Thursday, February 25, 2016

Fatah mana pulak?


Was having a whatsapps conversation with the husband. He's actually at the clinic waiting for his turn for a check up...when this Fatah character pops up......

Fatah mana pulak ni?



Nasib baik salah spell nama lelaki....kalau nama pompuan tadi ada yang balik kena belangkong nanti hahahaha....

sambungan whatsapps atas...


memain pulak dia ya =P


Tuesday, February 23, 2016

Birthday party di DARC

Sabtu lepas kami memenuhi undangan ke birthday party anak my college bestfriend.
Actually Akak lupa birthday yang ke berapa....nasib baik betul birthday yang ke 8. 
Lama dah tak ada anak kecik ni so beli hadiah pun agak-agak jer yang girls suka.

Itu pun actually sampai birthday party dah dekat pukul 6 petang walaupun actually invitation dari pukul 3 sampai 7 petang. Adik hari Sabtu ada kelas gitar ...tu yang lambat.
Tapi yang penting kita sampai jugak walaupun lambat. Better late than never kan.

Lupa nak ambik gambar kat board ada tulis nama birthday girl. Kelam kabut sangat haritu.



Kawan paling baik.....sabar jer ngan perangai Akak dan Zulreen (bespreng Akak yang sorang lagi tu). Akak dan Zulreen suka menyakat orang dulu time kolej....Itha lah tukang menasihat kitaorang hahaha. Memang oppositelah dengan perangai hantu kami berdua hahaha...
Love this woman a lot!


 Budak berdua ni actually more excited to naik horse ride dari makan.
Actually kat DARC ada tempat memanah jugak tapi Akak lupa nak tangkap gambar.

So marilah kita layan anak-anak yang nak naik kuda tu.
For non-members kena bayar RM10 per joyride. Tapi since kawan Akak member di DARC, the kids naik free jerlah.


this girl happy bila dapat naik kuda putih. Dia memang dah aim nak naik kuda putih.


Bye Kakak 



2 kali pusing kalau tak silap



Mama korang penakut so tak payahlah suruh naik kuda ni. 
Akak pernah pergi ranch kat Dallas....actually rumah cerita siri Dallas tu kat Texas, USA.
Giler Akak takut kat kuda-kuda kat situ sebab besar-besar gila. Ayah budak-budak ni sampai sekarang ejek Akak sebab takutkan kuda mata besar. Ialah the horses are hugeeeeeeee.....mata dia jer dah besar tapak tangan Akak kot. Eeee...seram....





tengah kami tengok-tengok stable kuda hujan turun lebat tiba-tiba. Nasib baik budak berdua ni sempat naik kuda. Trauma kejap Akak bila kena keliling dengan kuda-kuda yang besar tu sebab bila hujan semua kuda dibawa masuk ke stable. Rasa macam stuck between big monsters. Malam tu siap tau boleh tidur sebab terbayang-bayang kuda....isykk...








ya Allah banyak betul bekalan kawan Akak tapaukan. 
Besok pagi tu panaskan balik jer bekalan ni semua buat makan pagi.

Terima kasih Itha for the food and door gift ...macam-macam dibaginya anak-anak Akak. Suka budak-budak tu.

Kalau nak bawak anak-anak beriadah naik kuda bolehlah datang DARC ni. Ramai jugak Akak tengok orang datang weekend. Kalau nak further info boleh checkout website ni http://darchorse.com.my/

Saturday, February 20, 2016

Carousell


Akak baru set up account baru untuk barang-barang prelove di apps Carousell. Jemput-jemputlah tengok ya. Item Akak listed under nama 'Pinkgarage'.

Antara barang yg Akak baru upload:
Backpack With Pockets for RM80 https://carousell.com/p/44221731 on #carousell



tak boleh rotatelah pulak gambar 


P/S: lately ni Akak banyak terima request baru di Instagram Akak tapi Akak tak approve sebab tak kenal. So if ada antara you all yg request, tinggalkan komen nanti Insyaallah Akak approvekan ya. Muah :)

Tuesday, February 16, 2016

Office Lions Dance

Acara tahunan yang ditunggu-tunggu warga pejabat. Almaklumlah majoriti berbangsa Cina.
But I actually dreaded it cause I tak tahan nak dengar bunyi gendang yang kuat tu. Sejak dari kecik takut sangat kalau ada tarian singa. Kalau boleh nak pergi menyorok balik tiang.


comellah pulak kepala singa ni.

Acara ni selalunya hari auspiciousnya hari kelapan Chinese New Year pada pukul 11.18 pagi.


Dia datang dah nak buat bising...tutup telingaaaa




alah rendah sangat gantung duit angpow tu....kacang jer kot nak ambik



Lion tengah bless meja kerja orang.
Letaklah buah limau dan angpow. Nanti lion akan kopekkan limau tu.
Mereka percaya ini untuk prosperity tahun ini.

   

ehh...nak jugak enterframe bergambar dengan Lion hehehe...setahun sekali jer.

Monday, February 15, 2016

19 years

Recently Akak ada terbaca viral pasal isteri pemalas.



sumber dari FB & google


Kepada adik diatas. Terima kasih atas nasihat kau dik.

Semalam anniversary perkahwinan Akak yang ke 19.
Rasanya banyak dah makan garam dalam perkahwinan. Bukan selalunya manis jer dik.
Akak mungkin tak perfect macam kau dik Atenn sebab Akak selalu jugak membebel kalau penat buat kerja sorang-sorang especially time anak-anak Akak masih kecik dulu.
Almaklumlah Akak ni bekerja so balik rumah tu macam sambung shift kedua pulak buat kerja rumah. Tipulah kalau tak penat. Kita bukan ada superpower macam Supergirl atau Wonder woman ......kita pun ada rasa letih lesu. Bila dah penat mulalah rasa nak menaga jer.

Tapi Alhamdulillah husband Akak tu kalau nampak Akak penat dia akan basuh semua pinggan mangkuk kat dalam sinki. Bangun pagi tengok dapur masak semua berkilat licin, pinggan mangkuk dah bersih bercuci. 

Kalau Akak malas nak masak, dia tak banyak bunyi sebab dia akan pergi dapur masak apa-apa yang patut untuk dia makan. Bangga Akak dapat suami yang pandai berdikari hehehe.

Kita hidup ni berkongsi so janganlah nak kata semua isteri sajalah yang kena buat. Suami patut diraja-rajakan....(banyak lemak kau....udah ler kita kaum wanita sekarang ni bekerja untuk ringankan beban suami). 

In our housewhole we work as a team.



Not today but yesterday.

It is not always bed of roses to get here. Even roses have thorns.
Perkahwinan ni tak selalu wangi. Tipulah kalau selalu bahagia jer......mesti ada gaduh dan merajuk. 



Happy 19th Anniversary to us.

Thank you Adik for the drawing...muah...


jangan haraplah dapat celebrate berdua. 
Sejak ada budak bertiga ni kemestian celebrate beramai-ramai....cause we are a family...1 unit!

***********

kepada adik Atenn.....Akak ucapkan syabas dan maju jaya. Nanti bila dah beranak pinak semoga kau tetap merajakan suami mu. Jangan disuruh dia buat menolong kau langsung walaupun tak cukup kaki tangan nak melayan anak kecik yang cranky sebab dia Raja kan. 


-Akak...isteri pemalas & ego keh keh keh

Friday, February 12, 2016

Lunch

Akak pergi lunch dengan BFF Akak tadi.
Sekarang ni Akak stress sebab mata Akak ni macam kena gam-gam jer....
Makan stimbot banyak sangat


dahlah tu ambik sorang satu pulak tak nak kongsi.....merasalah hahaha...


kawan sekelas darjah 4


Dah Akak nak pergi tido bawah meja. Selamat berhujung minggu.
Minggu depan back to reality....jalan jam balik macam biasa.



Thursday, February 11, 2016

Aktiviti cuti Raya Cina

Orang lain semua bergasak-gasak keluar KL balik kampung sempena cuti panjang Raya Cina. Memandangkan kampung Akak sekangkang kera jer dari rumah....kalau tak jam 15 minit boleh sampai rumah parents Akak. Kami sekeluarga bercuti-cuti dirumah sajalah.
Kami tobat dah nak keluar KL time cuti panjang ni sebab pernah terkena satu tahun tu kami ingat nak bersantai bercuti-cutian di Cameron Highland. Sekali Cameron Highland jam....berjuta manusia pergi Cameron Highland. Dari nak bercuti jadi stress sebab ngadap jalan raya yang jam. Sejak dari tu duduklah korang kat rumah...jangan cari pasal sebab semua highway mesti jam.

Tapi yang seronoknya duduk KL time cuti panjang ni.....semua jalan kat KL ni lengang. Semalam dan harini Akak pergi kerja, jalan kosong. Kalau tak ngadap jalan jam hari-hari. Kalaulah hari-hari macam ni, 10 minit boleh sampai opis. Minggu depan ngadaplah balik jam. -________-

***************************************
Dentist


Back to our holidays activities. Ada budak lelaki tu big mouth sangat. Akak saja mengusik derang tanya derang semua gosok tak gigi pagi-pagi (dah besar pun kena tanya gigi dah gosok ke belum....hailah anak-anakku). Akak nyakat kata kalau tak gosok gigi Mama hantar pergi dentist bersihkan gigi. Pastu budak lelaki tu kata, 'haa jomlah pergilah Mama'. Eh mak korang ni pantang kena cabar.

Merasalah tiga beradik tu kena hantar scalling gigi. Melayanglah duit ayah derang hahaha....

Kami selalu pergi klinik pergigian Rohaya di Seksyen 6 Kota Damansara. DAh berpindah rupanya klinik dari premis lama tapi premis baru berdekatan saja.
Premis baru atas kedai makan KD Steak House. Kalau di premis lama kena menapak naik tangga agak tinggi tapi kat premis baru dah ada lift (kemajuan disitu bagi orang pemalas naik tangga macam kami ).


gambar Akak pinjam dari google



interior dalam klinik cantik dan modern compare to the old clinic. 

Dan proses scalling pun bermula. Tahu tak sapa yang paling lama doktor kena bersihkan gigi?........Si Abang tu. Nasiblah ayahnya menemankan anak lelaki sebab kena dengar doktor membebel hahaha. Nasib baik Mama teman gegirl dua orang ni. Paling sekejap scalling si Adik sebab gigi dia consider bersih jugaklah.




Tak payah takut sebab doktor pun baik. Pastu doktor siap explain kat Akak kena gigi budak-budak ni berkerak. Siap suggest berus gigi apa nak guna supaya memudahkan derang berus gigi. Paling baik jangan guna berus gigi yang keras.

Moral of the story....gosoklah gigi selalu supaya tak kena bebel dengan doktor gigi hehehe...

Total scalling budak 3 orang ni RM330. Bersihkan gigi Abang yang paling mahal dalam RM150 sebab doktor kena banyak bersihkan. >.<

************************************

Nu Sentral


Sian Akak sebab first time pergi Nu Sentral. Tak ada orang sudi nak bawak.
Isnin lepas pun dapat pergi kejap jer sebab ayah budak-budak ni tak berapa sihat sangat. 
Boleh tahan banyak jugak kedai dalam Nu Sentral tu rupanya.....orang pun ramai maybe sebab bersebelahan dengan KL Sentral.


Akak sebenarnya teringin nak pergi kedai Typo sebab selalu dengar orang beli stationaries best-best kat situ. Tapi bila dah masuk, tak ada pulak yang Akak berkenan. Akak cuma belanja budak tiga beradik tu sorang sebatang pen hahaha. 
Tapi Akak ada terbeli lipstick sebatang kat Sephora, satu tingkat atas dari level kedai Typo.
Kedai faberet Akak tu. 


Akak tak habis explore satu Nu Sentral. Baru masuk 2 kedai ayah budak-budak ni dah tarik muka patblas......lain kali jerlah kita datang lagi.

Tu jerlah lebih kurang aktiviti kami. Nak buek macamana nak jalan-jalan Ayah budak-budak ni pulak tak sihat. 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin