Monday, June 2, 2014

Berlima kembali


Sejak Jumaat lepas kami dah berlima balik kat rumah. Abang dah balik for semester break tapi seminggu jerlah. Ingatkan dia cuti 2 minggu macam budak  sekolah biasa tapi pendek pulak break kali ni. Cuti raya nanti baru 2 minggu tapi junior dia cuti 2 minggu....tak aci betullah. Tak boleh nak lama bermanjaan dengan anak lelaki tu. 

Abang sekarang dah makin tinggi. Dah dekat sama tinggi dengan ayah dia dah. Nak cium dia mama dia kena jengkit atau dia kena tundukkan kepala.


Adik dah sama tinggi dengan mama. Tak lama lagi Adik pun lagi tinggi daripada Mama.
Abang kata dekat kolej dia ada gym so dia selalulah pergi gym. Swimming pool pun ada tapi dia tak suka nak pergi berendam dalam pool tu sebab air pool sejuk sangat.



Breakfast pagi Sabtu. Percayalah ni sajalah breakfast kat luar lepas tu Mama kena dera dengan budak-budak masak 3 kali sehari sebab  derang asyik lapar jer. Masak lauk tengahari jangan haraplah dapat makan sampai malam sebab licin semua lauk :'(

Seronok tengok derang makan. Siap puji melambung-lambung lagi mama masak sedap.
Mamalah yang tak tahan nak masak banyak-banyak kali. Tiap kali habis masak berpeluh ngalahkan mandi sebab peluh mencurah-curah.



Eh lupa petang semalam kita ada lepak JCo lah makan donut hehehe....

Cuti sekolah ni nasiblah makanan kat rumah kena stock up banyak-banyak. Beli ayam sekor pun 3 hari dah habis. Selalu kalau tinggal berempat kat rumah payah nak habis lauk dalam freezer tu. 



Friday, May 30, 2014

Lain kali tengok harga dulu

Salam Jumaat,

Rasa macam nak berjoget hari ni sebab dah hari Jumaat. Tak sabar nak lepak kat rumah dengan anak-anak. Abang pun dah boleh balik hari ni so berlima baliklah kami kat rumah. 
Maknanya stok makanan kat rumah kena penuhkan sebab budak lelaki tu balik nanti dia akan sentiasa lapar. Adik pulak tak ada chancelah nak main computer Abang selama dua minggu.....hahaha padan muka dia. Kalau tak dia buat bilik Abang dia macam bilik sendiri. Semua harta karun dia dalam bilik Abang. Ni Abang dah balik pandai pulak dia kemas barang-barang dia.

Alkisahnya lunch semalam kami makan kat Vichudda Damansara Utama.
Kami order tomyam seafood untuk 3 orang, kailan ikan masin, ikan kembung masak pedas, nasi 3 pinggan dan 4 air. Sedap hirup tomyam seafood yang masam-masam tu.

Sementara tunggu ayah budak-budak ni bayar, kitaorang tunggu dalam kereta sebab ada kereta double park kereta kami. Sekali lamanyalah pakcik tu pergi membayar. Heran jugak apahallah yang lama sangat sebab tak nampak pun orang lain beratur kat kaunter tu. 
Rupanya dia tak puas hati sebab bil makanan sampai RM69.90. Vichudda ni pun satu bagi bill kosong jer tak tulis detail harga makanan tu, amount jer yang dia tulis kat bawah tu. 
Cubalah tulis tomyam, ikan, kailan  tu berapa ringgit so tak adalah orang nak pertikai.
Tapi dah makan bayar jerlah kan.


sedap memang sedap tapi harga lagi sedap membayar


Adik gelapnya....itulah bahana bersukan banyak sangat. Terus gelap kulit. Nak kena belikan dia fair and lovely kot baru putih. Adik pakai baju sekolah sebab budak-budak darjah enam semua ada kelas tambahan minggu ni sampai Sabtu. Itu pun dia nak ponteng hari ni tapi I tak bagi sebab hari ni kelas tambahan matematik. 

Pada anak-anak yang bercuti tu. Selamat cuti sekolah, duduk rumah jangan nakal-nakal tau. 
Pada ibu-ibu yang cuti masa cuti sekolah ni.....alahai bestnya jeles Akak. 

Wednesday, May 28, 2014

Ghulam Mee






Tak boleh nak cakap betapa sedapnya char kuey teow kat Ghulam Mee.
Ni special punya....udang dia gemuk-gemuk belaka.

Bihun sup daging dia pun punyalah marbelles!


Monday, May 26, 2014

Berjangkit-jangkitlah pulak

Hari Sabtu lepas I ada appoinment dengan doctor Specialist. Almaklumlah masa masuk hospital haritu dua doktor yang attend to me. So kenalah pergi buat follow up check up sebab tak berapa sihat sangat pun badan lagi.

Boleh pulaklah nak masuk entrance pintu hospital tu terserempak dengan my sister and BIl tengah elok tolak stroller anak derang. Rupanya my youngest nephew yang 4 bulan tu demam panas sampai 40c. Mulanya 4 orang adik beradik atas dia yang demam panas dan muntah-muntah. Berjangkit kat dia. Agaknya gene immune system  family kita ni tak kuatlah.

So after I jumpa my specialist (which I have to see him again this Wednesday) pergilah jenguk my sister kat pediactric unit kat atas. Mak aih penuh dengan babies yang tak sihat. Terkejut tengok sebab ramai sangat. My sister kena tunggu 5 orang sebelum sampai turn dia. Dahlah budak kecik tu crancky semacam.....saborlah ya mummy.


budak kecik yang kena admitted. Doktor kata viral fever and ada infection.
Nasiblah mummy dia kena duduk 3 hari kat hospital. Nasib baik jugaklah Tropicana Medical Centre bagi katil mummy and crib untuk baby. Kalau kena duduk tunggu kat kerusi mau pengsan 3 hari.

Get well soon ya baby. Budak kalau baik dari demam cepat jer bounce back to health.
Orang tua macam I ni yang lambat nak recover =,(

Anyway, my baby Adik dah balik malam tadi. Dekat pukul 10.30malam baru sampai kawasan perkarangan sekolah. Sampai-sampai jer terus cranky sebab penat dari game siang pastu duduk lama dalam bas. Hari ni budak tu ponteng sekolah. Itu pun call rumah tadi pukul 11 pagi pun tak bangun lagi penat sangat agaknya.




2 bas sampai malam tadi. Satu bas pelajar lelaki dan satu bas pelajar perempuan. Katanya derang sempat singgah JPO.....patutlah lambat sampai =P

Friday, May 23, 2014

Tinggal bertiga


So petang tadi Adik dah selamat bertolak ke JB. Hari Ahad nanti baru dia balik.....huwaaaaa. Mama miss you already.

Bag dia punyalah berat tak tahulah apa yang dia isi. Seberat2 bag ni pun dia boleh tertinggal baju koko dia. 

So kami tinggal bertiga beranak jerlah minggu ni. Besok nak call Abang tanya minggu ni dia boleh keluar outing atau tidak. Kalau boleh dah plan nak bawak nenek sekali makan kat Restoran Saba.

Anyway, ubat batuk yang doktor bagi tu betul punya strong sampai rasa melayang-layang lepas makan. 

Malam ni I dah perapkan daging steak, acar timun and egg drop soup. Nasi tak ketinggalan. Korang semua makan apa for dinner?

Lupa nak bagitau, rupanya sekarang bill letrik boleh bayar kat kiosk machine jer kat Tenaga Nasional. Tapi kiosk tu bukak sampai 10 malam jer. Lain kali tak payah terkejar-kejar ke Tenaga Nasional sebelum pukul 4 petang. 




Thursday, May 22, 2014

Tenaga 10%


Balik kerja semalam rasa dah menyeret jer badan. Sampai rumah terus cari katil sebab rasa  tenaga tinggal 10% jer lagi. Kat office sempat terlelap kejap sebab tak tahan sangat badan. Aircond office yang sejuk tu lagilah tak membantu, bikin dada sempit lagi adalah.

Dari pukul 6 petang sampai 6 pagi besok baru bangun. Itu pun in between tu paksa diri bangun solat, mandi ala kambing satu dua jirus.

Sorrylah malam tadi anak-anak semua memang tak makan malam sebab mama dah out sangat dengan bisa satu badan.

Pagi ni tadi tak tahan sangat so pergi balik jumpa specialist kat Tropicana. 
Doktor suruh buat blow test. So my test result came back that my breathing is 71% jer which is below normal breathing line which is 80%.

So he gave me another 2 days MC to rest at home and lots of medicine and antibiotics. Plus kali ni siap dapat erochamber untuk guna streroids tu. Dah boleh lawan Adik ni hehehe.

Tomorrow sampai Sunday, kami tinggal rumah bertiga jer sebab Adik nak pergi school tournament kat JB. Alahai sunyilah kami bertiga kat rumah. 

Anyhoo.....I'll be resting at home with my medicines.

Malam ni kami makan lamb chop jerlah. Campak dalam magic pan....taraaaaa siap!



Aerochamber utk orang tua macam saya

Wednesday, May 21, 2014

Sempat berjimba sebelum sakit

Al kisahnya sehari sebelum I jatuh sakit hari tu sempatlah berjimba lite-lite dengan kekawan sebab minah kat Dubai tu balik kejap sebab adik ipornya nak bernikah. 

Masa tu dah ada dah sympthom2 nak sakit. Pinggang masa tu dah rasa sengal-sengal sakit. Tapi atas desakan pujukan derang, I gagahkan juga badan. Ialah bukannya senang nak kumpul semua sekali at one time. Setahun sekali pun kadang-kadang payah.

Port paling senang nak jumpa macam selalu kat The Curve lah, mana lagi. Mulanya nak pergi Empire tapi macam malas. Kalau nak suruh pergi Empire, memang I buli derang ni datang jemput kat rumah. 

Sapa punya idea nak makan kat Secret Recipe Beyond Vege ni. Kalau dah namanya Beyond Vege memang janganlah expect nak makan benda-benda lain selain dari vegetable base food eh. Tapi bedal jugakkan.


hailah kayu hikmat. 
Dari zaman anak dara sembang pasal takut nak beranak sampai sekor-sekor dah beranak pinak. Who would've thought.Dulu kekonon takut nak beranaklah, sekarang semuanya mothers.


cukup korum yayyyy....minah Dubai dah sampai
Awat muka I dah besar macam mangkuk saiznya tu.


much better walaupun still bulat macam pinggan. Budak 3 ekor tu lawa jer....tak aci sungguh.


sembang-sembang....makan-makan. 
Sempatlah tengok waiter/waitress Johnny Rocketts joget-joget tepi tu.

Pastu hujan siap dengan kilat lagi. Kitaorang selamba badak jer duduk kat luar tu.


mee kari Itha. Besar gila bowlnya. Macam boleh makan 2/3 orang. 

Alhamdulillah lunch Cza yang belanja. Murah rezeki Cza.....nanti balik raya nanti belanja lagi tau hahahaha.


dah habis makan lunch, boleh pulak sambung pulak kat Starbuck sambung mengopi dan dessert pulak.

Donut Starbuck tu sedap .....gebu jer. Haishhh tetiba terasa-terasa pulak nak makan donut Starbuck. Sejak dalam recovery nak baik sakit ni, macam-macam yang tekak nak telan tapi percayalah separuh jer tu nanti habis sebab lepas tu tekak tak sedap balik.

Dekat pukul 6 petang baru kitaorang gerak balik. Itu pun kitaorang hantar Itha balik rumah. Siankan mak-mak pun ada curfew....ialah kang anak-anak sibuk cari. Si Reen hantar I balik rumah maghrib macam tu.

Agaknya sebab badan dah tak sedap pastu maghrib-maghrib baru balik rumah memang next day tu terus tak boleh bangun. Serba salah jadinya. Nak diri sakit, baring sakit, duduk pun sakit. Minum air kosong pun boleh muntah berkali-kali. Temperature naik tinggi malam tu. 

Nak buat macam macamana nak sakitkan. Kita redha jerlah. Itu pun the 3 makciks dah bising-bising suruh beli vitamin suruh makan. Al-maklumlah badan umur-umur macam ni tak cukup nutrient. Senang nak hinggap sakit. 

Dah tua ni recovery mode lama sikit sebab metabolism dah rendahkan pastu kurang exercise. 


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin