Post pasal cuti-cuti Malaysia ni Akak akan break a few parts sebab banyak gambar .....takut korang bosan pulak nanti tengok.
Percutian keluarga ni dah dirancang a few months before. Bukan senang nak cari date yang sesuai sebab ni percutian anak beranak the whole clan of Haji Abu. Seksa gaklah nak cari date yang dipersetujui ramai sebab my BIL ada yang tengah buat degree ambik PJJ so dia ada weekend class. End up kami semua sepakat kata pergi on 22 Nov ...kebetulan pulak harijadi Abang dan cuti sekolah dah bermula.
Our journey starts early in the morning tapi kami semua tak adalah convoy sebab masing-masing ada plan sendiri. Ada yang nak pergi Hello Kitty Land dululah, my father nak singgah kampung dulu, nak pergi kubur arwah my grandmother. Makanya, kita jumpa disana jerlah.
destinasinya Desaru, Johor.
Perjalanan yang clear. Alhamdulillah.
Kalau pergi bercuti kitaorang tak adanya nak drive straight terus sampai ke destinasi.
Mesti ada detour makan punya.
Detour kami kali ni ke Batu Pahat.
Nak makan nasi beryani.
Sebenarnya kami pun tak tahu kedai mana yang sedap kat Batu Pahat tu.
Setelah di google keluar review Restoran BP Bariani Power.
Kalau tak guna navigation Google Map tak jumpa kot kedai ni.
disebabkan lapar lupa nak snap gambar dalam kedai.
Memang famous kot kedai ni sebab penuh semua meja makan.
Boleh refer ke link ni untuk tengok menu yang ada.
Ni beryani biasa.
Kami order 1 beryani ayam merah, 2 beryani daging dan 2 beryani gam kambing.
Sebenarnya nak order beryani gam semua tapi dah habis tinggal beryani gam kambing sahaja.
Beryani gam kambing untuk Ayah dan Adik.
Kalau datang sini silalah order beryani gam sebab beryani gam ni makan nasinya sahaja pun dah sedap.
refer to order chit untuk pricing.
Total lunch kami termasuk satu take away beryani ayam merah untuk Nenek.
Nora bagi 4 bintang hehehe.....
No comments:
Post a Comment