Monday, October 31, 2011

Hello Kitty

I ada kitty comel sangat



 
bukan kitty ni. Ni stray cat tengah mengacau nak ikan masa lunch tadi


tapiiiii......






debit card Hong Leong bank

Comel tak?

 Tak pedulik walaupun orang kata dah tua bangka pun nak kad Hello Kitty. I young at heart maa... =P

Sejak nampak promo Hong Leong Bank kat Bulletin Utama TV3, terus menggeletek nak tukar kad walaupun sebenarnya baru tukar debit card baru last month. Debit card ni untuk Saving Accounts HLB saja if I am not mistakenlah. RM8 will be debited from your account kalau nak tukar to this Hello Kitty Debit Card.

Okaylah, nak pergi belek kad Hello Kitty comel...byee


Saturday, October 29, 2011

Ribbons







RM5 each at The Curve flea market.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, October 28, 2011

Spooktacular










One Utama old wing

in front of Poh Kong

I'm sure there's a lot of happy people out there cause it's friday. (terdengar-dengar pulak Rebecca Black nyanyi...it's friday...friday!)

So happy Friday ya'all!



P/S: kadang-kadang ada gambar yang degil tak nak rotate....silalah telengkan kepala anda. Jangan tergeliat leher sudah =P

Thursday, October 27, 2011

Public holiday dan birthday party minggu lepas

Semalam Deepavali, rasanya belum terlambat kalau nak wish kepada rakan-rakan atau kepada sesiapa yang menyambut Deepavali...Selamat Hari Deepavali.

Sempena Deepavali, marilah kita lihat gambar kolam yang cantik-cantik ni.


One Utama




The Curve

Kebetulan ambik gambar kolam ni pun sebab Ahad lepas ada jemputan birthday party kat TGIF, The Curve

Itu pun sampai lambat ke birthday party sebab jemput Adik dulu kat sekolah. Paksa dia mandi dulu kat rumah nenek dia, baru pergi.






sedap...nak lagi



makan memang best


gambar banyak sebenarnya sebab hari tu 3 kamera dari famili kami saja. Tapi biasalah...yang I rajin upload dari kamera sendiri sajalah

 

 susah sebenarnya nak dapat gambar budak bertiga ni bergambar sekali.
Sebab si abang tu sekarang camera shy.

Monday, October 24, 2011

Karnival koko 2011

3 hari Adik tak ada kat rumah last weekend. Sekolah dia ada anjurkan Karnival Kokurikulum Antarabangsa. So budak-budak persatuan beruniform semua ambik bahagian, makanya budak-budak ni semua berkhemahlah dekat sekolah.

Malangnya tiga hari berkhemah, budak-budak ni semua tak dapat tidur dalam khemah tapi terpaksa tidur dalam kelas sebab Jumaat hujan ribut. Habis basah khemah derang.


nampak tak dah ada ciri-ciri nak hujan tu...sekali petang memang hujan ribut. Risau jugaklah dibuatnya.









muka-muka happy yang sangka derang dapat tidur dalam khemah....silap lerrrr
Pesta hujan budak-budak ni semua. Bila I datang check lepas maghrib, tengok semua dah basah berbaju hujan dan makan dengan lahapnya




ada tu bawak bag macam nak pindah sekolah seminggu. Si kecik ni pun siap call suruh bawakkan dia bantal dengan selimut. Tak rocklah camping bawak bantal.



hari perasmian karnival



nampak tak ada orang buat flying fox. My little girl told me that she did the flying fox. Budak ni memang kental sikit




muka kusyukkan.....nak tahu kenapa?


dia tengah mengadap ular tu. Siap pegang-pegang dan cium mulut ular lagi kau.



eee...Mama kegelian....geli...geliiii




Banyak lagi aktiviti lain tapi hak ular ni jer yang I tangkap gambar.


Rindulah pulak zaman sekolah dulu especially time sekolah menengah sebab I pun rajin masuk macam-macam aktiviti sekolah...buat homework sekolah jer yang tak rajin dulu hihi....

Balik malam budak kecik ni terus flat sampai besok pagi....haaa tulah kat kem kena tido pukul 12 dan bangun pukul 5 pagi. Mana tak flat dibuatnya.



Sunday, October 23, 2011

Random pictures in my iPhone




































by far the last picture is my favorite. A picture of my son when he was 6 or 7 months old.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, October 20, 2011

Barbie pool theme party

Most of the pictures here taken by Adik. Camera barukan =)

Last Sunday Adik dapat lagi satu invitation untuk birthday party from her schoolmate. Tapi kali ni at pool side bertemakan Barbie. Comel semua kaler pink.


Invitation card berbentuk pinggan



the birthday cake



the barbie birthday girls....comelllll kan
You should look at their mom...ikut theme jugak tapi malangnya gambar dia tak menjadi pulak bila I nak post tadi.




apa ni ehh...buah kot. Yelah I datang pun dah 5.30 ptg to pick up my little girl balik. Ingat nak datang jemput Adik balik jer sekali mak birthday girl suruh duduk makan pulak. Segannya.





the kids splashing in the pool









even the door gifts are cute.






seksa tau nak ajak budak kecik ni balik. Kalau dia dah jumpa pool memang payah. Pastu dia siap buat back fliplah dalam pool tu. Sabar jerlah menengoknya...nak marah kat situ tak boleh



dah rupa macam bibik dah Mama =P
Bibik-bibik kat birthday party tu pun lagi lawa...semua pakai uniform


 baby girl gigi arnab =P....siapkanlah duit untuk braces Ayah oii...


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin