Wednesday, October 31, 2012

Late to school


Al-kisahnya hari ni 2 dari tiga kanak-kanak kat rumah I tak bersekolah sebab pagi tadi jalan jam teruk masa nak hantar derang ke sekolah.

Keluar-keluar simpang rumah berdekatan Carrefour tu dah ada sebijik kereta accident. Nasib baik tak termasuk dalam longkang besar tu.

Ingatkan dah settlelah jamnya. Rupanya belum sampai Giant lagi dah jam balik.
Kali ni memang jam teruk sampai tak bergerak. Nasib baiklah pak supir rumah ni terrer jalan-jalan belakang so dari Tropicana keluar ke Pelangi Damansara. Itu pun sebenarnya still jam jugak lagi. But not so badlah compare kalau ikut Persiaran Surian.

Ada kereta terbalik kat bawah tunnel Persiaran Surian yang dekat dengan Ikano tu. Macamanalah boleh turn turtle tu, mesti kes laju pastu jalan licin agaknya.

Add to the stress, boleh pulak masa dalam kereta perut memulas-mulas. >.<
Nasib baik sempat singgah restoran mamak tapi perut buat hal pulak...tak nak pulak buat bisness. Maybe sebab toilet restoran tu kotor sangat kot. Perut I memilih >.<

Disebabkan budak-budak pompuan dua orang tu tak sekolah hari ni, makanya lunch kitaorang pergi makan kat Bandar Sri Dsara. Abang nak jugak pergi sekolah walaupun lambat sebab dia nak pergi main bola. Eh budak-budak bakal  form 1 daftar sekolah hari ni ya. Welcome to alam sekolah menengah. Ohh how I miss my secondary school friends. So much memories....me bullying people....muahahaha (tetiba keluar tanduk). Dulu I selalu sorokkan bag sekolah kawan-kawan. Tukarkan isi bag derang hahahaha....
Kalau nak cerita pasal sekolah menengah ni rasanya 10 hari 10 malam pun tak habis agaknya. Ok sorry dah termelalut kejap.



terliur tengok sambal belacan, kecur air liur


meat spaghetti Kakak

Kakak dah muncung dah bila adik dia nak sikit.

Adik ni pun satu, yang mana kakak dia makan yang tu lah dia nak.

When I told her not to act like like a 5 year old, she said she is ....ten divide by two >.<

Smart Alec ler that little girl.....belajar dari sapalah tu =P



my Kueyteow meat spring onion

I always get confuse bila nak sebut menu ni kat waiter. Panjang sangat.



My baby and I. (Yang tengah-tengah tu insan interframe). Sharing is caring.

Sebenarnya kalau makan sorang memang susah nak habis sebab the portion is big.

Last nite ayah budak-budak ni kata dia miss nak duduk US balik. Dia kata dia nak rasa macamana taufan Sandy tu. Isykkk pakcik tu......tak ingat agaknya dulu-dulu masa kami duduk US, our area kat Oklahoma tu selalu kena landa tornado. Scary ok. I don't want to experience it again. Ada sekali tu I pernah menyorok berdua dengan Abang (masa tu dia baby lagi) dalam closet jaket sebab takut. Siren bunyi satu town boleh dengar dengan hujan angin ribut taufan. Masa tu ayah budak-budak ni tak ada kat rumah sebab kerja. There's nothing fun about tornados, superstorm or any natural disaster. That is something that I don't miss......but I sure do miss shopping in the States. Damn cheap all the stuffs....kat Malaya ni segala-galanya mahal. =(

So that is my Wednesday so far.....how's yours?

Tuesday, October 30, 2012

Nephew's 1st birthday


Saturday lepas my sister buat birthday party untuk anak dia yang nak masuk 1 tahun. Actually the little boy's birthday 2 hb November tapi sebab long holiday semua sedara mara belah in-law dia turun KL beraya so dia buat birthday party anak dia awal.



Birthday theme Captain America
(hoverlah tu kan sebab anak I yang lahir kat Amerika tu pun kami tak pernah buat besday party theme Captain America =P)

Cantik theme biru, ,merah dan putih. Candy table decorated by party planner. Tapi belum apa-apa my 6 yo niece dah korek dulu balang M&M's tu hehe..



Actually tak ada orang nak cater for the birthday party sebab semua orang cuti raya haji, nasib baik ada kawan my sister yang nak ambik order. itu pun MIL dia dah risau takut tak cukup makanan.




actually boleh DIY jer barang-barang untuk birthday party ni kalau rajin.
Wah semenjak ber'pinterest' ni semua benda macam boleh DIY.
Bagus betul ideas kat Pinterest tu.....kalau rajinlah. Orang malas macam kami ni, harap orang lainlah buat.



M&M's sponsored by me =))
Maam besar (my sisterlah tu) whatsapps pesan suruh beli last minit.



Jangan terpedaya. Gambar ni gambar makan first round jer.
Lepas tu penuh meja dengan makanan.

Nasib baiklah kami dah sudah makan baru hujan selebat-lebatnya beserta dengan angin sekali. Terpaksalah mengangkut makanan semua masuk dalam rumah.


Birthday boy yang kememeh...suka nau nangis tau budak ni. Pastu asyiklah nak melekat dengan bibik dia.


Happy Birthday Captain Adam.

Malam tu terus I tak dinner sebab siang dah teroverdose makan. Memang last weekend minggu makan jer sebab Sunday pulak pergi makan kenduri kahwin. Now I dah rasa macam teroverdose makan daging kurban. Malam semalam dah selamat masak seperiuk tulang lembu korban. Malam ni macam nak kena masak daging korban jer.....masak kicap pun sedap jugakkan.


Monday, October 29, 2012

Aidiladha 2012


Hope it's not too late to wish all my muslim readers (bajet macam ramai nau yang baca) Selamat Hari Raya Aidiladha.

Dengan ucapan, berapa ekor lembu sembelih tahun ni?

Kami cadangnya nak korban untuk arwah MIL, setelah tanya ustaz rupanya kita tak boleh buat korban untuk orang yang dah meninggal dunia. Kita hanya boleh niat sedekahkan untuk arwah.



Baju raya baru yo.
Fresh from the plastic yang tailor pos tak sempat cuci lagi ahakss


Juadah raya at my mom's. Anak bertuah datang pukul 10 tau ngap saja.
Kuah kacang, agar-agar dan kuah kari ayam my mom masak. Yang lain tunjuk dan bayar saja.



Aktiviti biasa every year lepas makan at mom's, adalah afdhal kena jenguk lembu kena sembelih sesambil menunggu my dad passing tulang lembu untuk buat sup sekawah.



petugas korban masjid TTDI tahun ni berbaju t-shirt merah

Senang kerja dengan adanya bantuan bomba. Pakai peralatan pemotong Bomba cepat sikit kerja.

Tak takut kena kejar lembu ke Bang?



fefeeling retis tengok lembu. Panasnyalah hai hari Jumaat tu.
Balik dari tengok lembu terus tukar uniform to t-shirt and jeans.

Tugas menunggu nak kena masak sup tulang sekawah.
Siap kena 2nd degree burn ler kat tangan sebab gelojoh bukak tutup periuk. Kan dah terkena asap/ haba yang panas daripada dalam periuk. Mencecit jugaklah cari paip air sebab pedih siot.

Lepas tu siaplah beround-round makan sup tulang. Cuti tiga hari ni memang overdose makan sampai takut nak naik atas penimbang. 



Ishhh budak-budak ni....raya-raya pun sibuk dengan gadgets.

Rasa bersyukur sangat sebab rumah my mom 15 minit jer drive from our home sebab baca kat facebook ramai orang stuck dalam jam nak balik KL. My sister pun stuck 9 jam kat hiway dari rumah MIL dia di Temerloh nak balik Pandan Indah.

So how was your cuti raya? Overdose dengan daging korban jugak ke?



Wednesday, October 24, 2012

Alarm dan nasi ayam


Balik nanti kena adjust alarm clock.
Terlambat dua minit so dia tak syncronize dengan my iPhone punya alarm clock.
Nampak tak gitu sampai 2 alarm nak bangun pagi.
Tapi fikir-fikir balik baik jugak dibiorkan gitu sebabnya, lepas katup alarm kat iPhone 2 minit kemudian kena bangun tutup alarm clock tu pulak.
Kalau tak confirm tidur balik.
Tapi itu pun sebenarnya alarm kat iPhone tu snooze jer.
10 minit kemudian dia bunyik lagi, baru nak melompat bangun mandi. Keh keh keh.

Jangan marah ya I tukar lagi my font.
Bosanlah pulak dengan font Courier tu. Nampak macam typewriter lah pulak.

Minggu ni asyiklah kena buli dengan anak fetch dia dari sekolah.
Pakcik bas tu mama bagi duit sedekah jerkan dik.
Hamboi....hamboii budak ni. Kalau naik bas sekolah dia yang paling last sampai sebab pakcik hantar budak-budak yang duduk jauh dulu.
Gitu konsepnya.
Ingatkan dia tipu kata dia selalu last.
Rupanya betul sebab ada sehari tu, kami terserempak/ ternampak dia dalam bas sorang-sorang.
Pakcik bas hantar dia last sekali. Sian anak mama.

Tengahari tadi sebab dah janji nak ambik dia kat sekolah so terpaksalah janji ditepati.
Cikgu dah bagi rupanya text book untuk tahun depan.
Buku text tahun ni semua dah pulangkan balik dalam minggu ni.
 Awalnya sekolah bagi buku text tak takut hilang ke?




lunch paling senang dan sedap.
Nasi ayam kat Ikano Power Centre.
Puas hati sungguh sebab ambik ambik twin set tambah nasi satu, makan macam nak pecah perut.
Ayam roasted penuh sepinggan.
Makan bertiga pun tak habis ayam tu sebab banyak. Rasanya ayam tu macam separuh.
Berbaloilah keluar duit RM15++.

Recommended tau Simply Chicken Rice IPC.
Murah dan sedap.

Tuesday, October 23, 2012

Budak-budak nakal

Oh...sekarang ni dah pandai nakal ya

siap ajar adik panjat sekali almari bilik Abang sekarang ya.

Apa nak jadilah ni.....nakalnya. Semalam adik dah jatuh sampai luka kaki dia. Tu lah ajar lagi adik panjat tinggi-tinggi.Habis lantai rumah Mama dengan tapak kaki berdarah adik tu.











Memang nak kena tau budak ni




























budak nakal buat muka innocent =P


Monday, October 22, 2012

Passing


So my blender went kaput on me last Saturday. There I was cursing at the blender and my luck. Tengah semangat nak masak asam pedas and then suddenly blender rosak. Rasa macam frust sangat. Letih makcik nak kena menumbuk segala bawang. Dahlah lesung batu kat rumah tu cinonet nau. Kalau masuk bawang lebih sikit jer nanti, ada yang pandai-pandai memelantingkan diri keluar. Tensi okay.

Actually my problem was so little to other people's problem. At least I still have a lesung batu to work with right.

Yesterday, one of my ex school mate son pass away due to luekemia. He was only 15 yo. Sama baya with my own son.
He's such a sweet boy, tak banyak cakap. Most of the time I see him, he'll be busy with his gadgets.
Allah lebih menyayangi dia walaupun after a few cycle of chemo, still can't cure him. Ini dugaan buat my friend. Semoga dia tabah menghadapi dugaan ni. He's in a better hands now. InsyaAllah.

Al-Fatihah.


driving miss Daisy to Kidzania on Saturday.
Mama adorning Dato Siti's style kejap =P

Thursday, October 18, 2012

Meet Snow


No...no...not me

belum bercadang lagi nak tukar nama to Snow

Just nak tunjuk yang yesterday I pakai cardigan electric blue and ramai kat ofis ni tegur sebab they said I am not my usual self.

Mana taknya selalu pakai baju kaler yang dull like black and grey. Sekali pakai kaler yang terang, terus orang pelik. Ishh derang ni, tak bolehlah orang nak tukar kaler sikit. Cardigan tu I beli kat Aeon/ Jusco for only RM19. Murahkan.

Tukar topik.

We have a new kitten at home. His (yes it's a boy =P) is Snow. Disebabkan dia putih so I (yes I) decided to give him the name Snow. Korang ada tengok tak Instagram Kim Kardashian. Kucing dia Mercy pun color putih....comel sangat.About the same age/size as ours. 



Food for Junior


budak ni susah sikit nak tangkap gambar dia sebab tak reti nak duduk diam


oh my....lantai luar nak kena sental dengan sabun ni



Mr Snow and Ms Kakak

Sapa lagi comel?



Wednesday, October 17, 2012

Comfort food



I should be eating  this

(pinjam gambo sini


instead of this



but my son masak spaghetti bolognese sedap gila tu.

Lepas ni kena ajar budak lelaki tu masak lauk-lauk melayu pulaklah so mama boleh goyang kaki dan guna telunjuk jer bagi arahan.....hahahahaha

Tuesday, October 16, 2012

Macam nak terkeluar isi perut



bukanlah disebabkan oleh my lunch hari ni yang enak. Makan dengan sambal belacan membuka selera sungguh.

tapi disebabkan anak bertuah sorang

hampir-hampir nak pengsan Nenek dia kat rumah

My mom call me this afternoon kata yang my daughter missing from my dad'd car. My father tinggalkan dia sekejap dalam kereta sementara dia pergi solat di Masjid. Keluar masjid she's gone.

Mau tak panik semua orang dibuatnya.

Rupanya budak bertuah tu balik rumah jalan kaki sempat singgah Petronas beli air lagi. From the mosque to my parents house ada dekat 1km-2km. She also need to cross 3 road jalan yang busy banyak kereta yang bangsa jalan orang bawak kereta laju gila.

Memang membaralah mak dia nak marah. Dahlah membahayakan diri sendiri pastu buat orang lain semua risau.

Sekarang ni pulak banyak kes culik budak-budak perempuan. Memang betullah budak sorang ni. Buat Mama takut jer.

Memang kena marahlah dengan ayah dia and me. Menangis sampai bengkak mata. Biarkan asalkan lain kali dia tak buat lagi perangai macam ni.Tu pun nasib baik tak kena pukul sebab nenek dia tak bagi pukul.

Kalau hilang Mama nak cari mana Kak oii!!.

Macam nak tercabut ler isi perut tadi sebab panik mana dia menghilang. Anak oh anak....macam-macam perangai.

Monday, October 15, 2012

Mesin jahit dan pompuan bimbo






The Mini Sewing Machine.~Simply Compact, Portable & Ideal for All Your Sewing Needs! RM69 Buy Now Value : RM138
Discount : 50%
You Save : RM69

•Sews in a durable chain locking stitch.
•Mini size, light, portable and with good space for guiding sewing cloth by hand
•Large spool can be used with rewinding device for easy replacement of bottom bobbin.
•Comes with pedal for easy foot control.

 
Comel tak sewing machine tu? Alamak membuak-buak rasa nak beli walaupun haram tak reti menjahit. Kadang-kadang tu ada rasa macam nak alter baju sendiri. Jahit tangan nampak tak kemas. Nak hantar pi tailor malas (+ kedekut).
 
Tapi kalau beli nanti tak reti guna pulak. Nak cucuk benang tang mana pun tak reti. I have no idea how to work this machine tapi apasallah hati ni teringin sangat nak beli. Ishhh...merepek sungguh.
 
Sapa dengar topik pagi Hot.FM hari ni?.

Kurang ajar betul caller pompuan yang  nak adakan 'Hari Poligami sedunia' tu. Ada ker cadangkan pada hari Poligami semua suami nak kawin lain tak payah mintak permission first wife. Apa ke punya pompuan ler. Mementang kau dah tunggu boyfren kau dua tahun untuk kawin tapi tak dapat kawin-kawin lagi sebab tak dapat permission wife dia, kau nak bagi cadangan macam tu. Pastu yang lebih kurang ajar tu sentence to 1st wife boyfriend dia lebih kurang macam ni, "Kalau laki kau dah ada orang lain, maknanya laki kau dah tak sayang kau.Mintak ajerlah cerai".
 
Memang betul bimbolah pumpuan ni. Takkanlah tak boleh nak fikir logik. Kalau boyfriend kau tu ikhlas nak kawin dengan kau, takkan dia buat kau tunggu dua tahun. Plus kalau dia dah tak sayang bini dia, I am sure dah lama dah dia ceraikan bini dia and kahwin dengan kau. Memamg tahap dungu ler kau ni.
Open your eyeslah women!

Lagi satu dahlah nak ambik hak orang, tak payah menyombong dan kurang ajar sangat boleh tak? Kalau kau merendah diri dan pandai ambik hati wife boyfren kau, mesti lembut sikit hati dia. Pompuan...pompuan bimbo. *geleng kepala sepuluh kali*



Friday, October 12, 2012

Kuat jodoh kita KFC

My mum call pagi tadi suruh beli KFC tengahari nanti. Dia pesan sebab dia kata dia nak pergi kenduri orang nak pergi Mekah so nanti my dad tak ada benda nak makan lunch nanti. Sebenarnya I tau, dia yang sebenarnya nak makan KFC. Betul tak Ma? Ngaku cepat (macamlah my mom baca my blog =P)

Sebenarnya payah nak pergi beli KFC kat TTDI sebab parking yang amat limited kat Petronas tu. Nak beli drive thru boleh tapi masalahnya my driver seat window rosak tak boleh nak turunkan tingkap. Tapi dalam kebengongan tadi naik jugak drive thru tu tapi termiss kotak suara nak buat order sebab tingkap tak leh turunkan. So tak dengarlah instruction. Bikin tensi gua jer.Buang masa jer queue.

Turunlah daripada drive thru (drive thru 2nd floor ...nak explain payah. Nanti kalau pi TTDI pi tengok sendiri) dengan keciwa. Nasib baiklah ada satu parking kosong. Memang sungguh berjodohan hari ni dengan KFC.


Extra order for me. KFC Zinger Double Down....sedap dowhh.Dua lapisan ayam, tengah-tengah ada cheese dan daging. Rasa macam nak beli lagilah.

Orang lain semua makan ayam KFC biasa

tapi....

seperti biasa.....

mesti ada pengenter frame yang tak bertauliah ni





budak ni lah

suka pau makanan Mama tau =P


Thursday, October 11, 2012

Budak periksa

My son dah start exam PMR dari Selasa lepas. Budak yang ambik exam tu boleh relax jer. Balik exam first day tu siap boleh senyum-senyum lagi.Mama yang perut dah macam summersault, kecut-kecut perut dia ambik periksa. Dia boleh relaxxxxxx jer. Anak bertuah ni. Semoga Allah permudahkan Abang menjawap soalan periksa.  

Hari-hari duk pesan kat dia baca Bismillah, jawap soalan jangan gopoh. Berkatilah jugak nasihat tiap-tiap pagi.

Teringat zaman ambik periksa SRP dulu (ialah Akak kau ni dah tua dah =P), time nak exam berkepit 24 jam dengan buku. Anak I boleh tidur, main bola ....arghhhh anak, bikin Mama stress.

Semalam paper pagi dia habis pukul 12.20pm, so sempatlah ambik dia dari sekolah bawak pergi lunch kejap. Petang sambung balik paper exam.



budak relaks dan mama stress

 
lunch semalam yang murah dan sedap di belakang Bangunan Bakti Masjid TTDI
 
Mama stress sampai Selasa depan >.<

Tuesday, October 9, 2012

Open house lepas raya


Sabtu lepas kami ada invitation untuk open house raya. Say what?? You heard read me right. Open house raya tapi wayyy lepas raya, dah nak masuk raya Haji dah ni.Tuan rumah is my ex uni mate and officemate. Lama jugaklah dah tak berjumpa.

Tuan rumah kata reason dia buat open house raya lambat sebab nak bagi anak dia habis UPSR dulu. Oklah tu plus maybe dia nak buat housewarming sekali sempena dia pindah rumah baru.


peekaboo

Cantik housing area our friend tu. Gated area at Manjalara.



There's a nice big park yang bersambung dengan kedai-kedai



even the sky are bluer at the rich people housing area =P



Sila register dulu ya




tak ada gate between houses


that's our friend's home. Terkujat jugaklah tengok interior rumah yang cantik. Nak ambik gambar seganlah pulakkan. But reallyyyy nice.

cupcake, nasi beryani JM, kuih muih, fruits, teh tarik yang kaw....macam-macamlah juadah tuan rumah yang sedap-sedap.




penutup suruh anak dara bergambar depan rumah orang hehehehe.

Baju yang Kakak pakai tu is actually mine. Lawalah pulak budak tu pakai >.<

Monday, October 8, 2012

Minat baru Adik


Lately ni my anak bongsu has taken interest in drawing kartun Anime. Sanggup dia berjam-jam mengadap youtube belajar cara nak lukis kartun Anime.







Kartun Anime lukisan Adik. Amacam lawa tak?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin