Thursday, October 6, 2011

Lucky draw bag Prada tu...Kick Off nite 2011/2012 (update sikit jer)

Jaranglah nak tengok I berlipstick merah menyala unless there's a function that I have to attend.

Jumaat lepas my company ada buat Kick Off night for 2011/2012 at JW Marriot.
Mak aihhh berchenta Akak nak pergi Marriot tu especially petang hari Jumaat...jalah jam masyaallah. Pergi satu cerita jam....balik malam pukul 10 lebih pun still jam lagi....tak faham Akak ler. Terus sujud syukur sebab sekarang dah tak kerja dalam golden triangle tu lagi.....stress Akak dibuatnya.

Lagi satu Pak Supir rumah Akak tu degil, Akak kata keluar rumah pukul 5 so tak adalah stuck sangat dalam jam. Ini idak...pukul 6 lebih baru nak keluar rumah. Alamatnya pukul 7.30 baru sampai Marriot, event start pukul 7. Nasib baiklah sahabat-sahabat terchenta dah mengecop meja kalau tak makan tepi kolam mandi sambil kaki berjuntai dalam airlah Akak...grrr..


too red? no?

ayor apa ntah...


muka teruja sebab dah mengangkut sepinggan udang. Tapi organizer kacau. Orang tgh syok-syok makan dah dipanggil dengar speechlah, main gameslah.....kesudahannya tak sempat nak habis makan waiter bangla terlampau effisyen tu dah angkut pinggan kami.


antara gamesnya cross dressing. Nasib baiklah boss kira sporting.
Satu lagi game limbo rock...kalau kira-kira pinggang tu kuat bolehlah nak berlimbo

Jomlah kita jamu mata tengok antara makanan yang ada


cake yang pahit....to much coco







Highlights of the night of courselah lucky draw prize.
Hadiahnya iPad2, Samsung Galaxy S11, Camera Nikon anddddddddd....

our big boss preloved Prada Limited Edition handbag (our CEO ni memang fashionista sikit)

but I * was hope of winning the iPad2 ...bag Prada tu nak buat haper....kalau pakai pun ntah2 orang ingat yang Petaling Street punya.

Tapi seperti biasalahkan.......nombor tak pernah punya naik.

But it was a fun night coz dapat makan, dapat cross dresskan orang, dapat jumpa kawan-kawan dari branch lain, dapat dress up dan teramat seronok dapat stuck dalam jam =P


*hope tu delete ya...sebab bila baca balik, apahal yang English aku berterabur ni. Tu lah semalam duk gelak dengan member sebab kakak Norman Hakim yang katanya ada Masters degree tu punyalah nak defend adik dia sampaikan ambassador ditulisnya embassy. Ambassador dengan embassy tu lain maknanya kak oii...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin