Monday, June 2, 2014

Berlima kembali


Sejak Jumaat lepas kami dah berlima balik kat rumah. Abang dah balik for semester break tapi seminggu jerlah. Ingatkan dia cuti 2 minggu macam budak  sekolah biasa tapi pendek pulak break kali ni. Cuti raya nanti baru 2 minggu tapi junior dia cuti 2 minggu....tak aci betullah. Tak boleh nak lama bermanjaan dengan anak lelaki tu. 

Abang sekarang dah makin tinggi. Dah dekat sama tinggi dengan ayah dia dah. Nak cium dia mama dia kena jengkit atau dia kena tundukkan kepala.


Adik dah sama tinggi dengan mama. Tak lama lagi Adik pun lagi tinggi daripada Mama.
Abang kata dekat kolej dia ada gym so dia selalulah pergi gym. Swimming pool pun ada tapi dia tak suka nak pergi berendam dalam pool tu sebab air pool sejuk sangat.



Breakfast pagi Sabtu. Percayalah ni sajalah breakfast kat luar lepas tu Mama kena dera dengan budak-budak masak 3 kali sehari sebab  derang asyik lapar jer. Masak lauk tengahari jangan haraplah dapat makan sampai malam sebab licin semua lauk :'(

Seronok tengok derang makan. Siap puji melambung-lambung lagi mama masak sedap.
Mamalah yang tak tahan nak masak banyak-banyak kali. Tiap kali habis masak berpeluh ngalahkan mandi sebab peluh mencurah-curah.



Eh lupa petang semalam kita ada lepak JCo lah makan donut hehehe....

Cuti sekolah ni nasiblah makanan kat rumah kena stock up banyak-banyak. Beli ayam sekor pun 3 hari dah habis. Selalu kalau tinggal berempat kat rumah payah nak habis lauk dalam freezer tu. 



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin