Assalamualaikum,
Minggu lepas Abang pergi emergency ward dua kali. Petang Ahad (bukan Ahad yang baru ni tau tapi Ahad yang sebelum tu) dia mengadu sakit dada. So warden dia terus bawak dia ke hospital Putrajaya untuk check up. Akak dah risau dah bila dia whatsapp cakap dia kat hospital. Nak pergi tengok dia kata tak payah. Tapi kesian dia kena tunggu dari pukul 6 petang, balik hostel balik dah tengah malam.
nasib baik ada kawan yang temankan.
Selasa lepas pulak dia whatsapp kata dia kat hospital lagi sebab sakit dada.
Risau jugak Akak dibuatnya. Lebih merisaukan sebab pihak Akademi call suruh bawak dia balik. Buat check up dekat rumah. Terus Akak call ayah dia. Ayah dia terus ajak pergi hospital Putrajaya tengok anaknya.
kesian anak aku tunggu dari pukul 1 petang kalau tak silap. Pukul 3 petang jumpa doktor pastu doktor suruh buat blood test. Blood test result pukul 8 malam pun tak dapat-dapat lagi. Last-last ayah dia pergi tanya baru dapat jumpa doktor untuk result blood test.
Budak dah lemau sebab tunggu lama sangat.
Nak buat macamana hospital kerajaan ramai orang.....dan tak selaju hospital bayar. So kita sabar jerlah. Lagi pun semua free kan. Nak cepat silalah bayar.
So malam tu Akak terus bawak dia balik rumah sebab dia dah tak larat sangat. Khamis petang Akak hantar dia balik hostel sebab Jumaat dia ada exam.
Masa petang Akak baru sampai tu, Akak ada jumpa warden Abang. Adalah sembang dengan warden. Ada cerita yang menyedihkan. Warden cerita one of Abang's classmate pass away that day. Budak tu budak terpandai dalam badge Abang dan class president badge Abang. Mak dia call warden cakap anak dia dalam ambulance on the way pergi hospital. 5 minit kemudian mak dia whatsapp anak dia dah meninggal. Sedihnya dengar berita macam ni. Dia memang dah sakit cancer stage 4 tapi semangat dia kuat. Dia cakap kat pensyarah-pensyarah dia yang bila dia sihat nanti dia nak masuk balik Akademi, tak kiralah semester mana pun. Tapi Allah lebih menyayangi dia. 😢
Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah ya. Semoga rohnya bersama-sama orang yang beriman.
Anyway, Abang dah sihat kot. Doktor nasihat kalau sakit dada dia kena makan muscle relaxant dan tak boleh stress. Budak tu Akak suspect dia stress pasal nak exam haritu agaknya pastu dengar berita tentang kawan dia tu. Tu yang jadi macam tu.
No comments:
Post a Comment