and a hairband.

the next day bila pergi kedai Girls ni balik, tambah lagi satu hadiah - folder pulak.

jangan tak tahu I kena belikan jugak adik dia handbag kalau tak ada yang meraung tak tentu pasal. Memang betul pun, hari tu sakat dia kata Mama beli hadiah untuk Kakak jer.....dah meraung budak kecik tu.

Dah belikan dia satu, adik komplen pulak kata gambar cat kat bag dia gambar sad face. Dia nak tukar lain. Sabar jerlah anak diva ku sorang ni. So ayah dia kata jomlah pergi tukar. Last-last kena tambah lagi RM14 for bag adik sebab dia berkenan yang lain and Kakak dapat lagi satu hadiah.


Mama derang pun almost-almost dah tu nak terbeli jam tangan kat girls sebab lawa....tak sedar diri dah tua ehehehe....

kek birthday mana lagi...Secret Recipelah. Kalau beli kek lain gerenti tak habis punyaaa...

anak-anak sapalah ni yang muncung panjang sangat
Birthday Kakak ni celebrate sampai 2 hari sebab on Sunday nenek dia pulak buat makan-makan khas for cucu kesayangan. Ewahhhh ....lawan tokay sungguh, birthday Mama pun tak ada orang nak sambut sampai 2 hari =P.

5 comments:

Yours Truly said...

Happy birthday kakak!

biruVSpink said...

nasib baik tak mintak gadget..hehe ;-)

Pink Mama said...

YT, thank you

BVP, 2-3 tahun lagi tu mintaklah tu huhu..

Zatil said...

Happy birthday kakak..:)
Jeles aunty tgk beg comel2 tu...

Pink Mama said...

Aunty Zatil nak ker hehehe...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin