Monday, September 21, 2015

Monday blues

Pagi ni boleh terjaga time yang sama macam hari-hari sekolah biasa sedangkan cuti sekolah dah mula. Agaknya memang dah tune dalam otak pukul berapa nak bangun tu yang terbiasa. Awal lagi so sambung balik tidur semula.

Bercinta sangat rasanya pagi ni nak pergi kerja, lebih-lebih lagi Jumaat Akak MC sebab tak sihat. Tiga hari cuti duduk rumah memang seronok sangatlah. Habis semua TV series yang Akak download dah dikhatamkan. Tengok Akademi Fantasia kat Astro Ria tu sampai nak muntah sebab asyiklah diulang-ulang.

Pagi tadi sebelum pergi kerja sempat panaskan nasi dan balance tomyam ayam malam tadi untuk budak-budak. Call Kakak tadi tanya dia dah makan atau tak. Katanya Abang dah masakkan derang burger daging sorang satu. Abang balik cuti semester seminggu.....senang hidup Mama sebab budak tu memang boleh diharap walaupun suka memerap dalam bilik main komputer game. Tak kebulurlah adik-adiknya kat rumah, Insyaallah.


pagi ni datang ofis ada bungkusan atas meja. Ada collegue yang hadiahkan ole-ole dari Korea. 
Terima kasihlah banyak-banyak. Harap-harap glowy-glowylah muka lepas memakai face mask ni =)

Akak tengah think positive ambik mood ni. Minggu ni Akak kerja 3 hari jer sebab Jumaat Akak dah apply leave sambung cuti Raya Haji. 



Thursday, September 17, 2015

Peminat bola

Agak-agak dari gambar ni nampak tak peminat bola sepak kenit.

Gambar ni Akak tangkap malam tadi di kedai mamak.

Anak kucing pun peminat bola sepak. Ralit dia melihat perlawanan bola. Comel.

Tuesday, September 15, 2015

Sekolah tutup

Bangun subuh tadi perasan ada sms. Rupanya sekolah hantar sms kata harini sekolah tutup.


pukul 2.21am sms receive...patutlah tak sedar. Tengah syok tido.

Tapi kalau sekolah tak cuti pun, ayah budak-budak ni dah jadi headmaster sekolah ...bagi kelepasan kat anak-anak tak payah pergi sekolah sebab jerebu teruk sangat petang semalam

Seronoklah budak-budak sebab 2 hari cuti. Besok cuti hari Malaysia pulak.

Selamat Hari Malaysia semua. Semoga kita semua akan mengekalkan keamanan dan keharmonian negara kita. Tak mau gaduh-gaduh tau.


Monday, September 14, 2015

Cerita hujung minggu

 Assalamualaikum,

How was your weekend people?

Terukkan jerebu ... macam tak ada improvement langsung.
Ikutkan hati malas nak keluar rumah tapi banyak pulak aktiviti hujung minggu.
Aktiviti saja gatal nak pergi warehouse off season sale Longchamp kat Citta Mall hahaha..

Dah tahu ada warehouse sale, pukul 10 pagi baru nak keluar rumah pastu siap pergi breakfast dulu.
Sampai Citta Mall dah dekat pukul 11 pagi.


ni feeling macam kat London....gloomy gitu. 
Tapi dalam kereta pun masih boleh bau asap

Sampai kat Citta Mall dari entrance parking dah boleh nampak orang queue panjang giler.
Naik tingkat dua tengok orang beratur berkilometer jauhnya....sampai ke lift hujung blok orang beratur. Tak jadilah Akak beratur.....pukul berapa nak sampai turn. Tak sanggup Akak semata-mata nak beli handbag LC murah.


gigih sangat derang beratur. Agaknya yang depan-depan tu pukul berapalah sampai.....agaknya lepas Subuh dah sampai.

Dah tak jadi beratur ke warehouse sale, Akak ajak anak-anak ke Wondermilk belanja derang cupcakes.


favorite Adik red velvet.


Citta Mall tu tak banyak tempat pun nak bershopping sakan.
So lepas pergi Harvey Norman nak baliklah. Nak balik tu kena lalu kat tempat entrance warehouse sale. Tengok pintu dah tutup. 
Rupanya stok dah habis agaknya sebab ada orang jerit sale dibatalkan.
Kesian orang yang queue panjang. Nasib baiklah Akak tak berapa rajin nak beratur gak...kalau tak mesti hamukan.


gambar anak-anak buah.

Malam ada short meeting sikit kat rumah parents sebab nak discuss family trip hujung tahun. Dah ada persetujuan semua baru senang nak booking hotel and benda-benda lain.



 


Minggu ni Akak kopak sebab handphone Adik rosak so terpaksalah Akak belikan dia handphone baru. Kalau tak dia asyik mengacau nak guna handphone ayah dia. Itu pun Sabtu kena bagi dia pinjam handphone Kakak sebab dia ada birthday party to attend. Nanti nak balik susah pulak nak call. Bukan senang nak dapat handphone baru .....Akak dera dia buat house chores hahahaha....nothing is free in the world.

Hiruscar post acne scar tu Akak beli kat Watson. Kebetulan haritu ada voucher diskaun RM12 so dapatlah kurang harga asal RM41.10. Nanti Akak dah pakai a few weeks, Akak bagi review okay. Muka Akak ni ada bekas jerawat tegar so kita tengok macamana.

Anyway, semalam Akak beli jam baru brand Swatch. Dah macam budak-budak pulak pakai Swatch ...tak kiralah Akak suka sebab tali dia glitter-glitter. Ni semua salah Abanglah sebab dia rembat jam Fossil Akak. Asalnya tak ada plan nak beli jam baru pun. Jam Gucci lama Akak ada lagi tapi kena ganti bateri jer. Semalam cari selongkar sana sini tak jumpalah pulak. Itu yang gatal pergi beli jam baru. Akak cakap dengan husband, lepas ni semua barang Akak nak beli kaler pink sebab budak-budak ni semua allergik kaler pink hahaha....so selamat barang Akak dari kena rembat.



Panjang pulak membebel pagi ni.

Dua gambar atas ni pemandangan dari opis Akak. Selalunya nampak bangunan Ikea tapi pagi ni jerebu teruk sangat tak nampak langsung dah bangunan.

Akak juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kren tumbang di Mekah. Semoga mereka dirahmati Allah.

Al-Fatihah.

Friday, September 11, 2015

Matahari jingga

Semalam tengok dah cerah balik persekitaran tapi jerebu kembali lagi pagi ni.
Gloomy day....rasa macam kat London pulak.

I am looking forward to spending my weekend at home. The environment is really not healthy to be outdoor. Tapi besok dah plan pulak nak pergi LC punya warehouse sale kat Citta Mall. Nasib baiklah pak supirnya dah approve nak bawakkan. Kalau Akak drive sendiri mau sampai terus ke Seremban instead of Citta Mall hahahaha....

Here's a few pictures I snap on my way to work this morning.
Matahari dah bertukar jadi jingga.






Didn't realise that today is actually 9/11 sampai tengok MHI TV3 pagi tadi.



Wednesday, September 9, 2015

Kotak

Tiap-tiap tahun opis Akak mesti bagi Mooncake.
Kitaorang semua isi dalam tu kami tak heran sebab mooncake ni selalunya manis gedegang. Makan satu slice kecik pun dah rasa muak.....kena minum air masak bergelen-gelen baru boleh buang rasa manis tu.


kotak yang kitaorang nak sebab selalunya kotak mooncake ni lawa.
Kotak ni boleh letak assessori, barang kecik-kecik, kaler pensel dll.

Tuesday, September 8, 2015

Buat passport

Jumaat minggu lepas Akak coti. Akak kena pergi buat passport sebab nak pergi company team building. Cubalah buat TB dalam Malaysia jer tak payahlah Akak nak kena keluar duit renew passport.

7.30 pagi Akak dah sampai Jabatan Inigresen Cawangan Kelana Jaya.


Akak orang yang ke 36. Kalau datang pukul 8 pagi ntah nombor berapalah agaknya. 
Turn Akak sampai dekat pukul 8.45 macam tu. 
Tips nak renew passport - pakailah tudung kaler hitam.
Kalau baju tak ada collar (bagi lelaki) nanti dia suruh pakai jaket yang derang provide.
Gambar akan diambil oleh pegawai Imigresen. So tak payahlah pergi kedai gambar macam dulu untuk tangkap gambar.

Anyway, gambar dalam passport kita tu hitam putih okay.
Disebabkan gambar hitam putih so tak adalah nampak jerawat manis Akak tapi macam biasa muka Akak horror. Sedih kalau tengok gambar IC dan passport tak lawa langsung.

Lagi satu Akak ada masalah thumb print Akak yg belah kiri ni Imigresen tak boleh baca sebab halus sangat.  So pegawai Imigresen kata guna right thumb jer nanti.

Pukul 9 pagi Akak buat pembayaran so estimate dalam sejam passport siap.
Sementara tunggu passport siap tu kitaorang pergi breakfast dulu. 

Pukul 10 pagi passport Akak siap. So moral of the story kalau nak buat passport pergilah weekdays sebab weekend selalunya ramai orang.

*update: lupa nak bagitau bayar RM200 renew untuk 5 tahun tau.

Habis urusan Imigresen, singgah Giant beli groceries sikit.
Ternampak ada mesin refleksologi so trylah.


sakit + geli. I last for only two minutes sebab tak tahan sakit so balance tu paksa budak-budak and ayah derang guna hahaha...
Semua mengadu sakit gelilah .....sebenar okay jer tapi lepas habis tu kena reharkan kaki kejap sebab rasa macam lenguh-lenguh sikit.


Ini rupanya mesin refleksologi tu. RM2 untuk 10 minit.


Amboi tiga beranak ni siap silih berganti kaki untuk menghabiskan 10 minit tu hahaha...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin