Monday, February 27, 2012

Walimatulurus anak sepupu

Sapa tengok Walimatulurus Lisa Surihani dan Yusry?. Alahai sweet sangatkan. Sapa yang tak tengok tu nanti....tunggu jerlah ulangannya ya. Tersenyum-senyum sorang2 I tengok macam masa tengok Vanilla Coklat jugaklah. Macam kerang busuk menyengih jer. Sweet sangat....nasib baik semut tak hurung TV sebab diaorang berdua tu sweet sangat. Ok cukup cukuplah sweet tu ya.

Balik kepada walimatulurus anak my cousin. Balik Melaka kami hari Sabtu tu semata-mata nak kena attend wedding anak my cousin. Kalau ikut hati malas tapi my parents nak pergi tengok cucu sedara derang kahwin, so kita ikutkan sajalah.

Sampai-sampai Melaka dah hampir pukul satu, terus tuju jerlah ke khemah. "Lapar...lapar...lapar....", Adik dah chant.




sweet sangat pelamin. Simple but nice.



Beryani Johor. Perghhh memang bestlah. Nasi dia beras panjang-panjang.
Sampai hari ni teringat-ingat. Hari tu malas nak bangun tambah. Mak sepupu saya ni orang Johor tu pasal ada beryani Johor. Kalau hari raya kami serbu rumah derang kalau nak cari laksa Johor yang sedap.



ada kumpulan Ghazal. Joget jangan tak joget.



yang tertonggeng-tonggeng tu orang TV RTM

kenapa tak pakai baju kurung?
Minah ni kan macam tomboi sikit. Payah nak suruh dia tukar baju
Pengantin tak sampai lagi dia dah rasmikan pelamin orang tu. Sampai ke sudah tak jumpa pengantin sebab dah pukul 2 lebih pun pengantin tak sampai-sampai. Ramai sedara mara dah balik dulu.


macam-macam jenis kuih ada. Tapai tu mesti kalau orang Melaka kawin.



buffet style....beratur jangan tak beratur



meja bunga telur



Bulatnya muka saya.

Hujung minggu ni ada lagi majlis kenduri kahwin anak buah lagi. Macamanalah nak kurus tiap-tiap minggu makan nasi minyak. Alasan....sebenarnya sendiri suka makan banyak =P


Friday, February 24, 2012

Driving blind



It rain heavily this afternoon right at the time the Friday prayer about to end. My friday routine is to pick the boys up from the mosque then go back to the office. Usually  my hubby would send me back to my office but since today dia kena attend a course, I have to drive the car back to my office. So it was raining cats and dogs, that I can't even see the road. I had to send the hubby back to his training centre at Dsara Perdana. Since tak nampak jalan, I solely depends on the white lines in the middle of the road at the side to guide my way. What makes it worst is that my car's aircond had broke down so it was so foggy inside the car. Dah macam orang rabun bawak kereta jadinya.....stress jadinya sebab tak nampak langsung jalan. I drove 30/40 kmph....punyalah slow sebab tak boleh nak agak langsung jalan sampaikan bump pun main langgar jer. Nasib ler.

Dah dekat nak sampai ofis sepatutnya masuk parking bawah One Utama old wing tu tapi itu pun boleh terlepas simpang. See how bad it is.

Pengajaran dari kisah ini...lain kali kalau tak nampak jalan stop tepi jalan sampai hujan reda sikit tapi hari ni exceptional case sebab dah terlambat nak balik ofis semua. Alhamdulillah sampai balik opis =)

So happy friday all. Have a good weekend.


Tuesday, February 21, 2012

Big Brother

Bukan big brother ala-ala samseng ke atau ala-ala KL gangster tu tau tapi Restoran Big Brother.
Anak tekak tiba-tiba terasa nak makan western Sabtu lepas. Terasa-rasa ke'juicy'an daging steak. Tu yang pergi Restoran Big Brother malam tu. Sementara ada rezeki boleh makan, kita makanlah.  



Ribena laici soda. Lain kali dah tak boleh order air ni sebab bila campur dengan soda dah rasa pelik semacam pulak minuman ni. Kalau nak order mintak ribena laici sahaja.

 


 
ni T-Bone steak tapi bukan I punya. I punya Sirloin Steak. Tapi dua-dua sedap.
 
Kakak order spaghetti carbonara sementara Adik pulak seperti biasa mushroom soup sahaja.
 
Harga T-Bone dan Sirloin steak sama RM39.90. Kiranya harga yang berpatutan dengan standard kedai makanlah. Kalau makan kat steak house lain macam Victoria Station atau hotel, memanglah harganya lagi mahalkan.
 
 
Cerita makan jerlahkan....macam tak ada cerita lain. Nak buat macamana hidup untuk makan dan makan untuk hidup =P
 
 
 

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, February 20, 2012

Majlis Cukur Jambul

Semalam majlis cukur jambul anak buah yang (currently bungsu) ke 5. Majlis start pukul 10 pagi tapi kami sampai pukul 12.30 tgahari. Dah my mom cakap datang tghari, maka kami yang menurut perintah ni pun ikut jerlah. Lagipun majlis cukur jambul ni buat kat rumah parents my BIL. Sampai-sampai jer kambing dah tinggal tulang....dapat makan secoit jer. Merasalah jugakkan.





pengantin kecik. Tak senonoh tau mummy dia tak pakaikan pengantin baju melayu
Alasan mummy dia, tak sempat beli. Awat tak bagitau awal-awal....kalau tak boleh sponsor.




comel tak kenduri favor. Siap ada tulis nama "pengantin".






Pak mentua my sister, beria-ia suruh kami tapau bawak balik. Orang dah offer takkan nak tolak rezeki kot.

The lauks was superb. Ulam and sambal belacan, sambal udang, gulai kawah, ayam goreng, masak lemak nangka pastu ada buah-buahan dan kuih muih.

MAsa kat rumah kenduri segan nak makan banyak. Balik rumah makan sambal udang dengan sambal belacan macam tak sedar diri. Berasap kepala sebab pedas tapi best.




me and my sister and her daughter. Mak pengantin tu yang kat belakang tu pakai baju hijau.




good boy. Sekejap jer dia nak duduk dalam tu pastu dia dah nangis mintak dukung







cucu atok yang sulung dan yang paling bungsu




currently buah hati atok.

Si kecik ni pun ngada, kalau orang lain semua angkat dia nangis, cuba atok dia terus senyap.


Hari ni perut meragam sebab semalam melantak pedas tak hingat!


- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, February 18, 2012

Besar Kepala




Selamat berhujung minggu


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, February 16, 2012

Food fest

Mood malas nak update menjadi-jadi kebelakangan ni. Balik rumah malas nak berebut netbook dengan budak-budak sebabnya sebelum sampai rumah dah ada yang cop nak guna dulu. Bila I bersuara kata nak guna my netbook....si kecik tu laju jer kata, "Mamakan ada iPad" >.<
Tak sama feel nak mengupdate blog guna netbook dengan iPad sebab iPad tak ada keyboard nak type.


Gambar mukadimah. Lemon honey for my itchy throat. Bad...bad sore throat and coughing macam nak terkeluar isi perut semua. Antibiotik, ubat selsema, ubat batuk semua dah habis tapi batuk tak baik-baik jugak. Gatalnya tekakkkkkk.......

Selasa lepas was our 15th wedding anniversary. Tak celebrate pun sebab tau semua restoran penuh dengan pasangan bercinta yang sibuk nak sambut V-day. But lunch time we did go and have lunch at Muhibbah Seafood.




Buttered prawn, kailan ikan masin dan daging ginger.Sedap sehingga menjilat jari =D

Lunch time Muhibbah Seafood ni macam kosong tak ramai pengunjung so makanan cepat sampai dan tak bingit nak bersembang. Makanan pun sedap.

Muhibbah Seafood

No. 2851, Jalan Seri Penchala
Kg Sg Penchala
Kuala Lumpur


Yesterday pulak we had lunch at Johnny's One Utama






Steamboat lunch set for 2 RM29.90


1 Lebuh Bandar Utama, G215-G216, GF One Utama, Promenade, Lakeside, Bandar Utama Damansara, Petaling Jaya, Petaling, Kuala Lumpur


Time flies!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin