Friday, February 15, 2013

16th Anniversary on 14 February 2013

Semalam genap 16 tahun kami berkahwin. 
Ni nak bagitau, kami pilih tarikh 14 February bukan sebab Valentine's Day tapi kebetulan hari yang kami nikah tu jatuh hari Jumaat. Ambik berkat orang kata.
Berkat satu dunia celebrate sampai punyalah payah nak book meja untuk celebrate sebab ramai sangat yang berebut nak impresskan girlfren masing-masing .

Makanya seperti tahun-tahun sebelumnya kami celebrate sehari awal. Tak payah nak berebut-rebut meja dengan orang. Dah banyak kali dah menyaksikan insiden sentap menyentap dan makanan dapat lewat berejam-jam sebab restoran penuh. Serik dah.



1st time makan kat sini. Dah banyak kali lalu depan restoran ni tapi tak sangkalah pulak Ayah budak-budak ni belanja makan kat sini malam tu. 

Kalau yang duduk KD tu, restoran ni sebaris dengan Junkyard Burger dan Butik Al-Humaira (butik tudung peberet I tu)


Yeah G'day Mate. 

Makan steak kami malam tu. Oooo...kecur air liur tengok gambar.

Dari Ostolia kot restoran ni sebab deco dalam semua tunjuk barang perhiasan Ostolia jer.



Seperti biasa ayah budak-budak ni makan T-Bone Steak and I mesti order Sirloin Steak. 

Tu grill chicken Kakak. Depa adik beradik ni memang tak bagi chance langsung mak pak nak dating berdua.


perghhhhh meleleh air liur. Daging dia juicynyaaaaaaaaaaaaa...
Terasa-rasa kat lidah ni. (Tengah telan air liur ni)


Kakak kata grill chicken dia sedap hingga menjilat garpu

Marbelleslah.......kena pujuk ayah budak-budak ni belanja lagi ni. Gambar T-Bone steak hubby tak sempat nak ambik sebab sibuk melahap sirloin steak yang juicy itu. 

Bab harga jangan tanya sebab bukan I yang bayar. I tau order dan makan saja.



Last but not least....amacam lawa tak tudung 3D I.
Macam poyo jerkan...feeling lawa ler tu semalam.



Thursday, February 14, 2013

Kena kongsi katanya

Balik dari cuti semalam dapat angpows (ada hurup S disitu ya). Hari ni pun dapat lagi.
Terubat rasa malas nak kerja (tipu sebenarnya still malas)


tunjuk angpow-angpow ni kat Adik semalam. Jeles dia.

Tau dia kata apa, "Mama orang Cina kata kena kongsi....tu pasal dia nyanyi kongsi kong si kong sini"

No way....banyak chantek =P

Mama nak buat beli kasut .....beli baju selai pun lepas ni.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, February 13, 2013

4 hari yang membosankan

Cuti raya cina tahun ni adalah cuti yang paling membosankan. 4 hari kami tak pergi mana-mana pun. Satu rumah demam selsema batuk...lengkap package.

Paling jauh pun pergi Tesco Mutiara Damansara saja. Itu pun rasa nak cepat-cepat balik cari katil. I sendiri siap demam sampai cecah 38.5 C. Batuk kong kong macam nak terkeluar anak tekak. Ubat batuk dan selsema dah habis tak sakit tak baik-baik lagi.

Hari ni pun datang kerja bukannya sihat sangat. Nak cuti lagi melampaulahkan. Tapi tak tahan betullah aircond office ni selalu feeling macam dia kat London. Nak perlahankan tak boleh sebab centralize satu ofis =(

budak demam 1. Nak bagi makan ubat punyalah banyak helah dia.


budak demam 2. Ni pun sama susah betul nak suruh makan ubat. Makin kurus sejak demam.


Sabtu sempat daftarkan Adik ke Art Class. Since dia minat melukis, ayah dia decide to enroll dia masuk class bagi luaskan lagi creativity dia. Excited dia.....tak sabar dah tu nak attend class weekend ni.

Tekak orang sakit ni bukan betul kadang-kadang. Tiba-tiba teringin nak makan Bawal 
Power. Nak masak sendiri rasa tak larat sangat. Nasib baik ada orang sudi bawak =P

These came with set bawal. Kari, sambal belacan, ulam dan kicap. 


Sekali ikan bawal tu diaorang goreng garing sangat. Nak makan pun tak sedap sebab isi ikan keras sangat.



teman setia masa cuti 4 hari. Tak boleh berengang jauh.

asalnya pergi Giant nak cari benda alah ni sebab dah tak tahan sakit tak baik-baik. So nak sterilize rumah kasi bersih sikit


tapi end up terbeli macam-macam >.<
Selalu macam tu tau....iskkkk....

Bila tengok facebook kawan-kawan macam best jer sebab semua pergi bercuti makan angin. Ada yang sampai ke Koh Samui driving dari KL. Tapi no regrets sebab recuperating at home lagi best. Makan, tido and tengok TV is the best medicine hihi.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, February 8, 2013

Sempat singgah JPO

Mesti ramai yang tak sabar nak bercuti lama. Termasuklah tuan blog hahahaha.
Kali ni siang-siang lagi dah cakap dengan ayah budak-budak yang I malas nak pergi berjalan, nak duduk rumah jer. Serik dah sebab tahun sebelum tu pergi Cameron Highland masa cuti raya Cina jalan semua jam giler. Mak tak sanggup dah nak....tobat. Lagipun last week baru pergi JB, minggu ni kita rest kat rumahlah. Bersihkan rumah mana yang patut.

Lagipun duit dah banyak habis minggu lepas. Tiket masuk Legoland jer dah habis berapa ratus tu. Pastu makan minum. Pergi Johor Premium Outlet lagi kirai duit. So minggu ni kita duduk rumah diam-diam.



Hujan sepanjang hari masa kami pergi JPO tu. Sepanjang-panjang jalan dari JB ke KL hujan.




ehh eksaitednya dia. 


sampai-sampai jer dia nampak pony tu. Terus demand nak naik.
Sabar-sabarlah dik oii...Last-last I bagi jugak dia naik pony...free rupanya, ingatkan kena bayar. 


 saja jer snap gambar ni sebab nak whatsapps kat makcik  peminat Michael Kors.
Tak terbukak hati pulak hari tu nak jejak masuk sebab sampai-sampai jer terus serbu Coach. Itu pun bengang kejap sebab kena beratur kat luar. Ramai orang dalam butik hari tu. 
NAsib baiklah beratur tak lama ...kalau tak Akak kensel!



opssss I did it again. Dapat extra 10% hari tu.
Lepas tu terus mood nak shopping hilang. Badan pun masa tu macam tak larat sangat.



sempat jugaklah masuk Victoria Secret rembat body mist.

Kedai lain semua tak ada mood nak masuk. Masa tu ingat nak balik jer. Fikir balik macam...isykkk ruginya. Nak buat macamana badan tak sihat. 

Abang rembat satu glove bola kat Nike. Glove main bola pun mahal sampai RM89. Tak faham mak. Ayah budak-budak ni pulak beli wallet Fossil. Nasib baiklah I tak sihat kalau tak mau gak I pau ayah budak-budak tu. Ni jalan sikit cari kerusi nak duduk. Lantak koranglah korang nak masuk kedai mana.....Mama tau Mama nak duduk jer.

Si kecik tu dah sentap sebab tak dapat baju yang dia nak. Amboi Dik...nak jacket Nike sampai RM200++ memang tak dapeklahkan ayah mama nak belikan sebab dah tau sangat perangai dia pakai kejap jer tu. Pastu jadi penghuni lemari jerlah jacket tu nanti.

Kakak pulak bila tanya, "Kakak nak baju tak?". Dia jawap, "Kakak dah ada banyak baju dah". 
Syukur Alhamdulillah......tadah tangan syukur Mama. Save duit Mama hahahaha.

I would like to wish kepada semua selamat bercuti panjang. Kepada yang menyambut Hari Raya Cina, "Gong Xi Fatt Choy".....angpow lai laaa.....hihi...



Thursday, February 7, 2013

Musim demam

Plan pagi tadi nak pergi kerja macam biasa. Sekali lepas Subuh check budak-budak semua down with fever and cold. Terus apply emergency leave. Tekak I pun tak berapa baik sangat ni, perit jer.

Dekat pukul 9 lebih baru keluar rumah bawak budak-budak pergi breakfast. Tapi biasalah semua tekak tak sedap makanya makanan pun tak berapa habis. Kemudian baru ke klinik. 
Nasib baiklah klinik tak berapa ramai orang sangat kalau tak letih bontot menunggu. 
Itupun kami masuk bertiga sekali jumpa doktor. 

Budak-budak dapat MC 2 hari....jeles Mama tau sebab Mama dapat MC hari ni jer. Wah seronoklah ya sebab cuti 6 hari straight. Ni yang jeles ni. Nampaknya I have to brace myself for work tomorrow =(

Balik klinik masing-masing dah lapar balik. Hmm...mana lagi Uncle Lim lah kita tuju sebab situ jer yang ada bubur sedap menepati citarasa. 

suddenly they become camera shy >.<


ayah budak-budak pun baru hari ni ada selera nak makan


apasallah kalau I masak bubur sendiri tak pernah jadi macam ni


mini shopaholic. Lari sekejap pergi Guardian sebab facial cotton dah habis. Tak syok betul lap muka guna tissue muka. Rasa macam tak bersih jer.

Kalau tengok stok ubat yang doktor kasi, rasa macam dah boleh bukak pharmacy sebab banyak. Mau tak banyak sebab lima-lima tak sihat. 

Doktor kata sekarang ni memang musim orang demam. So korang take carelah ya. Jangan makan limau mandarin tu banyak sangat nanti sakit tekak pulak.





- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, February 6, 2013

Sick bay

Ini bukan gambar seram tapi ada budak dan ayahnya jatuh sakit. Dua-dua demam so my room sekarang dah jadi macam sick bay.

So marilah kita bergelap beramai-ramai dalam  bilik.

Monday, February 4, 2013

Legoland lah pulak

Seronok betullah minggu lepaskan sebab kerja tiga hari jer. Minggu ni kena kerja full week (cryyyyyy). Nasib baik cuti raya cina 2 hari. Makin tua ni makin pemalas nak pergi kerja. Nasib baiklah tak ada pokok berdaun emas belakang rumah atau angsa bertelur emas kalau tak memang comfirm tak pergi kerja langsung.

Jumaat lepas cuti Hari Wilayah. Perghhh syioknya. Ingatkan bolehlah nak lepak rumah tiga hari sebab badan pun sakit-sakit (rupanya kena viral fever). Sekali ayah budak-budak ni ajak pergi Johor Bahru. Last minit plan sungguh. Hotel pun baru booking hari Jumaat tu. 
Dia nak bawak budak-budak pergi Legoland dan JPO.

Kelam kabutlah kami kemas rumah and bag masing-masing. Isykk...next time tak mau buat plan mengejut macam ni. Lepas solat Jumaat kami bertolak. Sempat singgah rumah nenek kejap hantar kucing. Sapa nak bagi kucing makan 3 hari tu....sian dia. 

Dah malam baru sampai JB. Nasib baik dah download apps baru nama Waze so senang jer nak cari hotel. Kalau tak mengagau jugaklah. Download tau sebab Waze tu dia siap bagitau jalan mana yang jam. So senanglah kita nak cari alternate route.

Besoknya pagi-pagi dah kena kerah bangun pagi sebab ayah budak-budak ni tak nak beratur panjang kat kaunter. Nasib baik ada voucher diskaun RM40 daripada Shell. Lima orang dah kurang RM200 tu......banyak diskaun tu.



muka senyum tapi badan punyalah sakit Tuhan jer tau. Rasa macam nak baring jer masa ni. Tapi sebab anak-anak dah excited nak masuk especially Adik....mak tahan jerlah sakit. Telan panadol, antibiotik segala.



pintu masuk Legoland Malaysia



First ride of the day. Budak-budak tu dah aim dah nak naik rollercoaster ni dulu. 



Ni Akak nak bagi nasihat ni. Kalau pergi Legoland silalah bawak payung atau topi besar sebab walaupun windy tapi panas. My face dah berbelang ni. Dah rupa zebra.

Dalam Legolang ni banyak game untuk budak-budak dan dewasa. Bagi mak bapak yang pemalas macam kami ni, kami tunggu dalam restaurant jerlah. Aircond nyaman sikit. Biarkan budak-budak tu beratur dan naik ride sendiri. Lagipun Abang ada untuk jaga adik-adik dia. Budak tu dah nak masuk umur 16tahun hujung tahun ni, tiket pun dah harga tiket Adult.




topi pergi kebun sayur macam ni lagi bagus




Albert Einstein in lego



eh jumpa family baru ke Abang? Adik?

Dinasour merah...lariiiii


comel jer Zirafah tu



ehhhh dah sampai Egyptlah

Taj Mahal



airport mana ntah...tak ingatlah pulak




ada driving school tau. Budak-budak boleh bawak kereta sendiri dalam track. Wahhh tak pandang dah kat Mama ya Adik.









souveniers dia mencekik mahal. For the small lego fridge magnet sampai RM59...udah tak payah nak merepek membeli. Tak worth it sebab kecik sangat.




Abang gelak sakan dengan patung ni sebab patung berdengkur kuat. Dia kata ni kawan ayah dia hahahahaha...

wahhh Akak...pergi Legoland pun pakai baju kurung ehh. Tak panas ke Kak?





ni pulak Mall luar Legoland. Ada kedai makan and kedai-kedai biasa. So kalau nak makan murah sikit, makan kat Mall ni better sebab kat dalam tu mahal. Sebotol air Coke pun RM5.


Banyak lagi gambar actually dalam kamera. Ni gambar-gambar dalam Tab and iPhone jer. Nanti kalau I rajin I will upload lagi.

Budak-budak seronoklah pergi Legoland ni. Nanti kalau waterpark dia bukak lagi best kot. Hotel dia still dalam construction.

Kami spend almost 7 hours dalam Legoland hari tu. I guess the kids memang puas hatilah sebab dapat naik all the rides. 



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin