Wednesday, March 6, 2013

Wordless Wednesday




tak payah nak wordless...wordless sangatlah kot.

Hari I ada yoga class during lunch. 

Tengoklah nanti sapa yang terlipat dan sapa yang jadi lepat.

Tuesday, March 5, 2013

Art class

Gambar minggu lepas.

this is what I usually wear on weekends. T-Shirt, kimono cardigan on top of it and jeans.
(Cardigan kimono tu tolong mengcover mana-mana bahagian yang terjojol keluar. Read : perut hahaha)



Lepas art class minggu lepas.
Minggu lepas tak ada painting tapi craft class.

a closer look of the craft. 
Suka dia bila teacher bagi 4 star untuk her craft. 

Teringat masa I kecik-kecik dulu, kalau nak buat aktiviti-aktiviti macam ni every Saturday selalu pergi library kat Taman Tun. Library kat Taman Tun tu best sebab every week ada jer aktiviti yang dianjurkan untuk kanak-kanak. 

Dah tua-tua ni jer yang malas nak jejak kaki ke library. Even nak pergi shopping mall pun dah malas. Duduk rumah rehat browse internet, download TV series lepas tu tengok berejam-jam lagi best. Duit pun save. 

Orang dah tua memang macam ni =)



- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, March 4, 2013

Panic


This little girl makes us panic bila Cikgu call cakap dia menangis and tak boleh bernafas.

Another episode of her asthmatic attack. 

Pagi tadi dah suruh dia guna inhaler. Rupanya that was the last puff. So bila dia kena asthma attack, her ventolin inhaler dah habis. 

Sampai tak boleh bercakaplah dia punya mengah. Cikgu suruh dia breath in and out of paper bag. I'm not sure if that helps.....kalau panic attack bolehlah.

So we had to rush her to the clinic. Dahlah ayah dia boleh stuck pulak dalam jam. I dah risau gila. Jangan main-main kalau kena asthma attack ni sebab ada my friend yang pass away sebab kena asthma attack masa annual dinner company dia. Ambulan tak sempat datang sebab traffic jam. Memang terkejut sangatlah masa dengar berita tu sebab a few days before that baru jumpa dia sihat walafiat.

Baru tadi Ayah bukak cerita. Rupanya semalam pun dia dah macam semput masa ayah dia suruh ambik barang. Ishhh...hari ni baru nak cerita.

Itu jerlah ubatnya. Kena guna machine inhalerlah dan 2 hari MC. 



Friday, March 1, 2013

Bersyukur dan doa




Bersyukurlah dapat makan ayam tandoori sedap

Buat yang membaca, kita doakanlah konflik di Lahad Datu tu berakhir dengan cara aman. Janganlah ada lagi pertumpahan darah. Sebak melihat anak kecik berusia 4 tahun kehilangan seorang bapa. Seorang isteri kehilangan suaminya.

Lagi satu, jangan semua benda nak dipolitikkan macam retis sorang tu yang baru2 ni berubah arah. Rasanya berdiam diri lagi baik daripada mengeluarkan statement-statement kat media sosial yang kita sendiri tak tahu situasi sebenar. 

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, February 27, 2013

Tak habis lagi cerita pasal physio


Malam semalam migraine teruk sampai rasa nak nangis menahan sakit. Sebenarnya adalah menitik gak air mata. Masa kat office dah rasa dah bahagian tengkuk dan bahu sakit. Sebab tak tahan, curah jer minyak cap kapak kat bahagian tengkuk. Minyak cap kapak ni macam penyelesaian semua penyakit orang melayu kan (ehh kawan Cina saya pun angkut minyak cap kapak ni merata).

Sampai rumah terus tumbang sebab migraine sesangat. Sampai sangguplah tak tengok Rindu bertaut di Abu Dhabi. Makan ubat anti-inflammation terus kelubung sampai kepala. Sayup-sayup jer dengar suara Fahrin Ahmad....machonya....tapi macho lagi Adi Putra dalam  Sehangat Asmara. Tengok Sehangat Asmara sampai nangis-nangislah kesiankan si Rita Rudaini. Macam ada kena sikit-sikit pulak cerita tu dengan personal life dia. Tu yang penghayatan lebih kot. 

selang sehari mesti datang sini buat physio

sempatlah singgah cafeteria hospital nak lunch. 
Nampak pulut kuning dengan daging terus beli sebab dah lama tak makan. Sekali cik abang sound kata pulutkan angin. Isykkk....potong stim sungguh. Tolak kat dialah bagi perabis.



makanan kat cafeteria DSH ni harga tak mahal sangat dan sedap bukan macam sepital yang satu lagi kat Pantai tu. Mahalllll rege makanan kat cafeteria dia. Nak ambik makanan pun cuak sebab takut mahal.

Hari ni punya physio rasa macam seksa sikit. Sakitttt bila buat shock wave tu. Bergegar-gegarlah kepala bila machine tu massage. Macam kena electric shock pun ada. Even neck tract pun sakit. I ngelat sikit naikkan badan ke atas sebab tak tahan pressure masa dia tarik. Mungkin sebab semalam bahagian tu sakit sangat, tu yang rasa sakit/tense bila buat physio. Rasa nak jerit menahan sakit tapi segan pulak kang orang dengar. Orang katil sebelah tu tak habis-habis mengerang sakit....isshhh tension achik.

Tanya kat physiotheraphist I, kalau sakit sangat tu boleh tak letak minyak panas kat bahagian yang sakit. Dia kata tak boleh sebab takut dia reverse. Ntah apa yang reverse. Tapi mana nak cari ais kat office tu pun. Kat rumah bolehlah letak cold pack tu.

Hari ni physiotheraphist ada tampal plaster kat bahagian atas bahu ke tengkuk. Dia kata plaster tu untuk support the muscle, bukan medicated plaster. Tak payah tanggal for 5-7 days. Mandi pun boleh belasah pakai sebab dia water resistant. 

Next appt hari Isnin depan. Hopefully hujung minggu ni dia tak sakit sangatlah lagi. Nak kena hati-hati tak angkat benda beratlah nampaknya gini.

So..... itulah nasibku (kena nyanyi ala Nico tau).


Tuesday, February 26, 2013

Do you miss me?


Soalan tak boleh blah. Macam ada orang kisah. Tak ada orang baca pun blog ni pun.

Lama dah tak update blog rindu pulak. Nak update tapi mood selalu ke laut.

Tak sihat sikitlah. Minggu lepas jumpa Orthopedic sebab sakit kat tengkuk dah bahu. Sakit sampai tak boleh tidur malam sebab kesakitan yang amat sangat. Tidur mengiring kanan sakit, mengiring kiri sakit. Last-last tidur terlentanglah jawapnya.

Lepas buat X-ray bahagian neck. Rupanya tulang kat tengkuk ni dia macam terkepit and compress my nerve. Itu yang sakit sangat. Jangan cakaplah sakit kat dada...kadang-kadang rasa macam ehh...aku ni nak kena heart attack ke?. Pastu tidur malam kadang-kadang jari kiri ni boleh rasa kebas. Minggu lepas memang dah kronik sangat tak tahan sakit, tu yang request nak jumpa jugak specialist.

So doktor bagi ubat anti-imflammation dan dia suruh pergi physiotheraphy.

Dah pergi tiga kali physio session. Every time dia akan buat neck traction, letak electric wave kat tempat yang sakit and apply cold pack. Kurang sikitlah rasa tegang kat leher ni but still sakit. Last Saturday pergi gatal angkat barang groceries berat. Ahad merasalah satu hari sakit bahagian tengkuk ni. Rasa nak menangis menahan sakit. 


ni mesin untuk electric wave. Boleh tahan gaklah sakit bila pakai benda ni sebab rasa macam electric mencucuk-cucuk. Tapi best gak rasa macam orang massage kita. Alah macam yang kita duduk kat message chair tu. Tapi ni ada karen ler.


ni pulak neck traction. Mesin ni akan tarik leher kita ke atas don off selama 15 minit. So jangan lawan....ikutkan ajer. Every time buat dia akan apply 4 kg. Ni nak bagi regangkan bahagian leher.

Cold pack tu pulak dia kan letak dekat bahagian yang sakit selama 20 minit. Sedap jer bila dia apply kat bahagian yang sakit. I beli cold pack ni sebab nak guna kat rumah. Satu cold pack RM45. Pack gel tu kena masuk dalam freezer selama 4 jam. Pastu ambik towel Good Morning basahkan dan balut cold pack. Pastu letaklah kat bahagian yang sakit. Lega sikit rasanya lepas tu.

Add to the injury, sekarang ni I demam and my throat ada ulcer. Nasib ler....kerjalah minggu ni sebab minggu lepas doktor dah kasi MC 3 hari. Physiotheraphy session still going on. Rabu ni ada lagi nak kena buat physio. 

So that's the story while I was missing from the blogsphere. Tak ada orang rindu pun kan ...hahaha.


Tuesday, February 19, 2013

Aktiviti hujung minggu


Ingat tak last week kami daftarkan Adik to art class?. So last Saturday she attended her first class.



inilah dia hasil first class dia. Not bad right?

Bangga dia bila teacher tangkap gambar drawing dia and post into her facebook.
Bersemangat sungguh dia nak pergi next class. Teacher kata next class derang nak lukis Witch. Hope it's a cute witch ...not the scary ones.

Sunday pulak sebenarnya kami nak pergi cari tilam baru untuk my room. Tilam kat bilik tu dah lebih sepuluh tahun. Kalau tidur dah boleh rasa spring coil. Sakit jugaklah badan. So memang dah about time tukar tilam. Masalahnya ni kan tengah raya Cina lagi so banyaklah kedai yang still tutup. Nasib ler....minggu depan kita survey balik bila Cina semua dah habis beraya.

sesiapa yang duduk KD tu sure tau yang Carrefour dah tukar jadi Aeon Big. Basically still barang yang sama macam dulu. 

Parking lot yang kosong dalam Carrefour tu ada Children Go-Kart. RM10 untuk 15 minit.
Jadi bolehlah bawak anak-anak kecik main electric motor kat sini. Yang besar gajah tu janganlah berangan nak naik pulak sebab motor-motornya kecik jer...kids size.










ni ler aktiviti budak kecik tu. Sampai kena paksalah balik kalau tak syok jer dia pusing track tu feeling jadi Valentino Rossi =P


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin