Monday, November 17, 2008

First time kena tag

Ehh...ehhh...first time I kena tag you. Kalau tak diberitahu oleh Mimielola kat shoutbox tu tak tau pun I kena tag. So memandangkan ini first time saya kena tag...I'll try my bestlah ya.Ni tag workstation tau...so korang janganlah pulak sakit mata ya melihatkan worksation saya yang bersepah ni.

Ni actually kat belakang kerusi, tempat untuk menghumbankan segala file dan kertas2 yang malas nak difilekan lagi. Atas tu ada kabinet lagi sebenarnya so tak payahlah nak jengok dalam tu sebab semuanya disumbat-sumbat jer. Gambar kat bawah ni pun sebahagian jer sebab I segan you, atas cabinet tu bersepah-sepah.Bunga telur tu collegue yang bagi, siap ada pearls and butterfly lagi tu...tak nampak ehh...tak per ler.




Radio tu asset penting atas meja I, radio yang sentiasa dipasang radio ERA. Bukannya apa station lain tak dapat ler. Roti tu baru beli tadi kat Pavilion sebab petang kang malas nak singgah kedai mana-mana. Buruk tulkan telepon I tu, mintak tukar dengan Admin tak dikasi2nya...tak per ler asalkan den boleh mengecall serata dunia dengan talipon itu ya (unlike other depts....talipon tu dah pernah call US, India dll ler...Kuching tu ada gak kalau nak menggosip dengan my ex-roomie...jahat sungguh ku)

Sepah sikit. Mesti ada balang air masak. Sehari ada kot 2 kali balang itu direfill sebab kat rumah tak reti nak minum air masak. Minyak wangi tu dah habis sebenarnya tapi sayang nak buang botol dia.


Nak gak tunjuk bawah meja. Tu kasut spare kat office. Kasut flat ajerkan...sebab kaki sakit. Selipar pi surau tu sebab selipar surau selalu kena curi. Kotak tu tempat rest kaki bawah meja..hehe

Inilah keadaan meja saya yang bersepah2. Dinding pun bertampal dengan schedule roadshow kami. Disebabkan itulah I tak dapat cuti minggu ni.

Selesai sudah....so hmmm...nak tag sapa ehhh. Sapa-sapa yang tak pernah lagi buat tag tempat kerja ni sila-silalah buat ya sebab saya tak tau nak tag sapa :)

2 comments:

Nad Eusoff said...

wah...gigih akak sayer nih...
pasnih bley la main tag2 hihi
takpe jgn riso, sy jarang mengetag orang
muahahah

Pink Mama said...

Nad: first time...hehehe...tu yang terlebey gigih sikit :P

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin