Thursday, December 29, 2016

Baby's 14th birthday


Assalamualaikum,

Harini harijadi yang ke 14 baby. Cepatnya rasa dah besar tinggi budak ni.
Kalau nak tahu budak ni 'anak ayah' ....manja sangat dengan ayah dia.
Malam tadi pun pukul 12 malam dia menggelupur cari ayah dia dulu untuk wish dia "happy Birthday'. Ohh....Mama dia yang melahirkan dia sakit macam nak putus nyawa tu dia tak cari....dia cari ayah dia dulu 😛😜😝. Mama tak kecik hati pun...Mama terasa sikitttt jer hahaha....nak buat macamana birthday berdua tu 2 hari jer apart (ayah 27hb and Adik 29hb December). Zodiak berdua tu sama....actually perangai pun lebih kurang sama.
Sabar jerlah!

Tahun ni a big birthday untuk ayah budak-budak ni. 
Tapi nanti weekendlah kita baru celebrate sekaligus sebab Mama kerja minggu ni 😎
Kopak Akak ko bulan 11 dengan 12 ni sebab birthday Abang, Ayah dan Adik.




Happy birthday my cheeky baby gurl....Mama and Ayah love you sooo much.
Semoga Adik menjadi anak yang soleh, bertanggungjawab dan diberkati Allah selalu.




us today at lunch 💖




sabar jerlah budak ni sanggup tunggu mak dia balik kerja sebab nak tiup lilin.
Excusekanlah suara Mama dia yang tak sedap tu.

Happy 14th birthday baby gurl.....muahhh

Wednesday, December 28, 2016

Oh kolesterol ku

I am currently trying to lower my cholesterol level with 



beli dekat farmasi near my house. 
Harga asal RM49.80 but I got a 20% discount 💋




also I consume a tea spoon of VCO tiap-tiap pagi
ni beli kat satu kedai organik di pasar besar TTDI
RM20 plus ringgit....tak ingatlah pulak exact price

also 



I try to exercise at least 10 minutes every day.
Boleh tahan pancit dan berpeluh jugaklah walaupun 10 minit jer.

Let's hope that my cholesterol level goes down before my appoinment with the specialist again in April 😓

Sunday, December 25, 2016

Happy Merry Christmas



Wishing all celebrating Christmas a Merry Christmas!

This was at The Curve earlier today 🎄










so selekeh today cause didn't plan to go anywhere accept to the parents house this morning.


Thursday, December 22, 2016

Checking what's all the hype at Decathlon


Assalamualaikum,

Dah Khamis dah.....cepatnyaaaa 😓. Pejam celik pejam celik minggu depan Akak dah kena masuk kerja balik 😢

Anyway, Ahad lepas Akak ke Decathlon. Bagi yang tak tahu Decathlon tu apa....tu kedai alatan sukan yang duk hype kat facebook. Alatan sukan dia kira murah-murah jugaklah.



Nasib baiklah pergi bertiga jer haritu, tak bawak Adik dan Abang .....kalau tak kopak Akak kena ketuk



besar ok surf board tu




Ayah budak-budak ni dah eyeing nak beli set dumbell ni.
Jangan tersimpan jer nanti udahlah ya.





macam-macam jenis basikal ada dari basikal kanak-kanak sampai ke basikal adults








back pack untuk anak-anak ke sekolah pun ada. Akak ada nampak back pack yang berharga RM12 jer.


Macam-macamlah alatan sukanlah ada kat kedai ni. Cuma Akak tak rajin nak tangkap gambar banyak-banyak.


Ni pulak Akak datang balik hari Selasa lepas sebab nak beli bag Decathlon Arpenaz 10 yang orang duk berebut nak beli tu. Nak tau kenapa?. Sebab backpack tu RM10 jer. Bolehlah muat barang-barang ringan macam ipad wallet dan barang-barang lain. Kalau nak travel bawak baju untuk sehari pun muat tu. Weekend derang tak keluarkan beg tu. Kalau nak beli kena datang on weekdays dan beratur ambik nombor. Sabar jerlah kena beratur.
Nasib baiklah masa hari Selasa Akak pergi tu hujan pagi tu so taklah ramai sangat orang. Staff Decathlon kata selalunya lagi ramai. Akak dapat no 88 hari tu.
Silalah bawak IC sebab nak daftar untuk bag tu they require IC.
Satu orang, hanya boleh beli 10 bag sahaja. Tu yang ramai bawak anak beranak beratur sama untuk beli bag tu. Akak dapat tau yang derang jual balik bag tu dengan harga yang lebih mahal. Untungkan....beli RM10 boleh jual double the price.

Gambar atas tu gambar kami tengah beratur nak dapatkan nombor. Ada dalam setengah jam kot nak sampai turn dan lebih kurang 20 minit untuk nombor dipanggil. Kalau tak silap Akaklah every 2 hours kot derang keluarkan bag tu tapi 100 nombor for that hour. Ada staff bagitau Akak ada yang sanggup beratur dari 7.30 pagi untuk ambik nombor. Gigih bebenar derang ni 😂


So kalau nak pergi bawah ni alamatnya, bersebelahan jer dengan Court Mammoth Bandar Sri Damansara.

M2-G-01, 8Trium, Jalan Cempaka SD12/5,, 
Persiaran Kenanga, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur

Tuesday, December 20, 2016

Block leave nih

Assalamualaikum,

Akak tengah block leave ni dari Jumaat lepas. Jumaat lepas Akak ada appoinment dengan doktor kat KPJ. Pagi-pagi lagi Akak dah tercongok kat hospital sebab nak kena buat blood test. Tak naklah lambat-lambat sangat sebab malam sebelumnya nak kena puasa.
Menaikkan darah sikit jugaklah haritu sebab Akak ke klinik doktor sampai 4 kali sebab everytime Akak pergi klinik, Akak termiss doktor. Doktor dah keluar pergi surgery. 
Lepas lunch dan solat Jumaat baru dapat jumpa doktor.
Result blood test Akak tak berapa cun, Akak nak kena kurangkan kolesterol level Akak ni.
Nanti bulan 4 Akak nak kena jumpa balik doktor.

Anyway, something good came out from berulang alik 4 kali tu.





Akak dapat jumpa mummy daddy Lara Alana.
Akak ambik gambar dengan mummy Lara jer sebab daddy Lara dah laju jalan kedepan. 
Tak apa Akak faham, orang tak sihat ni kadang-kadang tak ada mood sikit....macam Akak gaklah kadang-kadang hehe.
Tinggi slim (nak kena letak disclaimer ni : I'm normal height ok...she's just too tall and slim 😉) and sempoi sungguh mummy Lara ni....suka Akak tengok.
Lara tak ada pulak haritu.....kalau tak sure Akak gomol-gomol dak kecik tu.

Nanti Akak cerita lagi ya aktiviti Akak semasa cuti ni.
Till then......take care


Tuesday, December 13, 2016

Kenduri kawin

Assalamualaikum,

Hebat sangat Akak sekarangkan....dah nak masuk setengah bulan baru nak update blog yang tak seberapa ni. Akak tak ada pergi mana pun, lepak kat rumah jer cuti panjang ni. 
Minggu ni pun Akak kerja dua hari jer pastu minggu depan Akak cuti seminggu. Untuk tahun ni Akak ada balance hari bekerja 6 hari jer lagi......happy sungguh rasanya.

Anyway, Sabtu lepas kami ke kenduri kahwin anak sepupu ayah budak-budak ni. 
Tapi tak tahu mana silapnya, kami sesat nak mencari dewannya sampai sejam.
Map yang diberi dalam kad tak berapa detail. Kami sampai-sampai dewan pukul 12.30 tghari, tak ramai jemputan. Rupanya ramai yang sesat macam kami.

Bagus jugak tak ramai jemputan lambat sampai sebab lapang meja buffet. Tak payah beratur panjang hehehe....



lauk kenduri yang lama tak jumpa



tapi dua beradik ni jugak yang paling win
perghhh...sedap!


selesai makan terus ramai jemputan sampai.....moh ler kita beralih ke tempat lain.
Bagi peluang orang lain duduk makan pulak.
Akak ada appoinment hospital pagi tu, makanya tak koserlah Akak nak berbaju kurung bagai sebab nak jumpa doktor. So kita improvise mana-mana yang boleh hehehe...



muka dah ketat sebab kena tunggu lama.
Biasalah ayah budak-budak ni kalau dah jumpa sedara mara dia memang lama punya.
Dia dah feeling macam Abang Kawasan kat situ....almaklumlah cucu sulung, ramailah mak bapak sedara nak kena jumpa.

😁😁😊😀😀😀😏😀

👆

ehh dah boleh add emojilah kat blogspot.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin