Wednesday, February 3, 2016

Borak lepas rindu


Sorry lama tak bersiaran. Tangan tak properly heal lagi so tak boleh nak over work kalau tak nanti malam sure sakit dan sengal/bisa-bisa. Most probably will take about 4-6 weeks to properly heal.

Kita cerita pendek-pendek jerlah ya.

Kisah 1 


Mata tu fokus kat bag tu. Model kat atas tu tolong menggayakan saja.
Seksanya nak dapatkan bag tu. Masa hari launching tu, website asyiklah hang pastu tak boleh nak check out. Stress hakak! Beli bag LV lagi senang.
Nasib baiklah ada jugak rezeki sebab lepas tu semua color sold out!

******************************
Kisah 2




CNY deco di Ikano Power Center. Kalau feeling-feeling nak bergambar macam dalam taman bunga tapi tak nak berpanas......bolehlah posing kat sini.

Kami pergi beli handphone baru untuk Abang.
Handphone sekarang ni bila call bunyi macam masuk air jer gemanya. So ayah dia bermurah hati belikan handphone baru. 
Hujung minggu ni baru Abang dapat pegang handphone barunya, Insyaallah bila dia balik untuk cuti Raya Cina. 
Akak nak suh dia sental satu rumah sempena membelikan handphone baru ni tapi ayahnya kata tak payah ler ....sebab nanti dia ingat everytime kita belikan dia barang tak ikhlas. Gitu pulak......there goes my free cleaning service =P

*****************************

Kisah 3

Al-kisahnya weekend lepas Ayah nak belikan anak bungsu kesayangannya seluar jeans.
So he happily ambik jeans tu dan suruh anak kesayangan try. Tapi lepas try anak kesayangan cakap dia tak nak sebab dia tak suka loose jeans. Dia nak jeans yang fitting. 
Ayah dah upset sebab anak kesayangan menolak offer dia. I senyap jerlah....malas nak masuk campur. Dah sampai parking Ayah cakap dia nak belikan jugak baby dia seluar jeans tu jugak.....kalau dia nak pakai atau tidak up to her. 

So naiklah balik dua beranak tu, while I ngan Kakak tunggu dalam kereta. Koser mak nak naik lagi.....biag pi lah kat depa. Lama wehh kami tunggu dalam kereta tu.
So selamatlah jeans dibeli. Tapi kemudian-kemudian baru I dapat tahu rupanya Ayah beli 2 jeans untuk anak kesayangan dia. Satu yang loose (ikut piawaian si bapak) and another one yang fitting ikut selera si anak. Lantaklah kome ....dua-dua Capricorn Tahun Kuda yang keras kepala. Nak buek macamana.....anak dah fasa teenager, ada fashion preference sendiri. Kalau ikut Akak...ko tak nak lagi Mama suka...sep(save) duit Mama hahahaha....




ni Ahad lepas sesambil tunggu Adik habis kelas gitar kami tengok orang beradu fitness.
Akak tengok pun dah semput.......tu belum suh Akak buat lagi tu.
Betul punya fit depa ni.....salute!

Wednesday, January 27, 2016

Lobster platter Manhattan Fish Market

Selalu lalu depan Manhattan Fish Market mesti jeling manja kat display lobster kat depan kedai tu.

Hai - lah lobster gorgeousnya kau...

Bila Neelofar post gambar dia makan lobster kat New York nun...iskkk tak leh jadi ni.

Nasib baiklah ayah bebudak ni bermurah hati nak belanja makan hehe.....dia tau Mama nak makan lobster. Alhamdulillah.

Kami makan bertiga jer haritu sebab Adik ada hal kat sekolah...kena cat dinding sekolak katanya. Abang pulak jual mahal tak nak ikut. Nak main computer game kat rumah.


hensemnya....


Kakak pilih spaghetti bolognese



kami berdua kongsi lobster platter
dalam platter tu ada sekor lobster, ikan dowri, mussle dan sotong also fries dan nasi



Bismillah.


air apa ntah dah lupa tapi masamlah.
Mula-mula rasa msam tapi pairkan sekali dengan platter tu....sedap pulak



mari dari Canada rupanya lobster ni


gunting ni disediakan untuk kemudahan memotong dan mengepit lobster.

Jumlah bil tak tahu sebab ayah budak-budak yang bayar dan Akak tak tengok pulak bil tu.

Nak makan lobster lagi kena tunggu  musimlah nampaknya.

Tuesday, January 26, 2016

One Utama Chinese New Year deco

Gambar-gambar ni sebenarnya dah upload sebelum operation tangan.
Taken at One Utama new wing concourse.

This temporary handicap lady can only type so much.....so enjoy the pictures.





















Sunday, January 24, 2016

Birthday anak buah bungsu

Tangan Akak masih lagi berbalut ni . So short up date jerlah ya yang mampu. Ni pun taip dari handphone.

Semalam birthday party anak buah Akak yang bungsu. Jomlah kita tengok gambar .

Rindu nak berblogging : )

Monday, January 18, 2016

Short Hiatus

Adik2 sekelian Akak akan menyepi seketika sebab Akak baru operate tangan kiri. So tak boleh nak menaip. Ini pun taip kat handphone guna sebelah tangan.

See you soon.

Thursday, January 14, 2016

Buat cermin mata

Lunch time tadi kami lunch di IPC, The Curve.
Tujuannya kami ke sana hari ini (skema giler ayat) sebab nak buatkan spectacles baru untuk Kakak dan Adik. Budak berdua ni memang kaki menghilangkan specs.....geram Akak tau!
Korang ingat specs korang tu RM20 ke?????


sebelum tu kita pergi makan dulu.
Asam laksa Uncle Lim ni memang sedap.
Mereka guna spaghetti pengganti mee kuning pastu ikan tongkol seketul-seketul dalam tu.

Sementara bertiga tu habis makan (Ayah, Adik dan Kakak), Akak naik ke Ground Floor kejap. Ada jualan branded handbags kat atas tu. Tadi Akak tengok ada brand Prada, Coach, Michael Kors....brand lain tu tak perasan pulak. Nasib baik sedor diri bulan ni dah terguna duit banyak so kita tahan napasnafsu jerlah. Kalau sesapa yang nak tengok tu, they'll be there till Sunday.



tangkap gambar jauh-jauh jer takut amoi-amoi salesgirl tu marah. 
Udah ler derang acuh tak acuh jer layan kita...yelah kita tak ada duit nak beli designer handbags hahaha.....bagus gak kau tak layan tak adalah nak membeli =P

Lepas makan, kita naik ke Focus Point buat cermin mata budak-budak.
Kena buat cermin mata baru sebab power dah berubah. 


Nooooo......ada Mama kisah! Budak bertuah yang hilangkan cermin mata. Baru tahu seksa tak ada cermin mata kan.


dua-dua pilih spectacles RM265 frame sekali dengan lense
Kalau hilang jugaklah specs.....Mama lekat kat hidung korang!


nak check mata pun Mama kena teman. 


budak ni pulak sebelah mata silau lagi sebelah rabun.
Optician dah cakap kena pakai specs hari-hari kalau tak nanti mata lagi teruk.
Ini tidak bila rasa nak pakai baru pakai haishhhhh!!!



Mama pun beli reading specs murah baru hehehe.....RM80 jer.


tak adalah pulak yang frame lagi besar....bolehlah nak buat basahan jer


salesman kedai spec tu suggest ambik yang ni sebab dia kata yang ni girl punya ada bling-bling....
suka hati ko lah dik....asalkan murah!



Wednesday, January 13, 2016

The Curve CNY show


Time Akak beli seluar jeans tu kebetulan kat tengah-tengah The Curve tu ada pertunjukan.
So kami bertiga beranak pun bersilalah beramai-ramai dengan orang-orang lain kat situ.



Orang cina ...tanglong dan bamboo berpisah tiada


tarian itik (swan) ke apa ntah ni. Si Adik lebih berminat nak tengok custome penari sebab katanya dia nak try lukis



pertunjukan pusing pinggang...hebatlah boleh pusing banyak-banyak pinggan sekaligus



yang tergantung-gantung ni Akak siap kecut-kecut perut tengok




Akak siap tutup mata okay takut dia terjatuh...tapi dia ok jer.
Orang tu professional kot


minah ni lagi hebat boleh pusing hula hoops tu banyak-banyak kat badan.
Akak hantar gambo kat BFF Akak cakap kat dia kalau nak cepat kurus kena buat macam ni....
dia balas balik kata, kalau dia yang buat mau dia terbelit-belit dalam gelung tu hahaha..




Nampak macam senang...ringan jerkan tapi tak tahulah berapa lama dah praktis tu








enjoy the video!!


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin