Friday, June 20, 2014

Kerana Terpaksa Ku Relakan


Tajuk tak boleh blah. Ngalahkan slot Samarinda (betul ke Samarinda?) pukul tujuh petang TV3 tu.
Alah sweet sangat Abang Zen bagi Indah perfume sampai berbotol-botol. 

Tak ada ke orang nak hadiahkan sebotol minyak wangi kat I. Minyak wangi I nak habis dah tu. Nak beli sendiri kedekut sebab nak simpan duit nak beli baju raya ni. 

Haritu pergi Popular nak beli novel KTAR ni....tak jumpa ok. Nampaknya kena redha jerlah tengok TV kesudahan cerita ni. #stress

Sebenarnya nak cerita minggu ni dah tiap-tiap hari menyinggah kat kedai mamak baru Barkath kat Cascade tu. Adiklah ni petang ambik Mama balik kerja jer lapar ...nak makan. Pastu malam karang dalam pukul 9 malam nanti dia mengagau cari nasi pulak. Membela apakah budak ni dalam perut tu. 

Dah terpaksa hari-hari singgah kedai mamak makan. Bak kata ayah budak-budak ni, 'kita mengkayakan mamak tu'.
Tak bagi makan kesian pulak sebab nak tunggu I masak lambatlah sikit. Lepas Samarinda tu nanti baru nak kelentang kelentung kat dapur. 


semalam I order sup kambing cicah roti. Perghhhh makan sampai pejam-pejam mata okay kesedapan. Cicah dengan roti lagilah sedap. 

Lerai-lerai daging kambingnya......heaven on earth katanya hahaha. Satu mangkuk ni RM6.50.
Terliur baliklah pulak tengok gambar ni. 

Kita tengok petang nanti terpaksa lagi tak kena singgah kedai mamak. Kalau terpaksa nampaknya seround lagilah sup kambing =D


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin