Thursday, December 22, 2016

Checking what's all the hype at Decathlon


Assalamualaikum,

Dah Khamis dah.....cepatnyaaaa šŸ˜“. Pejam celik pejam celik minggu depan Akak dah kena masuk kerja balik šŸ˜¢

Anyway, Ahad lepas Akak ke Decathlon. Bagi yang tak tahu Decathlon tu apa....tu kedai alatan sukan yang duk hype kat facebook. Alatan sukan dia kira murah-murah jugaklah.



Nasib baiklah pergi bertiga jer haritu, tak bawak Adik dan Abang .....kalau tak kopak Akak kena ketuk



besar ok surf board tu




Ayah budak-budak ni dah eyeing nak beli set dumbell ni.
Jangan tersimpan jer nanti udahlah ya.





macam-macam jenis basikal ada dari basikal kanak-kanak sampai ke basikal adults








back pack untuk anak-anak ke sekolah pun ada. Akak ada nampak back pack yang berharga RM12 jer.


Macam-macamlah alatan sukanlah ada kat kedai ni. Cuma Akak tak rajin nak tangkap gambar banyak-banyak.


Ni pulak Akak datang balik hari Selasa lepas sebab nak beli bag Decathlon Arpenaz 10 yang orang duk berebut nak beli tu. Nak tau kenapa?. Sebab backpack tu RM10 jer. Bolehlah muat barang-barang ringan macam ipad wallet dan barang-barang lain. Kalau nak travel bawak baju untuk sehari pun muat tu. Weekend derang tak keluarkan beg tu. Kalau nak beli kena datang on weekdays dan beratur ambik nombor. Sabar jerlah kena beratur.
Nasib baiklah masa hari Selasa Akak pergi tu hujan pagi tu so taklah ramai sangat orang. Staff Decathlon kata selalunya lagi ramai. Akak dapat no 88 hari tu.
Silalah bawak IC sebab nak daftar untuk bag tu they require IC.
Satu orang, hanya boleh beli 10 bag sahaja. Tu yang ramai bawak anak beranak beratur sama untuk beli bag tu. Akak dapat tau yang derang jual balik bag tu dengan harga yang lebih mahal. Untungkan....beli RM10 boleh jual double the price.

Gambar atas tu gambar kami tengah beratur nak dapatkan nombor. Ada dalam setengah jam kot nak sampai turn dan lebih kurang 20 minit untuk nombor dipanggil. Kalau tak silap Akaklah every 2 hours kot derang keluarkan bag tu tapi 100 nombor for that hour. Ada staff bagitau Akak ada yang sanggup beratur dari 7.30 pagi untuk ambik nombor. Gigih bebenar derang ni šŸ˜‚


So kalau nak pergi bawah ni alamatnya, bersebelahan jer dengan Court Mammoth Bandar Sri Damansara.

M2-G-01, 8Trium, Jalan Cempaka SD12/5,, 
Persiaran Kenanga, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin