Tuesday, February 21, 2012

Big Brother

Bukan big brother ala-ala samseng ke atau ala-ala KL gangster tu tau tapi Restoran Big Brother.
Anak tekak tiba-tiba terasa nak makan western Sabtu lepas. Terasa-rasa ke'juicy'an daging steak. Tu yang pergi Restoran Big Brother malam tu. Sementara ada rezeki boleh makan, kita makanlah.  



Ribena laici soda. Lain kali dah tak boleh order air ni sebab bila campur dengan soda dah rasa pelik semacam pulak minuman ni. Kalau nak order mintak ribena laici sahaja.

 


 
ni T-Bone steak tapi bukan I punya. I punya Sirloin Steak. Tapi dua-dua sedap.
 
Kakak order spaghetti carbonara sementara Adik pulak seperti biasa mushroom soup sahaja.
 
Harga T-Bone dan Sirloin steak sama RM39.90. Kiranya harga yang berpatutan dengan standard kedai makanlah. Kalau makan kat steak house lain macam Victoria Station atau hotel, memanglah harganya lagi mahalkan.
 
 
Cerita makan jerlahkan....macam tak ada cerita lain. Nak buat macamana hidup untuk makan dan makan untuk hidup =P
 
 
 

- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin