Monday, December 12, 2011

Block leave

Bulan December memang bulan semua umat pekerja nak clearkan cuti tahunan. Bila dah hujung-hujung tahun ni office akan lengang sebab semua orang berlumba-lumba nak cuti.

Satu minggu ni I ambik block leave. Rasa macam frust jugaklah sebab tak dapat nak ambik the last week of the month...tapi sebab malas nak bertekak dengan ketua yang asyikkkkkklah dia jer yang dapat cuti minggu terakhir tiap-tiap tahun makanya kita mengalah ler. Kalau diingat-ingat lagi nanti buat sakit hati.....so kita lupakanlah dan anggaplah dia seorang ketua yang mementingkan diri sendiri saja. (wahhh masih tak puas hati tu.....mau tak sebabnya besday Ayah dengan Adik dalam week terakhir December....patah harapan nak pergi berjimba-jimba)

Kalau ikutkan block leave, adalah cuti dalam 9 hari tapi 3 hari pertama ni macam berlalu macam tu jer. Plan nak pergi jalan jauh ni tak sure lagi on ke tak.....kena ikut cakap driver. Kalau driver on...kitaorang pun on jerlah. Ni pun sambil update sambil tengok Masterchef Malaysia. Dah jadi laki orang dah Chef Riz......tahniah Chef (macamlah Chef Riz baca)
 

ni tangkap gambar nak ambik feel kekonon kat tepi laut Pantai Timur tapi sebenarnya kat Tesco Old Klang Road jer =P
 
 

- Posted using BlogPress from my iPhone
Hari ni Selangor cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor.....dan hari ni jugaklah yang kami sibuk nak turun ke bandar KL. Silap besarlah sebab semua jalan menghala ke town, jam ya amat. Semua orang Selangor agaknya turun KL untuk shopping sakan. Tobat dah lain kali nak turun KL kalau Selangor cuti......bikin panas hati jer.

Nanti besok I tunjukkan apa tujuan kami ke bandar KL. Penat sangat dah ni....besoklah kita sambung lagi ya

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin