Monday, August 31, 2009

Memori Medeka

When I was 16 yrs old I actually participate in perarakan hari merdekan

angkat bendera lagi, ingat lagi betapa beratnya bendera tu sebab kayu bulu yang letak kat pinggang tu panjang so kena pandai balancekan kayu tu

bangga ya amat sebab dapat participate dalam perbarisan tu walaupun kena practise 3 hari berturut-turut dan kena jalan jauh panas-panas tu

Duit allowance RM10 sehari tu kira macam bonuslah sebab seronok dapat berarak lagi best
I have to say, at least I dah merasa berarak kat Dataran Merdeka tu untuk Hari Merdeka....mak aihh dekat 2 dekad dah but the memory is still fresh macam baru semalam berarak....bangga sesangat

I wish I still had a picture masa I berarak tu tapi malangnya tak taulah mana pergi semua album2 I semua

Tak per asalkan I masih ingat =)

Talipinggang sajakah untuk raya?

Selamat Hari Merdeka semua.
Walaupun tak terasa suasana hari merdeka tu, mungkin sebab tak ada orang berarak kat TV macam biasa
dan tak ada bunga api malam 31st tu. So dah jadi macam cuti hari biasa pulak plus pulak bulan puasa ni kan.

Malam tadi masih berharap mana tau kalau-kalau ada bunga api tersesat kat The Curve tu tapi haram satu bunga api pun tarak.

Semalam, ambik kesempatan menghabiskan lagi duit menambah baju raya dan kasut raya anak-anak. Baju sendiri tak nampak bayang lagi, alahai siap ke tak baju tu. Kalau tak pakai jerlah baju raya tahun lepas yang dah dijadikan baju pergi kerja tu.

Baju raya anak dah berplastik-plastik tapi mamanya dapat beli tali pinggang satu jer kat kedai nama Kitschen (betul kot ejaaan ni) kat new wing One Utama tu. Not bad jugaklah baju-baju kat kedai ni. Tapi malangnya size M baju yang I nak taraklah. Size S boleh pakai tapi macam fitting sangatlah plak. M tu macam oklah. L besag sangatlah....isykkk...nak kata dah kuruslah tu ya...hehehehe......

belt yang sempat dibeli. Bilalah nak cari kasut raya ni



Anak jugak yang dapat macam-macam baju untuk dilaram raya nanti

Berapa hari dah kita puasa....lost count sekejap hari ni sebab I cutiii...alah cutilah....cuti.... =)

Sunday, August 30, 2009

Counting

Selamat Hari Kemerdekaan

few more hours to go


I wonder if there is gonna be a fireworks tonight

Saturday, August 29, 2009

Saya tak sihat

Dah nak bukak puasa dahkan.
Selamat Berbuka Puasa
8 hari dahkan kita berpuasa

hari ni satu hari I asyik ke toilet food poisoning. Sayang nak bukak puasa tapi kalau dah masuk kali ke 4 ke toilet tu surrenderlah, terpaksa jugak pergi doktor mintak ubat diarrhea

so hari ni saya berbuka puasa dengan McD double cheese burger sebab perut kosong sangat

Oh ya....anak kena mandi hari ni. Kesian kena sabun semua

lepas mandi jangan lupa keringkan kucing tu guna hair dryer.

kembang bulu dia.....




beli kuih apa tu untuk berbuka?

Why Dina....why?

I baru lepas tengok Era TV
Dina...kenapa Dina


why you have to dress like that?


baju hijau pucuk pisang pastu stokin pun hijau pucuk pisang




I just had to snap a picture of her

she reminds me of........tak nak cakaplah. Bulan puasa berdosa =)

Friday, August 28, 2009

6 hari dah

Adik puasa ok....hari ni.
Masuk hari ni insyaallah Adik dah puasa 6 hari
walaupun nanti dalam pukul 4 lebih Adik akan call Mama cakap Adik dah tak larat
Adik nak makan.....
Nenek kata Nenek bagi Adik RM1 kalau Adik puasa penuh
Mama, Mak Ngah pun janji jugak
Kita tengok nanti derang bayar ke tidak

Selamat Berbuka semua =)

Apabila ibu bapa perasan

Inilah yang terjadi bila mak bapak terover perasan yang "anak" mereka
menyerupai gambar model dikotak Whiskas itu




kesian dia kena dera semalam jadi model kami.
Banyak lagi gambar dia tapi Mama nya malas nak upload

Selamat Hari Jumaat

It is so heartbreaking to see pagi-pagi ada kemalangan jalanraya involving motorcyclist
lebih-lebih lagi on a rainy Friday morning
I always takut kalau tengok motor kadang-kadang kita tak buat apa-apa tapi mereka yang menciluk-ciluk
I always have to be extra careful kalau jalan banyak motor
tapi image pagi tadi masih lagi melekat kat kepala ni
I hate when it happens when I'm driving cause then I cannot close my eyes =(

Selamat Hari Jumaat semua.....ehh....merdeka around the cornerkan

Ohhh.....satu lagi perkara. I actually forgot that my mother's birthday was last Monday....last Monday. Hari ni baru ingat. Sungguh bertuah punya anakkan. Mummy ampunkan anakmu ini. Bulan puasa otak tak properly function sangat. Inilah akibat kalau terlampau gembira boss tak ada kat ofis. Adik-adik bertuah pun tak mengingatkan Akak dia ni.

Sigh!

Thursday, August 27, 2009

Shish kebab banyak sedap

Semalam I bukak puasa kat Tarbush, Sunway Pyramid.
Tangan sejuklah nak type panjang-panjang.
Aci tak kalau tunjuk gambar makanan jer
Mintak mahaplah ya....jangan sampai terliur udahlah ya





the shish kkebab was excellent tapi malang tank perut I ni kecik sangat nak makan banyak.
Rugi kalau bawak I makan buffet. Makan seketul kebab tu jer dah kenyang.
I think I enjoyed most the company of my friends

Nite full of stars and laughters

I know korang semua mesti tak sabar nak tengok gambar artis-artiskan.
Tak kira korang kena jugak tengok tuan tanah dulu

sila makan cream caramel yang enak ini.

Kenapa I rasa bulan puasa ni muka I bertambah bulat?


Semalam my friend invited me bukak puasa kat restaurant dia.
Cosmo magazine buat majlis bukak puasa kat my friends restaurant.

Oklah...I bagi korang semua yang dah tak sabar nak tengok gambar artiskan

with Farah Fauzana


sweetnya girlfriend Nabil ni, Irma Hasmie



Liyana Jasmay pun ada tapi I tak ambik gambar ngan dia


Dah tengokkan. Nanti I sambung lagi. Ni pun curi-curi update blog sebab tau korang semua tak sabar nak tengok.
Maya Karin didn't turn up yesterday...bummer =(


Wednesday, August 26, 2009

Where's my sugar

I rasa lepas ni tak payahlah buat air guna gula lagi
sebab dah dekat 5 buah pasaraya I pergi
semua cakap stok gula dah habis

Apa semua orang guna buat kuin raya berguni-guni ke yang sampai tak ada langsung gula kat pasaran.

Oleh itu, minum sajalah air kordeal, tak payah minum air teh dan sewaktu dengannya

Saya akan jumpa dia

Petang ni Insyaalah I akan jumpa Maya Karin

nanti I ambik gambar ya.....


Tuesday, August 25, 2009

Tukar baju

Previously my new baby pakai baju kaler pink kan

tapi I decide to belikan dia baju baru.

Biar nampak suci bersih







disebabkan baby baru I dah berukar baju makanya
sesapa yang nak beli casing warna pink tu silalah bagitau ya
it's RM30++ (tak ongat exact price), I'm selling it for RM25


aahhhh....sejuk mata pandang baby baru ku warna putih =)

Aksi-aksi pagi Selasa

Kenapa?

Apa yang telah terjadi?

Kenapa ada yang sampai sanggup nak memanjat?


kerana si cantik manis ini pintu biliknya terkunci
Solution terakhirnya adalah

pecahkan aja tombolnya

Monday, August 24, 2009

Goreng pisang...manakah kau?

Tahun ni tahun pertama Adik berpuasa
makanya dah janji dengan dia kalau complete satu hari akan bagi dia duit as incentive berpuasa
dan kalau boleh apa-apa yang dia nak makan akan cuba dipenuhi
tapi hari ni cik kak kecik ni nak makan goreng pisang tapi
mama dia tak jumpalah pulak orang jual goreng pisang....isykkk....
kesian pulak tengok anak yang tengah melepek kepenatan tu

Baru tiga hari Ramadhan

but I already got a hari raya greeting card.

u oll tak nak hantar kat I ker?

virtual card pun jadilah....hehehehe

2M is a must

Semalam I got no coice but go the One Utama.
I am not taking chances on my family's health so I make them do this
_
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


wear a mask. If can I would like them to wear a rubber gloves too.
Tapi kang terkejutlah pulak orangkan.
Abang tu nak kena sebat ni, main buka-buka mask.

I love bulan puasa cause I can get my daily dose of murtabak easily

eemmm...emmm....puasa kan.....jangan ponteng kalau boleh ya =)

Sunday, August 23, 2009

So what did you do today?

hi people....sorry for the mask. Keluar jalan-jalan sekarang ingat tau pakai mask and always carry a hand sanitizer. Jangan malas-malas tau. Ini adalah pesanan khidmat masyarakat ya. Ingat jangan malas untuk keselamatan diri sendiri jugak.

Kalau tak sanitize tangan jangan verangan nak pegang baby ya.

Oh anak buah saya sangatlah kecik dan comelnya. So adorable.

Best jer dapat pegang baby kecik....cuddly sangat.












the other day a friend was telling me how somebody put a newborn baby in front of his house during subuh.
Sungguhlah menyayat hati mendengar cerita-cerita macam ni. Lagi satu kisah seorang ibu tinggalkan anak-anak dia yang kecik kat Puduraya. I feel so sad that ada ibu yang sanggup buat macam tu dengan darah daging derang.
Sempena Ramadhan ni harap-harap kuranglah kejadian macam ni.

Bukak puasa makan apa tu?





Saturday, August 22, 2009

We used to be inseperatable

We used to be inseperatable at one time
if you see one of us, no worries the other three will be somewhere close
we balance each other actually, 2 nakal 2 baik
2 kaki ngacau orang, 2 lagi tukang tengok, gelak and geleng kepala....

sebelah gang budak baik, sebelah gang budak naughty...hehehe

masing-masing dah ada family sendiri tapi perangai masih tak berubah jugak

still the same. I really miss our time together.

We did almost everything together...ingat lagi tak pergi makan burger kat parking lot dulu...hehehe....masing2 tak boleh puasa apalagi beli McD, makan dalam kereta dalam parking lot....hahaha

Malam tadi memang tak kering gusilah. Gelak tak ingat dunia punyalah.

Kalau kami duduk berempat memang macam ni lah. Ada jer benda yang nak digelakkan

the two naughty ones. which still suka kacau orang sampai sekarang.

if we join force habislah mesti orang tak senang duduk kena buli dengan kami

my face was super oily yesterday. Ialah satu hari tak balik rumah.

Dari ofis terus jumpa derang ni sampai pukul 10 lebih

the couple that still looks the same as they were in our college time
must tell us the secretlah especially encik baju pink itu....hehehe

yup....pink it is. the skin for my new gadget =)

Missing my youth...hahahaha....tetiba jer.
Teringat zaman suka ngacau orang dulu
Sapa-sapa yang kena kacau tu, sempena bulan ramadhan ni maafkanlah kami =)

Jangan lihat kalau iman anda tak kuat











sorry guys, that's my dinner last nite
Dari The Apartment boleh beralih ke Tony Romas =)
Jangan puasa yang yok ya..hehehehe

bulan puasa kena banyak bersabar =)

Friday, August 21, 2009

Saya leka


mintak mahaplah ya, hari ni saya terleka sampai lupa pasal blog.
Semua pasal ini....

I got my iPhone today....I'm still trying to fiddle with it

Maafkan saya ya tapi kan....

saya dan family ingin mengucapkan
Selamat menyambut Ramadhan
semoga kita semua dirahmati
Azam tahun ni nak solat terawih banyak-banyak =)

Thursday, August 20, 2009

Penuh dengan gambar dia saja

Balik rumah tengok my camera bag dekat depan.
Mesti ada yang dah jadi model hari ni.
Memang sah......
my camera penuh dengan gambar dia saja



ehh...nak tunjuk muka comel konon







Bapak kucing sibuk ambik gambar anak baru dia hari ni =)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin