Wednesday, November 4, 2015

Cerita weekend - Abang balik dan pergi wedding

Sorrylah in hiatus for a few days...busy sesangat.
Mati kutu sangat dah tu nak cari tajuk untuk post.
But anyway, it sums it all....
Abang balik cuti so Jumaat lepas mak bapak dan adik-adik pergi menjemput dia kat Cyberjaya.
Masyaallah ikut hiway pun jam tambah lagi dengan hujan.....letih gaklah sebab tak sempat balik rumah lepas jemput Adik sekolah terus ke Cyberjaya. Sampai Cyberjaya dah dekat masuk Isya...terus kami solat kat masjid baru Cyberjaya. Mata masing-masing dah layu jer sebab kepenatan. Mengomel gaklah ayah budak-budak ni sebab dia kena drive sorang-sorang...orang lain semua dah pengsan hahaha....

Alkisahnya washing machine kat rumah tu rosak sampai keluar asaplah. Nasib baik tak terbakar baju hehehe.....
Nasib baiklah sekarang self laundry tumbuh macam cendawan lepas hujan. Makanya terpaksalah bawa baju cuci kat laundromat. Basuh baju, dry pastu terus lipat kat situ jugak....senang cerita.


swag sangatlah tu.....termasuklah yang kat belakang tu. Dah kenapa empat beranak ni bertopi bagai.


Swag siblings?

Habis cuci baju terus ke wedding di Shah Alam. Actually yang kahwin tu adik my ex-classmates. Dah janji nak pergi sekali dengan Reen & Itha tapi makcik Reen tu ada hal pulak nak ke Seremban. Both Itha & Reen ni my bestfriend dari zaman kolej lagi....sahabat susah senang merayap bersama. 



budak berdua yang tak sentuh lauk kenduri kawin sampai kena sound dengan ayah derang. Tapi rupanya ada hikmahnya. Kami yang lain kena keracunan makanan teruk malam tu. Nasib baik gaklah derang tak makan sebab budak berdua tu minggu ni ada exam.


beratur nak mengambik apam balik. Sedap sebab nipis dan crunchy.


bertabahlah adik apam balik sebab panjang line orang beratur.
Udah ler sorang-sorang mengambik punyalah banyak. Panas jugaklah nak menunggu turn.





sedih tak dapat sembang sebab rushing nak balik hantar Atok ke train station.
Itu pun dah masuk kereta Itha sampai. Sempat gaklah bergambar berdua.
Itha siap tolak2 Akak suh masuk kereta sebab takut lambat.
This one has a heart of gold.....kat kolej dulu I dgn Reen tukang sakat orang, dia tukang nasihat kami hahaha.....
Eh lupa nak bergambar dengan tuan rumah yang menjemput .....nasib ler.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin