Sunday, November 30, 2008

MAC lipstick to let go

I've got two MAC lipstick to let go. Please check my sales blog for details.



Mac & cheese + spaghetti nite



So what does the tired (read: lazy) mama ccok for her family tonight after a tiring day?

macaroni and cheese + spicy tuna




spaghetti

Licinnnnn........

Saturday, November 29, 2008

First blog award ever

Wahhh...first time I dapat award u. Terima kasih ya Wanie sebab bagi award ni. So saya terimalah award ini dengan berbesar hati (cewahhh...ngalahkan Grammy award u ucapan tu). Tengok tengah2 malam pun gigih pi mengollect (collect ler) award :)



Tapi ada syaratlah pulak ya...syarat2nya adalah.....

1. Sape yang dapat award ni leh letak kat blog memasing
2. Link semula kepada orang yang bagi award ni kat korang
3. Bagi award ni kat 7 orang bertuah
4. Tinggalkan ia mesej pemberitahuan yang korang dah bagi award kt orang tu

So saya pilih :

1. Adikku Nad

2. Ms Lola

3. Mrs. Taz

4. Lady Verde

5. Malaysian Super Mummy

6. Cik Chelsea

7. This amazing mom...Mak Andeh

I'm gonna paste my award now :)

Aktiviti-aktiviti yang memenatkan semalam

Inilah aktiviti-aktiviti yang memenatkan semalam sehingga menyebabkan saya tak boleh tido malam sebab terlampau penat dan menyebabkan kaki part peha tu cramp masa saya sedang tido. Sakit yang teramat dan sehingga sekarang masih sakit lagi.

Semalam kan I kata kawan i sibuk membeli-belah dalam perjalan balik dari klinikkan. Kami telah berjaya menangkap lagi tudung ikin itu serta blouse sorang sepasang. Tapi semalam ada tudung fashion baru pulak, tudung fashion Siti Nurhaliza pulak. Sila rujuk gambar dibawah ya. Tu ini 3 set sekali, tudung dalam, tudung luar sekali dengan matching sarung lengan. Berap RM...sorri Akak tak ingat uolls. Ada bermacam-macam kaler.





Petang tu kan I pergi Giant Mall baru tu kan, I suka. Sebab ada secret recipe serta starbuck kat situ...sebelah menyebelah lagi. Tempat lepakku bersama rakan2 gossip :)...the gossip girls...koser...hehehe



Tapi Giant mempunyai danger zone....tu kat bawah tu zone merbahaya tu. Duit saya terbang hampir RM10 semalam sementara Ayah budak2 ni pergi solat. Si kecik dah melompat2 kesukaan melihatkan tempat ni. Habis ler....




she's checking out the place....red alert





We love the view from the upper floor of Giant, boleh nampak area rumah kami :)


My mom earlier had told me enthusiasticly that her friend bought for the maid bra's for 99 sen. Oklah, mak pun pi ler mengecheck. Yup...99 sen it is.


Tetapi yang paling menggembirakan hati saya ialah......TARAAAAAAA.......erkkk...apasal lak ada gambo tukang sapu ni...



There's Wendy's in there and I don't have to go so far to Sri Hartamas :)

FYI, I'm now wathching the Nannies Diaries in my room now. Yup...got a card replacement for rM70




Tata...I'm going off to another birthday party petang ni...lepas habis tengok Nannies Diary ler :)

Friday, November 28, 2008

Like searching a needle in haystack

Ni baru betul entry tension. Tittle plak in English tapi entry in Malay....boleh?. Tak kisahlahkan, asalkan I dapat meluahkan perasaan. Bukannya apa hari ni hari yang sungguh memenatkan. Dah lah tengahari tadi pi jumpa doktor sebab sinus teruk malam semalam sampai menangkap kepala semua, tak larat nak bangun. Doktor yang biasa I jumpa plak tu cuti. Dah terpaksa jumpalah doktor replacement tu. Ceramah panjanglah pulak doktor ni pasal kena exercise ler dalam office. Office sejuk so kena banyak bergerak so badan panas sebab dia kata muka I pucat, kaki tangan semua sejuk. Memang ler dah orang tak sihat. Pastu my blood pressure pun low. I dok ler melayan doktor tu berleter, ku rasa macam mak-mak lak doktor tu. Oklah gak sebab dia bagi I half day MC.


Pastu dari klinik tu nak jalan balik ke office, sikit punya jauh dengan panasnya. Pastu member sibuk nak menyinggah sana sini beli barang. Mak dah pening dah ni, silap2 kang pitam lak. Member dok sibuk nak menyopping.....tensi mak tau. Rasa macam nak ku tinggalkan jer dia kat situ.


Hubby pulak bertuah hari ni pi parking kat Kg Baru sebab dia pergi gym kat KLCC tu, pastu pi sembahyang Jumaat kat masjid KLCC tu. Alamak dari office kena jalan pergi KLCC pulak. Letih berjalan dari klinik pun tak habis lagi ni nak kena berjalan pergi KLCC pulak. Ohh..pengsanlah macam ni.Pastu nak kena naik LRT pi Kg. Baru plak. Nak tanya kenapa ehh...dalam train tu yang ramai duduk jantan2 perkasa, pastu buat2 tido plak tak nak bagi kaum2 hawa ni duduk.


Dah sampai KLCC, singgah Guardian nak beli shampoo (ya saya tak beli lagi shampoo dan rambut saya masih berbau manly). Nak bayar tu queue punyalah panjang pulak. Last2 sebab tension, half way beratur decided to ditch the queue. Beli kat tempat lain lagi bagus...letih nak beratur lama-lama ni tau.


Tapi yang paling tension, sim kad Astro hilang kat Giant yang baru bukak kat rumah I ni. Petang tadi lepas ambik budak2 ni dari rumah nenek diaorang saja jerlah pergi Giant yang baru bukak tu. Si Abang ni pun satu hal. Tiap2 hari nak bawak sim card Astro tu pergi rumah nenek dia walaupun kat rumah nenek dah ada DUA astro. Dok bergaduh hari2 dengan Atok diaorang bab nak tengok TV ni. So balik tadi , Abang kata dia dah masukkan sim card tu dalam my handbag kat handphone punya slot tu. Agaknya tercicirlah masa I keluarkan handphone tu atau masa keluarkan my wristlet tu.

Sedar hilang simcard tu lepas balik hantar Abang pi Kumon sebab budak dua beradik ni nak tengok cartoon. Ayah diaorang ni suh cari kat Giant balik. Tensionnya haku....mana taknya I penat bebenau. Dah satu hal kena pergi Giant yang jam dan sesak dengan orang nak mencari simcard yang sekeping tu. Hallloooo....jangan harap ler nak jumpa. Like I say, it's like a needle in a haystack ler.

So sekarang I tensi sebab simcard Astro dalam bilik saya telah di'curi' oleh mereka. Sebab mereka nak tengok TV kat hall depan. Tensiii....tak leh nak tengok Astro dan terpaksa tengok TV3 jer ni. Sabar jerlah.

Happy dalam tensi




I look like Kenny...alah Kenny South Park tu. Kalau tak tau jugak google aje ler :) Dah 2 hari dah bila petang jer mulalah I start to sneeze, runny nose, sakit kepala ...all in onelah sebab the office aircond is too cold.
Alang-alang nak mengambil Christmas spirit pun janganlah sejuk sangat. Ramai orang sakit tau sebab kat dalam building too cold, keluar building too hot. Cuba bayangkan tu, kalau pi klinik pun sure ramai orang sekarang.
Last nite I tak boleh nak bangun langsung sebab sinus flare up so sakit kepala semua. Ayah kena layan anak2 dia makan. Tapi Pakcik itu telah memaksa anak2nya memakan roti canai + kuah kari ayam saja. Sian anak2 saya.
Saya happy hari ni sebab boss tak ada pi wedding kawan dia 2 days 3 nite kat Pangkor Laut. So hari ni semua tikus jadi kucing....hehehe.
So this cat today, is gonna merayau ler hari ni ...yippeee

Thursday, November 27, 2008

I'm a private performer

Lepas baca blog Ms Lola, I pun tergoda gak nak buat test tu. Nak tau my blogging personality. Okya ler kot results dia lebih kurang ler betul tu.

Kalau sesapa nak try klik kat bawah sekali tu ya.



Your Blogging Type Is the Private Performer



Your blog is your stage - with your visitors your adoring fans.

At least, that's how you write with your witty one liners.

And while you like attention, you value your privacy.

You're likely to have an anonymous blog - or turn off comments.



Wednesday, November 26, 2008

Welcome home, baby girl

Dear Baby Girl,

Hello Cutie. I am your Mama Long






After a long 104 days, now only I get see how you look like. I agree with Abang that you are so comel but a bit tiny for me to hold. I know that you are born 700g prematurely at 6 1/2 mths and you are now only 2.02kg. I'll try and hold you today as I didn't get to hold you yesterday because your nenek has conquered you.

I'm sure that your parents are so happy that you are now safe and sound at home with them. Minum susu banyak2 ya so that you'll have more flesh and cubby.

Welcome home, Baby Girl.

Masculine hair smell

Yup, currently my hair smell manly. Wanna know why?. Because as I water my hair and reached for my shampoo (I've got two bottle of shampoo in my bathroom) it's empty and the other one is filled with water. Nak tau kerja sapa...kerja dua beradik perempuan itu. They love to bath in my bathroom because there's like so many stuff that they can play with.
So, I thought that why not just use Ayah's shampoo. I've never used a man shampoo before and I will never again used man shampoo. Busuklah bau shampoo lelaki. Too manly smell for me. I need flowery smell not some sandalwood scent. It may smell good on a man but not me.


Pening...mak nak kena pi pharmacy sekarang gak cari shampoo lain sebab kepeningan bau shampoo lelaki ini. Rasa macam nak muntah pun ada ni.

Browbar


As I was browsing through the newspaper today. I saw this ad. So I'm going there this afternoon. FYI for the rest of the ppl in the dept. , page Starmetro no 5 is with me and I aint gonna give it back to you.

Tuesday, November 25, 2008

Kelas komputer Adik

Ni Adik buat illustration guna paint application kat laptop Ayah dia. Tak yah guna mouse pun macam Mama dia. Bila tanya, Adik dah besar nak jadi apa. Di jawap nak jadi artis....jadi grafik artis ler anak aku ni nanti. Cik Kak ni memang suka melukis. Adik, Mama hantar Adik pi sekolah....Adik belajar melukis jer ya dalam kelas komputer tu.



Ayah dia blur , " Ni gambar apa ni?"

Gambar orang pakai songkoklah Ayah. aiyohhh....

Monday, November 24, 2008

Eyeliner nak habis


Disebabkan mata saya yang kecik (read: sepet ler) so I rely on eyeliner untuk memberi ilusi mata besar ler kekonon. Tapi my CD waterproof eyeliner dah tinggal sikit (dah pendek ler), so it's time for me to buy a new one.

See dah kronik betul dah my eyeliner tu. Itu pun nasib baiklah ada smudger kat belakang tu so dia masih boleh dipegang. Tapi tadi tengahari I saja2 pi Stila punya counter kat Pavilion tu nak tengok Stila Kajal eyeliner tu sehitam CD punya eyelinerkah. Tapi SA kat situ dah ushakan Stila smudge pot dia kat I. Wah siap try pakai lagi. I like sebab memang pekat hitam dia. Nampak besar mata I lepas tu. Masalahnya smudge pot tu kena apply pakai brushlah pulak. I ni bab ni faillah sikit sebab tangan tak steady sangat. Tapi I suka sangat dengan smudge pot ni sampai I balik kerja it's still maintain jer.






Should I stick to my CD waterproof eyeliner or should I get the Stila smudge pot. Mak dalam dilemma ni...tolong....





I'm stronger

see I'm stronger than him



Stylist untuk dua gambar kat atas tu Ayah diaorang ya. Ayah yang ngajar anak2 dia bergambar macam tu.

Gambar kat bawah ni plak kat Toy r Us sebenarnya untuk cari hadiah besday Abang tapi budak kecik tu yang terlebih plak. Dah jumpa kereta tu apa lagi...kesana kemari ler minah tu memandu.



tepi-tepi Adik nak drift ni


Gambar yang kat atas ni sebenarnya I nak tanya, ok tak muka I pakai tudung macam ni ...ker nampak bulat?

Sunday, November 23, 2008

Birthday celebration all day long

Tahun ni actually we did not do any birthday party for Abang. Instead we decide to celebrate as a family. So pagi-pagi lagi we decide to go to Sunway Pyramid. Saja jer nak tunjuk kat Adik ice-skating ring kat situ. Wah, actually dah bertahun-tahun dah tak pergi Sunway Pyramid, iyalah kat kami punya port either One Utama or The Curve. Dah berubah banyak ya Sunway Pyramid ni. Mak impress, lepas2 ni kalau Ayah rajin drive boleh ler ke sini pulak. Yang paling I impress parking dia, senang nak cari parkingkan sebab ada indicator lampu kat atas tu. Kalau hijau maknanya that spot kosong, so tak payah nak susah-susah pusing cari parking. Furthermore, ada sign bagitau parking lot tu penuh atau tidak. Mak suker :) (One Utama...buatlah macam ni kan senang)




Lawa sungguh new look SP ni (kalau dah lama kat uolls..kat I baru ler sebab dah bertahun tk sampai sini)

Walaupun sebenarnya besday Abang tapi Cik kak kecik tu yang terlebih excited dan mengalahkan besday dia. Bila si cik kak ni dah nampak ice skating ring tu apa lagi dia dah menggelupurkan kesukaan. This small cik kak memang suka aktiviti2 macam ni. Oh ya...dia dah boleh naik basikal roda dua, Ayah dia dah tanggalkan the trainers tyre (alah tayar yang xtra dua lagi yang kecik tu). Budak ni if she put anything into her mind, mmg boleh buat punya sebab determination dia tinggi. Selagi dia tak dapat conquer something tu, dia akan buat sampai dapat so jangan harap ler dapat balik selagi dia tak dapat. Like the last time we brought her to the ice rollerblating kat The Curve tu, we end up kena pergi 3 hari berturut2 sebab cik kak ni nak main jugak.


Tapi Abang dengan Kakak tak nak main ice skating ni. Mama punya kaki dah ler baru nak recover so takkan ler nak main benda tu plak. Kang ada yang kaki disimen plak kang. Ayah pulak malas nak pi layan si kecik ni. So dia tak dapat main. Apalagi nangis ler minah kecik ni, merajuk sakan. Tukang pujuk Ayah dia ler.





Tu gambo dia menangis

Tapikan sebest-best mall orang, mall sendiri jugak yang dikenang (pepatah baru ni). Budak-budak ni sibuk nak pergi One Utama jugak nak main bowling. Disebabkan hari ni besday Abangkan so ikut jer ler. It's his day. Lepas main bowling ingat nak tengok wayang tapi perut laparkan so pi isi perut dulu.








Ingatkan malaslah nak buat birthday celebration apa-apa. Tapi nenek and aunty dia dah call tanya ada buat party tak. We decide to buy a cake and potong kat rumah nenek ajerlah. Sekali Atuk telah berbaik hati nak belanja KFC...so ok jerlah. Tahun ni Mama dia malas nak masak sebab ntah letih semacam...agaknya nak PMS.





So celebrate dengan close family jer tapi balance kek tu ada separuh lagi. Bawak balik rumah sebab B'day Boy nak ajak kawan-kawan dia makan. So malam adalah dekat 7 boys datang makan cake. Sorri ler Aunty penat sangat so korang makan cake dengan minum air jer ler ya.






So my boy is 11 yesterday :)

Saturday, November 22, 2008

Happy Birthday Baby Boy

gambar blur sebab scanner buat prengai tak leh scan so kena reshoot guna kamera

One Friday afternoon, as usual I tinggal seorang-seorang kat rumah. My due date was another three weeks. So macam biasa sebab kebosanan I would do the house chores sebab duduk dalam rumah pun sejukkan, I vacum carpet, lap sana lap sini but that day I decided to scrub the tub sebab tub tu nampak macam dah kotor sangat.

As I was scrubbing the tub, tetiba rasa ada macam air mengalir kat kaki. Oh my, it was my first pregnancy. Panik makcik sekejap sebab tak expectkan, due date lagi tiga minggu. I call my husband punya tempat kerja dia tak ada pulak, pergi sembahyang jumaat tak balik lagi. I dah panik mak enon dah. Mana taknya, I wasn't in Malaysia. I was faraway from my mom, my dad. I was thousand miles away from them, I was in USA in my final semester. My mom was actually to arrive two weeks before my due date. Nasib baik ler ada kawan-kawan seperjuangan (cewahhh...), so call kawan-kawan yang ada mintak tolong diaorang cause my husband was MIA. Kebetulan best friend husband I duduk dekat dengan apt kami. So dialah yang hantar I pi hospital. Air ketuban basah kat back seat kereta dia.

So this boy was born 3 weeks ahead from his due date during a winter morning, pukul 1.03minit pagi on a Saturday. Thanks to epidural, I don't feel pain although I was in labor for 13 hours, (after a certain stage I ask for epidural sebab tak tahan sakit and lapar dan penat yang teramat. I tak makan since morning sebab sibuk mengemas rumah, not even a drop of water).

We brought him home during a snowy afternoon. That was his first taste of snow. Two weeks after he was born I had to take my final semesters papers. I estimate lepas I habis exam semua baru beranak. Sekali kena ambik exam dalam pantang daa....kenangan tul.

Anyway, I just want to tell you Abang that Mama love you very much.

Happy 11th Birthday, Baby Boy.


P/s: more stories & pics of what we did on his birthday today, tomorrow :)

Friday, November 21, 2008

Birthday coming up


Tomorrow is someone's birthday. Who's?. Wait till tomorrow and I'll tell you. (the number on that cake tak relevant langsung :P)

Dapat jugak menangkap sehelai

Fridaykan hari ni so seperti biasa hari Jumaat adalah hari aktiviti bershoppingan ya. Walaupun matahari tegak atas kepala, kami masih gigih jugak dengan penuh semangat nak pergi tengok tudung Ikin kat belakang bangunan MAS tu hari ni.

Macam-macam fashion tudung ada tapi memandangkan kami lebih berminat dengan tudung Ikin so tudung itulah yang dicari. Tengoklah ya gambar my friends yang menjadi model bidan terjun untuk hari ni.


Tiga gambar pertama kat bawah ni, actually kami pi gerai tudung A. Tapi I tak berapa berkenan sangatlah sebab nampak macam tak kemas sangat. Ni gambar my friends trying on a few tudung at the gerai tapi tak berkenanlah.










Gambar yang selebihnya kat kedai B ni rasanya much better ler. Ada macam-macam pattern awningnya. Semua kain thai silk. Harga RM35. Harga tak negotiable kata tuan punya gerai sebab dia kata harga kain thai silk tu mahal.


merah pun lawa,kan




model ni memang suka bergaya ya :P



I tried 2 kaler, tu gambar kat bawah tu. Kaler maroon dengan silver. Masa kat gerai tu, macam tak berapa berkenan sangat yang silver tu tapi lepas tengok gambar ni balik, macam alamak menyesal pulak tak beli warna silver tu. Gerai ni pun, tudung Ikin RM35 (actuallykan tuan punya gerai ni kena bagi I diskaun tau sebab masa I try tudung tu banyak orang tanya kat I how much tudung tu...I dah jadi macam promoter plak kat situ :P )







lawalah plak silver ni




So selain dari tudung Ikin warna maroon ni, I also purchase tudung Syria (betul ker...alah yang main saut jer tu). Tudung Syria tu RM18. Tudung Syria tu untuk pakai weekend bila time malas-malas nak gosok tudung :P




Itulah review tudung buat hari ni. Tudung-tudung munawwarah saya yang mahal-mahal tu semua sekarang bergantungan dalam almari. Kalau dihitung-hitung jumlah tudung munawwarah ku itu boleh 2 bijik wristlet coach rasanya. Nak bagi orang sayang. Itu jer ler...itulah sebab den malas dah nak beli tudung mahal-mahal benar sebab nanti gantung dalam lemari jer.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin