Aktiviti tengahari ni sebenarnya saja nak jalan-jalan cuci mata. Tak ada plan pun yang melibatkan wang ringgit. Duduk ofis pun sejuk bebenar, so baik kita lakukan proses pembakaran lemak.
Jalan cuci mata kat Daiso Jusco
beleklah Mascara RM5 Daiso
comel jugak botol air polka dot
sushi murah. Satu pek ada macam-macam tu dalam RM9
besar ya amat sotong ni. Ialah sekor sampai RM25
jalan tengok kasut dan baju kat Jusco...tak ada pulak yang berkenan.
Selamat duit...
keluar Jusco masuk Vincci pulak..
pun tak ada yang berkenan jugak...
Selamat lagi duit
Hmm...tak ada konsepnya selamat duit tu sebab masuk Padini pulak terbeli jugak barang.
Kan dah kata tak pernahnya konsep "Selamat duit" tu berjaya
sebabnya terbeli t-shirt Padini 3 pasang untuk Kakak...ialah RM9 jer selai
Sikat rambut satu kat Daiso
Pastu gatal masuk MPH....terbeli jugak majalah In-Trend sebabnya tertarik nak tengok gambar-gambar Hijabsista
Tulah bahayanya kalau shopping mall bersambung dengan bangunan ofis.
2 comments:
aiyo, mcm nak beli gak intren tu nnt :)
kak, selamat hari raya to you n family ya..
Maria & family,
Selamat Hari Raya jugak ya =)
Post a Comment