Monday, July 14, 2014

Ramadhan 2014 - Day13 Iftar di Armada Hotel

Jumaat lepas I cuti. Ingatkan nak ambik half day leave jer sebab nak kena ambik Abang di Cyberjaya then ke hotel Armada untuk buka puasa. Tapi ofis polisi barulah pulak tak bagi ambik cuti sekerat2 hari. 

Rupanya ada hikmah cuti full day tu sebab I sakit gigi. Berdenyut-denyut dari malam sebelumnya. Tak tahan punya pasal pagi-pagi Jumaat lagi dah ke dentist. Rupanya ada gigi yang berlubang...tu yang sakit sangat. Settle tampal gigi dapatlah makan dengan gumbira. Udahlah petang tu nak makan besar. Kalau gigi sakit rugilahkan....lagi pun makan free. Ofis ayah budak-budak ni yang sponsor. 

Kami bertolak ke Cyberjaya dalam pukul 4 petang. Jamnya jalan nak ke sana , nasib baiklah dari Cyberjaya ke PJ tak jam. Sempatlah sampai sana dalam pukul 7 macam tu. 


Buka puasa di Utara Coffee House


rate buffet Ramadhan courtesy of the hotel website

I must say that their buffet spread memang kenalah dengan selera kami sekeluarga. 
Sambal udang my favorite ada, masak lemak siput, crab, kari kepala ikan salmon, satay, kambing bakar & variety choices of seafood. Macam-macamlah ada sampai tamak nak ambik semua.

Sushi pun ada, kuih muih macam-macam, buah-buahan, bubur.....macam-macamlah sampai rambang bijik mata nak makan.

Semua sedap-sedaplah.....even teh tarik dia pun sedap.

Tapi ada guest yang tak tahu ada kambing bakar sebab kambing bakar dekat luar dekat dengan entrance hotel. So kalau you decide to go iftar di Armada hotel, don't miss out the kambing and seafood dekat luar tu.



blur picture.....tengok betapa I tamak makanan. 

Meleleh air liur tengok gambar udang tu. Rasa macam nak pergi baliklah untuk buka puasa.
Oh udang and crab....why you so juicy. Tak baik tau goda orang puasa. 


the ambiance were cosy









Alhamdulillah.....licin semuanya. Kalau tak sedap mesti tak licin pinggan....ini testimoni makanan semua sedap-sedap.



Ehhh dia senyum pulak. Senyum sebab dapat free gift earrings lagi daripada Wah Chan. 
Terima kasih Wah Chan dan Hotel Armada.



perut buncit tak ada baby tapi penuh dengan makanan >.<


my three kenyang darlings =)



Wednesday, July 9, 2014

Ramadhan 2014 - Day 9 teksi seram

I dah selamat habis baca novel Kerana Terpaksa Ku Relakan. Selagi tak qatam macam tak puas hati. Dalam kereta bergerak pun sanggup concentrate membaca. Bagus jugak sebab tak ada motion sickness - pening2 kalau membaca.   

Alangkah bagus kalau semangat ni dapata dipraktikkan dalam membaca Al- Quran. 
Lepas berbuka puasa jer mata automatically layu. Astagfrirullahalazim.


Kalau membaca novel ni banyak plot yang tak ada dalam TV. Lagi syok sebab detail penceritaannya. Boleh feeling lebih sikit. 

 Pastu tak adalah story si Wati dengan Yazid tu banyak sangat macam dalam TV....buat menyemak jer. Orang nak tengok scene Abang Zen dan Indah, ni sikit2 pi tunjuk dua ekor malaun tu buat apa. Ini pun dah berapa episod Abang Zen keluar 2/3 minit jer....hampeh.
Hero keluar 2/3 minit apa kehal.......tak feel tau.

Nak cerita ni. Last Monday I balik kerja naik teksi sebab kereta ada merajuk sikit.
Teksi stand yang terdekat dengan my ofis tentulah kat One Utama. 
Sampai-sampai rezeki terus dapat teksi. Tapi seram sikitlah.

I masuk-masuk jer teksi, baru I perasan yang semua lock pintu belakang dah patah. Dah lah pemandu teksi tu automatically lock the door. Dalam hati cuak giler ok. Kalau apa-apa jadi, nak buka macamana sebab sah-sah tak boleh nak tarik lock tu. 

Dalam hati duk berdoa kat Allah supaya peliharalah I. Takut siot.
Dahlah pemandu teksi tetiba nak promote kuih raya bini dia buat pastu siap nak whatsapps kat I. Isykkk....koser I nak bagi no tel I kat orang I tak kenal. So I pretend nanti I check fb page dia. 
Dalam perjalanan tu I buat biasa jer sembang-sembang dengan dia walaupun sebenarnya hati cuak gila. Handphone pun dalam genggaman jer...kalau apa2 buat emergency call jawapnya. Alhamdulillah sampai jugak ke destinasi dengan selamat. 

Bukan nak burukkan orang tapi kita sebagai perempuan kena sentiasa berhati-hati. Selalunya I akan bawak payung kalau naik teksi tapi haritu boleh terlupa pulak. Kalau apa2 senang ku jolok/ ketuk jer. 

Pengajarannya lain kali kalau nak naik teksi, buka pintu teksi tu tengok dulu lock dia ok ke tak. 
Kalau pemandu teksi tu lain macam jer....silalah tunggu teksi lain.



jam tangan free dapat dari mekanik. Rezeki Abanglah berjam baru.

Tuesday, July 8, 2014

Ramadhan 2014 - Day 7 & 8 Ke Gulati's kita


Alhamdulillah minggu ni kami berbuka berlima. Bulan puasa Abang boleh balik weekend. 
Abang kata ramai jugak budak-budak yang tak balik kampung. Almaklumlah kampung jauh di Penang, Kedah tak berbaloi kot balik 2 hari jer. Those yang duduk area KL dan Selangor seronoklah sebab boleh balik berpuasa dan sahur dengan parents.

Gembira hati sebab dapat berbuka berlima. Rindu sangat dengan anak lelaki sorang tu.


Jumaat lepas kami berbuka di rumah my parents . Meriah sungguh sebab budak-budak semua duduk atas lantai berbuka beramai-ramai.....bising!. 

Kuih untuk berbuka my BIL beli di setiawangsa semua sedap-sedap.


agar-agar santan yang my mom buat. Favorite kami sekeluarga. Kalau tanya I resepi haran I tak tahu. Yang pandai buat agar-agar ni only my youngest sister.


Alang-alang Abang balik minggu lepas. Kita kasi settle dulu baju raya dia.

Ayah budak-budak ni kalau bulan puasa malas nak drive jauh-jauh. So jangan haraplah dapat pergi SACC Mall Shah Alam atau Jalan TAR. Kita pusing-pusing area rumah udah.

Mula-mula masuk kedai BAK di The Strands tapi rege tak menepati bajet. Almaklumlah bajet Depan BAK tu Gulati's so marilah kita menjengah Gulati's.

Gulati's ada sale tapi macam tak ramai orang. Baju melayu ada sale sepasang RM138 sekali dengan sampin. Makanya Abang dapat dua pasang baju melayu baju tahun ni. 

Tema warna baju raya tahun ni tak decide lagi......mungkin tema caca marba suka suki.
Lega sangat sebab dah dapat baju melayu Abang so sekarang boleh concentrate baju raya untuk anak dara berdua tu pulak.

Pergi Jusco nak cari baju raya untuk anak dara berdua tu tapi jangan haraplah dapat pakai baju saiz kanak-kanak lagi. Saiz yang untuk umur 13-14 tahun pun si Adik yang tak sampai umur 12 tahun tu pun tak boleh pakai ....senteng dah macam nak pergi sawah. Semua dah tinggi daripada Mama. Tak lama lagi Mamalah yang paling 'comel' kat rumah.


ehh ada budak menyorok pulak



 Abang dah sama tinggi dengan ayah dia.
Kami kat belakang tu tukang gelak sebab sorang besar sorang kecik. 


Friday, July 4, 2014

Ramadhan 2014 - Day 5

Sebelum berbuka tu macam-macam  makanan  nak makan untuk berbuka



tapi lepas azan


segelas air pun dah rasa kenyang

Nanti Akak sambung lagilah ya sebab tengah emo lagi Abang Zen sisihkan Indah. Akak sedih.....amboiii lagi over daripada Indah. 

Siapa Abang Zen ??

Tak tengok TV3lah tu ya....

Abang Zen & Indah 

|
|
|
|
|
|
|
|
|
v|



Thursday, July 3, 2014

Ramadhan 2014 - Day 4 Nasi Arab


Semalam ayah budak-budak ni ada kerja di Cyberjaya.
Cepat saja mentol keluar kat kepala otak


ting......

mentol kat kepala ni kalau bab makanan memang laju jer nyalanya

Apalagi pesan beli nasi Arablah. Dah alang-alang dia kerja dekat dengan area Restoran Saba Cyberjaya. 

Alhamdulillah kami berbuka dengan Kabsah kambing semalam. 
Nasi Arab ni makan sikit pun dah kenyang sebab beras yang panjang-panjang. Daging kambingnya pun empuk jer.


satu pack besar ni RM30. Boleh makan untuk tiga orang.

Malam tadi I determined to cook sambal sardin untuk lauk sahur. 

But.............





tin sardin tak jumpaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!

googled image


Rasa macam hari tu ada beli 2 tin sardin tapi I dah cari high and low everywhere......tak jumpa. Puas punggah semua almari kat dapur tu tapi still tak jumpa. Frust sesangat sampai putus harapan sebab dalam otak dah set nak masak sambal sardin.

End up goreng telur untuk sahur. Tapiiiiii.....

minyak dalam kuali dah panas. Pecahkan telur. Telur tembelanggggg.....arghhhh.
Dugaan apakah ini. 

Ada lagii.....

dah kenyang makan sahur.....baru discover ABC!

googled image

Selamat berpuasa semua.....mak nak gi makan bihun tapau pagi tadi.

Wednesday, July 2, 2014

Ramadhan 2014 - Day 3 Hujan Rahmat

Bersyukur sangat sebab hari ketiga kita berpuasa hujan turun dengan lebat.
Cuaca panas melampau disebabkan fonomena El-Nino mencabar jugak especially untuk anak-anak yang bersekolah. Balik sekolah semua melepek jer layu.

Kita yang bekerja dalam aircond ni tak terasa sangat (tapi menggigil kesejukan pulak sebab aircond ofis ni kekadang fefeeling macam kat ICT....tunggu masa jer aircond ofis nak turun snow)

My sister semalam mengeluh dalam whatsapps sebab tersekat dalam jam. Biasalah kalau hujan kat area KL tu, jam melampau especially bulan puasa. Dulu masa kerja kat HQ, bila bulan puasa jer hati gundah gulana. Mana taknya ....kalau hujan turun jer jalan depan ofis tu CONFIRM jam. Pastu jam bangsa tak bergerak langsung. Kalau dari basement parking tu tersekat hampir sejam pun ada nak naik ke atas. Siap sedialah air dan kurma dalam kereta persediaan buka puasa dalam kereta. Tobatttttt rasanya nak kerja kat golden triangle tu lagi.



dalam hujan pun ayah budak-budak ni sanggup nak mencari kuih faveret dia. Kitaorang pesan jerlah nak makan apa. Harga charkueyteow dah naik seringgit pulak. Tahun lepas sepeket RM4, tahun ni dah jadi RM5. Favorite anak lelaki ni....kalau dia ada mesti hari2 nak kena beli. Apalah agaknya budak tu makan untuk berbuka. Sambil suap charkueyteow teringat kat anak lelaki tu. Rindulah pulak. Tapi minggu ni dia boleh balik....yayyyyy!!

Petang karang nak makan apalah pulak. Ayam panggang?


Tuesday, July 1, 2014

Ramadhan 2014 - Day 2 Tak dengar instruction

well...well...well this is what I had for Iftar yesterday. Nasi beryani ayam pasar ramadhan yang berharga RM7. Not badlah sebab kalau beli kat TTDI mau sampai RM12.
Ayam dia tak besar tapi cukuplah untuk makan sorang. Syukur Alhamdulillah.


Plannya nak balik masak lauk berbuka. Penat pesan kat anak-anak suruh keluarkan ikan dari petias so senang balik terus masak. Tapi biasalah budak-budak ni tak dengar instruction.
 Dah pukul 9 malam baru I dapat masak asam pedas dan ikan bawal sweet sour. Makan untuk sahurlah jawapnya. 

Lagi satu balik semalam jalan jam teruk. Selalu kalau bulan tak puasa elok jer tak berapa teruk  sangat jam. Bapa budak-budak ni pun sama I dah pesan awal-awal yang bulan puasa I balik pukul 5 petang. Tapi biasalah....tak dengar instruction. Nasib baik bulan puasa so bite my tongue. Keyword bulan puasa ni.....sabar. 

Lupa nak cerita. Hari ni my sisters berwassap2 nak raya mana. Gasak dua-dua cik kak tu nak beraya kat rumah mak mertua tahun ni. Patutnya derang rotate sebab ritual my parents hari raya pertama tiap-tiap tahun balik beraya to my father's hometown kat Melaka. Kalau nak tumpang kereta kami memang tak cukuplah sebab tiga beradik tu jer dah penuh seat kat belakang. Dulu bolehlah Atuk dan nenek nak tumpang, sekarang budak-budak dah besar. 
Gasaklah kome adik2....pepandailah korang bagitau papa dan mama. Kitaorang sekeluarga raya kat KL okay jer sebab boleh beraya kat rumah sedara mara ayah budak-budak ni yang ramai kat KL.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin