Monday, October 24, 2011

Karnival koko 2011

3 hari Adik tak ada kat rumah last weekend. Sekolah dia ada anjurkan Karnival Kokurikulum Antarabangsa. So budak-budak persatuan beruniform semua ambik bahagian, makanya budak-budak ni semua berkhemahlah dekat sekolah.

Malangnya tiga hari berkhemah, budak-budak ni semua tak dapat tidur dalam khemah tapi terpaksa tidur dalam kelas sebab Jumaat hujan ribut. Habis basah khemah derang.


nampak tak dah ada ciri-ciri nak hujan tu...sekali petang memang hujan ribut. Risau jugaklah dibuatnya.









muka-muka happy yang sangka derang dapat tidur dalam khemah....silap lerrrr
Pesta hujan budak-budak ni semua. Bila I datang check lepas maghrib, tengok semua dah basah berbaju hujan dan makan dengan lahapnya




ada tu bawak bag macam nak pindah sekolah seminggu. Si kecik ni pun siap call suruh bawakkan dia bantal dengan selimut. Tak rocklah camping bawak bantal.



hari perasmian karnival



nampak tak ada orang buat flying fox. My little girl told me that she did the flying fox. Budak ni memang kental sikit




muka kusyukkan.....nak tahu kenapa?


dia tengah mengadap ular tu. Siap pegang-pegang dan cium mulut ular lagi kau.



eee...Mama kegelian....geli...geliiii




Banyak lagi aktiviti lain tapi hak ular ni jer yang I tangkap gambar.


Rindulah pulak zaman sekolah dulu especially time sekolah menengah sebab I pun rajin masuk macam-macam aktiviti sekolah...buat homework sekolah jer yang tak rajin dulu hihi....

Balik malam budak kecik ni terus flat sampai besok pagi....haaa tulah kat kem kena tido pukul 12 dan bangun pukul 5 pagi. Mana tak flat dibuatnya.



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin