Monday, October 29, 2012

Aidiladha 2012


Hope it's not too late to wish all my muslim readers (bajet macam ramai nau yang baca) Selamat Hari Raya Aidiladha.

Dengan ucapan, berapa ekor lembu sembelih tahun ni?

Kami cadangnya nak korban untuk arwah MIL, setelah tanya ustaz rupanya kita tak boleh buat korban untuk orang yang dah meninggal dunia. Kita hanya boleh niat sedekahkan untuk arwah.



Baju raya baru yo.
Fresh from the plastic yang tailor pos tak sempat cuci lagi ahakss


Juadah raya at my mom's. Anak bertuah datang pukul 10 tau ngap saja.
Kuah kacang, agar-agar dan kuah kari ayam my mom masak. Yang lain tunjuk dan bayar saja.



Aktiviti biasa every year lepas makan at mom's, adalah afdhal kena jenguk lembu kena sembelih sesambil menunggu my dad passing tulang lembu untuk buat sup sekawah.



petugas korban masjid TTDI tahun ni berbaju t-shirt merah

Senang kerja dengan adanya bantuan bomba. Pakai peralatan pemotong Bomba cepat sikit kerja.

Tak takut kena kejar lembu ke Bang?



fefeeling retis tengok lembu. Panasnyalah hai hari Jumaat tu.
Balik dari tengok lembu terus tukar uniform to t-shirt and jeans.

Tugas menunggu nak kena masak sup tulang sekawah.
Siap kena 2nd degree burn ler kat tangan sebab gelojoh bukak tutup periuk. Kan dah terkena asap/ haba yang panas daripada dalam periuk. Mencecit jugaklah cari paip air sebab pedih siot.

Lepas tu siaplah beround-round makan sup tulang. Cuti tiga hari ni memang overdose makan sampai takut nak naik atas penimbang. 



Ishhh budak-budak ni....raya-raya pun sibuk dengan gadgets.

Rasa bersyukur sangat sebab rumah my mom 15 minit jer drive from our home sebab baca kat facebook ramai orang stuck dalam jam nak balik KL. My sister pun stuck 9 jam kat hiway dari rumah MIL dia di Temerloh nak balik Pandan Indah.

So how was your cuti raya? Overdose dengan daging korban jugak ke?



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin